Tahun ni, setelah dengar kisah kawan, anak kawan silih berganti kena influenza A, akhirnya ia menyinggah jua ke rumah kecil kami.. 🤢
Alkisahnya, hari Isnin, 23 Nov 2026, pagi tu semua ok, semua sihat, alhamdulillah. Kami teruskan rutin seperti biasa. Yang ke sekolah, ke pengasuh, ummi abi ke pejabat. Minggu ni dan beberapa minggu lately sangat hectic untuk ummi sebenarnya. Ummi dah target, hari Isnin ummi nak settlekan drawing dan beri pada draughter untuk touch up dan compile, before review session dengan bos, later proceed for printing untuk tender dan submission. Tapi Isnin pagi tu, adhoc ummi kena join bengkel, on behalf of boss sebab bosses ramai takde. Almost half day juga. Lepas bengkel, ummi terus semak drawing.
Almost pukul 2 petang, suddenly Mak (pengasuh Mus'ab) call. Selama Mak jaga anak² ummi dari yang sulung sampailah no. 7 ni, Mak jarang call, unless it is something important or urgent. Berdebar juga lah bila nampak nombor Mak naik di paparan skrin handphone. Seperti diduga, Mak bagitau Mus'ab demam dan tak aktif. Senyap je, taknak makan minum. Duduk, baring je dari pagi. Selalu, kalau dia demam tapi masih aktif, boleh main macam biasa, Mak takkan call. Tapi bila dia tak aktif Mak dah risau. Ubat pula takde. Sebab pagi tu dia sihat je.
Ummi pun terus bagitau abi. Tapi abi dekat site, tengah testing. Ummi settlekan dulu semak drawing, bagi dekat draughter, almost pukul 4 juga baru dapat balik. Itupun ada lagi beberapa part yang ummi hutang dengan draughter. Plan nya lepas ambil Mus'ab ummi sambunglah buat kat rumah. Masa ambil Mus'ab tu, memang muka tak ceria, nampak lemah je. Balik, ummi bagi ubat.. Dia merengek jugalah. So, ummi fikir, malam nantilah ummi buat kerja. Bila abang kakak balik sekolah, dia dah aktif dan main macam biasa.
Tiba-tiba malam dia cranky. Merap. Nak berpeluk je. Few times dia bangun merengek tengah malam. Ah sudahhh.. Tak siap kerja ummi ni. Pukul 3 pagi ummi bangun buat kerja. Sesekali dia bangun mencari ummi. Maka, sambil buat kerja, sebelah tangan pangku Mus'ab tidur menempel dekat ummi. Sambil² kejut abang kakak bangun mandi, solat subuh & siap ke sekolah. Allahu Allah.. Dalam kepala ni serabut, tapi nak buat macam mana.. Abi hantar abang kakak ke sekolah, abi angkut sekali Mus'ab yang tak berbaju, pakai diapers je.. haha.. Sementara Mus'ab takde tu, ummi siapkan kerja secepat mungkin. Then terus send dekat draughter. Mencutikan diri lah jaga anak demam.
Selasa. Seharian lah dok merap. Makan taknak, minum taknak. Makan ubat, dia kehek balik. Allahu.. Berapa kali ummi mandikan dia sebab suhu tak turun². Malam tu, abi balik lewat. Ummi mesej abi, kena bawa Mus'ab pergi klinik ni. Demam dia tak kebah. 38+.
Kat klinik, suhu 38.7. Doktor bagi supp terus. Sebab suhu tinggi. Tekak merah. Hidung berhingus, sumbat. Batuk². Doktor suruh buat swab. Makaaaa , terbuktilah Influenza A. Allahu. Padanlah suhu tak turun². Tambahan awak taknak makan ubat, makan minum semua. 🤧🥺
Berkampunglah kat rumah seminggu. Semoga tak berjangkitlah pada yang lain. Weekend ni jadual packed. Sabtu: pagi Hari Anugerah Pelajar Cemerlang SRITI, malam Majlis Penganugerahan Bengkung Silat abang Fathan. Ahad: Majlis Anugerah Prestasi Pasti, dalam masa yang sama ada Hari Sedekad Sriti Selangor, which abang Fathiy terlibat dlaam Kejohanan Sukan Dalaman (KESUDA), acara Catur. Semoga semua yang lain sihat² belaka. Dan semoga adik Mus'ab pun sihat walafiat menjelang hari tersebut.
Semoga ummi juga bertahan, tak terjangkiti sihat sentiasa untuk berkhidmat, menjaga amanah membesarkan, menjaga dan menyantuni anak-anak. Allahumma amiin.
Kerja-kerja ummi yang due minggu ni macam mana?? Plus meetings scheduled this week.. huhu.. Thankfully ada immediate bos yang understanding, dan team yang membantu. Syukur juga part yang kritikal ummi sempat selesaikan sebelum this event take place.
Lagipun sekarang dah boleh remote kan, documents can be shared and reviewed virtually. Cumanya, since menjaga anak yang tak sihat, clingy dan cranky, where kita sendiri pun akan rasa fatigue sebab penat dan tak cukup tidur, ummi try to limitkan masa layan kerja² yang memang takkan habis. Ada masanya memang perlu delegate kerja, bukan kita pulun buat seorang diri dan tanggung sakit pening sendiri.
Semoga Allah beri kesembuhan buat Mus'ab dan permudahkan semua urusan kami sekeluarga. Allahumma amiin.






No comments:
Post a Comment