Kelab Sukan dan Kebajikan pejabat ummi anjurkan Fitness Challenges 2026 sempena bulan kesihatan. Acara yang dipertandingkan adalah Running Challenge (RC) dan Weight Loss Challenge (WLC).
Sebelum tu, tepek poster acara dulu.
Merujuk poster ini, ya ummi masuk kedua-dua cabaran ini. Acara RC terbahagi kepada 2 kategori, Lelaki dan Wanita. Tiada pecahan kategori open dan veteran. huhu. Ini sangat mencabar, sebab ramai yang muda-mudi kan. Enjin 4 series belum tentu mampu bersaing dengan yang 2-3 series.
Acara WLC pula, lansung tiada kategori. Campur lelaki dan perempuan. Takpelah, kita sahut cabaran.
Sebab utama ummi daftar kedua-dua acara ni adalah untuk tambah mata pasukan melalui penyertaan, setelah dipujuk dan dipaksa.. hahahahaha. Setiap penyertaan akan menyumbang 5 markah untuk pasukan. Bahagian Ummi adalah pasukan SUN 🌞. Sang mentari yang menyinari hidup semua. hihi.
Sebab kedua, ummi memang dalam fasa nak kurangkan berat badan ke paras yang ideal. Bila kita buat sendiri² tanpa push factor, ia macam yoyo. Hari ni turun, esok naik double 🤪🤣. Maka, ummi ambil peluang ni, jadikan push factor untuk ummi turunkan berat. Acara larian pula dapat membantu dalam proses menurunkan berat badan. Menang tu, ummi dah tolak tepi siap2. Sebab misi ummi, nak lawan diri sendiri. Kalau ummi berjaya konsisten dan disiplin, I win over myself.
Cabaran ni berlansung selama sebulan, bermula 11 September 2026 sehingga 9 Oktober 2026. Jangan tanya kenapa tempoh mula dan tamat tu tak ikut awal bulan, semua tu kerja urusetia, Biro Sukan. Kita follow je.
Yang ni sedikit sebanyak menjawab kenapa post September run separuh bulan sahaja. Sebab ummi nak kumpul kat sini pulak ✌🏻.
Sebulan join challenge ni, seriously macam orang gila. 🤣🤣🤣 Sampai anak-anak pun sedar, tegur dan selalu tanya progress dan aktiviti ummi. But, takpe, it's kerja gila yang baik dan menyihatkan. Dan the whole family support. Syukur alhamdulillah.


No comments:
Post a Comment