Sunday, October 5, 2025

Cakna Tentang Kanser Serviks

Statistik menunjukkan kanser serviks atau kanser pangkal rahim adalah merupakan kanser ketiga tertinggi yang membunuh wanita di Malaysia.


Tahukah anda, pengesanan dan langkah pencegahan awal boleh mengelakkan atau mengurangkan risiko kematian akibat kanser serviks?


Macam mana nak kesan awal? Buatlah pemeriksaan Pap Smear dan HPV secara berkala. 



Ummi rasa ummi perlu share benda ni sebab, rata² kawan² ummi sendiri bila sebut pap smear, HPV, mostly takut nak buat sebab membayangkan 'muncung itik' tu. Ummi sendiri pun rasa seriau. Last ummi buat pap smear masa pasang implanon, lepas bersalin my #6. Which 5 tahun lepas juga lah. Sepatutnya kena repeat every 3 to 5 years . Tapi itulah, bila fikir seriau 'muncung itik' tu, kita pun malas² la.

Dan ada juga satu stigma dalam diri kita, biarlah tak check. Bila tak check takde apa pun. Kalau check mulalah jumpa sakit itu, sakit ini. huhu.. Walhal, bila tak check, though kita rasa sihat, kita tak tahu yang kat dalam tu tengah membiak, merebak dalam diam. 

Nak jadi cerita, ummi akhirnya decide buat bilateral tubal ligation (BTL), dengan izin abi pastinya  Bahasa mudahnya, ikat tiub peranakan. Tak perlu explain lah kan kenapa semua tu. huhu. BTW, doktor pun takkan simply approve BTL kalau takde strong reason, medical risks and issues. Panjang lebar discussion dengan doktor tentang BTL ni. 

Sebelum nak buat BTL, kena buat pap smear test dulu. Doktor kata, dia taknak buat appointment just untuk bagi result pap smear. So, she decide dia bagi result masa ward admittance date je, which was supposed to be on 20 June 2025.

So, 20 Jun 2025, Jumaat, ummi check in Hospital Ampang. Operation scheduled hari sabtu. Kena check in Jumaat sebab nak kena buat screening dulu. Buat ECG, x-ray, jumpa pakar bius for explanation on proses, risiko dan kesan bius then sign consent dan juga ambil darah untuk beberapa test. Selesai 3 perkara yang pertama tu, duduklah rehat² di wad, tunggu doktor nak set line branula dan ambil darah. Tiba² nurse datang, beritahu operation ummi cancelled. Nanti doktor datang explain. 

Kita pun macam tertanya² lah why kan.. Bila doktor datang, she explained that result pap smear dah ada, and my result is abnormal. Apa kaitan dengan cancellation of operation? Doktor kata kena buat another test, pap smear and HPV, to confirmed why the result is abnormal. Usually tak normal tu sebab HPV. If HPV positive, though not all HPV related with cancer, but there might be some possibility. Doktor kata, nak kena confirm dulu, sebab tak  nak buat procedure 2 kali. If it is cancer, mungkin tak perlu BTL dan the best option mungkin buang rahim terus. Depending on the result and vulgarity. 

So, proceed another pap smear and HPV. Result day, nervous betul rasanya. Macam² perasaan ada. Lama pula tu tunggu. Allahu.. Doktor reveal result HPV dulu. Normal. Alhamdulillah.. Then, the pap smear. Masih tak normal. Doktor kata ASCUS. Apa benda lah ASCUS tu.. She explained & siap lukis sekali beza normal cell dengan ASCUS tu macam mana bentuk dia. 





Since ASCUS ni biasanya disebabkan oleh HPV, tapi HPV ummi ok, maka kj
ena buat further investigation kenapa result PS masih tak normal. Ada infection ke apa. The next test yang kena buat adalah Colposcopy.

Apa pulak colposcopy ni?





Colpos ni, basically doktor buat visual inspection dulu untuk tengok surface serviks tu normal atau tidak. If ada penampakan sesuatu yang tidak normal, doktor akan biopsy, iaitu ambil sampel tisu untuk further test. Akan ada skrin dekat sebelah katil tu, so kita pun boleh tengok sebenarnya. Nurse pesan kalau jenis tak berani, takut/mabuk darah, jangan tengok. Tapi kitanya jenis nak tahu, jadi beranikan diri untuk tengok. huhu. Doktor kata ada sedikit, tompokan kecil sahaja, pada kedudukan pukul 6. Maka dia ambil sampel tisu tersebut, guna macam penyepit. Bila dia ambil sampel tu, nampaklah blood gushing out. Tapi tak rasa apa pun. Beza sampel biopsi dengan pap smear, pap smear ambil sampel sel dengan cara calitan swab. Whereas, colpos biopsy ni ambil sampel tisu. Macam ambil secubit 😂😅. Tujuan ambil sampel tisu nak tengok ada sel kanser atau tak. Basically result dia akan keluar normal, pra-kanser (CIN) atau kanser. 

