Sunday, September 21, 2025

'Percutian' 3 Hari 2 Malam

Sebelum ni, ummi pernah post tentang check in 3d2n yang kena postponed.  So, Jumaat 19.09.2025, baru check in semula. 

'Percutian' yang tak jauh pun dari rumah. 😅😅 Dapat kawan sebilik pun, dari kawasan taman sebelah rumah je.. hihi.. 'Cuti' dimana??? Di Hospital Ampang je.. 🤭


Day 1. Jumaat. 19.09.2025. Serah diri. Buat ECG, x-ray, jumpa pakar bius and cucuk branula, ambil darah. Seriau sikit bila teringat darah menyembur masa doktor dekat HTA pasang branula dulu.. Alhamdulillah kali ni ok je. Tapi 2 attempt jugalah sebab tangan kanan, line yang selalu cucuk tu tak beri kerjasama kali ni. Dia tak nak timbul. Doc cucuk pun tak dapat darah. Sakit sikitlah bila doc godek2 tu. Tapi 2nd one ok je. Location dia pun ok, tak susah nak bergerak ke apa. 


Lunch


Dinner


Tea break tak ambil pula gambar. Kek butter pisang ceri. Suka hati bagi nama. Sedap pulak rasa kek tu. 

Roomate ummi pun check in hari yang sama. Dia 1st patient masuk OT hari sabtu. Turn ummi lepas dia. Ummi panggil acik je. Acik ni, kat mulut dia tak berhenti dengan zikir, bismilllah lima, yassin, al-mulk. MasyaAllah tabarakallah. Peramah juga orangnya. Seronok dengar dia bercerita. 

Day 2. 20.09.2025. Bersiap sedia ke OT. Nervous. 3rd time ummi masuk OT sebenarnya. 1st one masa missed miscarriage kandungan pertama, buat D&C, bius separuh badan. 2nd time masa bersalin Fathan yang chaos sebab dia dah berak dengan jayanya dalam rahim dan tak jumpa heartbeat. So tolak masuk OT, masa bukaan 8cm. Dalam OT dah buka penuh, maka doc kata cuba untuk normal delivery. Alhamdulillah terselamat dari czer. 

Kali ni, full bius. Sebelum tolak masuk OT,  roger mama, abi, kangah & mil, bagitau nak masuk OT dah, mohon doa, mohon maaf semua. 

Outfit masuk OT. Colour block. 


Almost pukul 9 masuk OT yang sejuk macam peti beku. Masuk² terus menggigil. Tengok lampu terang kat ceiling. Sedut gas, doc cucuk ubat tidur kat branula. Mata mula rasa berat, lampu terang mula samar. Gelap.

Pooof.. Sedar² dekat holding area, dengar suara panggil² nama. Nurses kat keliling. Bergelut nak buka mata.. huhu.. Tekak perit. Nak bercakap pun rasa berat. Tanya nurse, jam pukul berapa? 10.30 pagi. Ohh.. sekejap je lah my 2 in 1 procedure. Alhamdulillah selesai.

Post op.
Terima kasih nurse tolong selimutkan dengan sweater yang mama kait ni. I'm still shivering heavily masa ni even dah tolak naik wad. Sejuk gilo sampai ke tulang. 


Lunch. Dah kelaparan. Sebab tak sarapan since kena puasa dari jam 2 pagi. Tapi makan nasi separuh ke sebab tekak perit. After effect from intubation.


Minum petang ada kuih apam 2 ketul. Ummi order kat abi bubur dan air lemon panas. Lewat sikit abi sampai, dalam pukul 2 lebih, dah lepas visiting hour. Drop makanan je.  

Dinner
Petang tu abi datang visit. Minta tolong urut/picit belakang badan especially part belikat dan pinggang. Bila menahan sakit, kita tend to stress/pressure other body part. Habis sengal lenguh badan. 


Malam kedua dah takde roomate. Acik jiran katil dah boleh discharge. Ummi on the other hand kena monitor lagi


Bila takde kawan borak, kita habiskan masa baca buku bila mata tak nak lelap. Buku tentang usaha dan harapan. 


Day 3. Ahad. 21.09.2025.
Feeling better today. Tidur pun lena.
 Doktor dah siapkan discharge note awal² atas request ummi, sebab hari ni abang² nak balik asrama. Cuma tunggu MO round baru boleh release. 

Sarapan


Lasak sangat ke sampai keluar darah kat jarum tu? huhu..


Current mode: Tunggu discharge note, tunggu abi datang untuk urus discharge. Nak tidur, taknak lelap pula mata. Hence, terhasillah post ini.. hihihi.

Doakan my recovery ye. 



No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015