Fast forward, another result day. Masuk² doktor terus tanya, "ada tak doktor call bagitau awak kena warded 20hb Sept?". Hmm. Takde pun. Yang ummi tahu, last time, masa yang tak jadi BTL tu, doktor book date 25/9 untuk BTL, if result PS dan HPV ok. Doktor kata date 25hb tu dah cancel out. Tapi dalam sistem dah book untuk ummi 20hb untuk LLETZ. Tercengang jap ummi. Apa benda pulak ni? She explained, result biopsy ummi hari tu, CIN 1 dan pap smear masih tak normal. Rupanya CIN ni pun ada stages dia. CIN1, CIN2 dan CIN3.


CIN 1 ni biasanya akan hilang sendiri. Pada asasnya, tak perlu risau sangat.. Tapi, sebelum nak buat BTL nak check lagi, CIN1 tu, dia dekat surface sahaja atau how deep dia dah pergi. 

Maka kena buat LLETZ which stands for Large Loop Excision of the Transformation Zone. Loop tu macam dawai, dia akan electrified dawai tu dan ambil sampel affected area sebesar 1cm. Lebih kurang macam laser lah. At the same time, surface yang exposed tu jadi terbakar, dan remove sel² kanser jika ada. Untuk sampel ni, dia akan examine pada permukaan sampel, ada sel pra kanser CIN2 or CIN3 or even wujud tak sel kanser. LLETZ ni pun basically remove sel pra kanser yang dah detected earlier. 





Doktor kata, jika result menunjukkan ada sel kanser, procedure BTL mungkin ditukar kepada buang the whole rahim untuk elak sel kanser merebak lebih teruk. Jika result masih menunjukkan CIN1 sahaja, ummi akan ada follow up session every year dan perlu buat pap smear dan hpv juga setiap tahun untuk monitoring within 10 years atau sehingga umur 60 tahun whichever comes first. Sebabnya, kajian menunjukkan, prakanser boleh berubah menjadi sel kanser dalam masa 10 tahun. 

Doktor kata, biasanya orang yang datang² hospital dah kanser serviks stage 3, 4 tu sebab tak buat pemeriksaan PS/HPV secara berkala. Kalau buat pemeriksaan berkala, insyaAllah boleh detect awal dan buat rawatan awal. She said, case studies menunjukkan, ramai wanita yang mendapat rawatan awal, berjaya diselamatkan dari kanser serviks (dengan izin Allah pastinya).

At this stage, ummi ada thought yang macam nak give up on BTL, dan tak nak proceed whatever test dah. Tapi, bila fikir² semula, dan ummi sendiri pernah convince diri ummi awal² dulu, hikmahnya apa jua result, if it is positive, sekurang²nya dapat detect awal dan boleh usaha untuk cure. Hence, i proceed with the test. 

Dan seperti ummi pernah luahkan dalam post² sebelum ni, ada hikmah juga ummi disibukkan dengan kerja yang menimbun banyak dan dateline bertimpa² bulan Ogos to Okt ni sebab kesibukan tu buat ummi tak sempat nak overthink dan bersedih on something yang belum pasti jadi. Walau ada masa melt down juga, tapi macam once in a blue moon. 

Pesan kat diri sendiri, jangan stress, jangan fikir terlalu jauh dan dalam. Dan ummi juga jadikan cikgu Pasti yang seorang ni, cikgu B, sebagai idola dan penguat semangat. She have been diagnosed kanser rahim stage 3, dah remove rahim dan dah undergo chemo dengan jayanya last year. She came back strong early this year. Kembali ke diri beliau yang asal seorang yang ramah dan ceria. This year, bila buat MRI, found out the cancer relapse dan dia kena go through chemo cycle semula. Tapi dia memang kuat semangat. 1st chemo cycle, dia kata 1st 10 days tu memang dia rasa lemah, tak lalu makan etc. Minggu ke3, dia dah rasa kuat, so dia guna peluang tu keluar jumpa kawan², she even came to Alam Ria Pasti kawasan hari tu untuk support anak didik dia. MasyaAllah tabarakallah. Semoga Allah kurniakan kesembuhan buat Cikgu B. 

And back to myself.. 1 week before admittance day, doktor call, informing that she and beberapa doktor pakar dah discuss about my case, basically dia tak risau pasal result LLETZ dan  suggest buat 2 in 1 procedure terus. LLETZ dan BTL. Kalau buat LLETZ sahaja, bius separuh badan. Kalau BTL kena bius penuh. Doktor kata, tak perlu 2 kali bius, proceed je dua² sekali.  Gelabah juga ummi sebab i wasn't prepared for it. Dan ummi pun awalnya ingat kalau buat LLETZ tu, MC sekejap je lah kot. Rupanya, LLETZ pun MC 2 minggu, sama dengan BTL. After a thorough thought, discuss dengan abi, doa dan mohon petunjuk dari  Allah, ummi setuju for 2 in 1 procedure. Thats what i've been through last 2 weeks. With that, my 2 week 'holiday' have come to its end. Esok dah mua kerja semula 😭😭😭.

Alhamdulillah feeling good right now. Appointment untuk result LLETZ another 2 weeks. Ummi taknak fikir dalam sangat, taknak stress², doa yang baik² je. Jalani je hidup apa adanya. Apa jua resultnya, alhamdulillah ala kulli haal. 

Niat ummi sharing kat sini sebagai info buat siapa² yang baca. Jangan lupa buat pemeriksaan PS dan HPV berkala untuk mencegah & mengurangkan risiko kanser serviks. Jaga diri, jaga kesihatan. 


No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015