Thursday, February 5, 2015

Ganti Puasa..


Bulan Ramadhan yang lalu, aku keguguran masa hari ke-3 puasa.
Aku dah mula bleeding/spotting sebelum 1 Ramadhan lagi. Sebelum puasa tu dah pergi Hospital Ampang. Bila scan, masih nampak kantung. Doktor kata threatened miscarriage. Doktor suruh datang balik dalam masa 2 minggu.

Hari pertama puasa dan kedua puasa, masih ada spotting. Tak banyak. Tapi adalah beberapa kali. Aku masih teruskan berpuasa dan solat seperti biasa mengambil kira aku sedang pregnant masa tu.
Hari ketiga, pendarahan agak banyak dengan sakit perut yang memulas-mulas. Kadangkala terasa contraction macam nak bersalin. Beberapa minit sebelum azan Maghrib berkumandang, aku ke toilet sebab tak tahan nak buang air kecil. Saat itu jugak, aku selamat 'melahirkan' kandungan keempat aku.

Lepas Isyak baru aku ke Hospital untuk scan semula. It happens just a couple of days lepas lawatan ke hospital yang pertama. Doktor sahkan ianya complete miscarriage dan tak perlu undergo D&C. Pendarahan lepas keguguran dikira seperti nifas. Alhamdulillah tak lama. Hanya sekitar 5 hari sahaja. Seterusnya aku puasa seperti biasa.

Pada perkiraan aku, aku hanya perlu mengganti sebanyak 6 hari sahaja.
5 hari pendarahan selepas keguguran dan 1 hari iaitu hari aku 'melahirkan' sebab ia berlaku just a few minutes sebelum azan Maghrib, yakni aku tak sempat menghabiskan satu hari puasa.

Aku tak ingat bila, tapi sekitar tahun lepas. Ada slot kelas Fiqh Wanita di surau pejabat aku ni.
Ustazah ajar ikut kitab, ikut bab lah kan. Tapi Ustazah alu-alukan sebarang soalan walaupun tak berkait dengan tajuk pada hari tersebut.

Masa tu aku terfikir tentang puasa aku pada 2 hari pertama.
Terus aku tanya kat ustazah, apa status puasa aku pada 2 hari tersebut, dan perlu kah aku mengganti puasa tersebut.

Jawapan ustazah, memandangkan kita telah tahu bahawa pendarahan/spotting yang berlaku pada hari tersebut adalah membawa kepada proses keguguran, adalah sebaik-baiknya diganti puasa pada 2 hari tersebut. Dalam keadaan kita tidak pasti, atau was-was, mengambil kira yang lebih itu adalah lebih baik.

Kesimpulannya, aku perlu mengganti 8 hari.

(Tapi satu pun belum berganti lagi..erkkkk)

***
Selepas sesi kelas pada hari tersebut, saat bersalaman dengan ustazah, ustazah pegang lembut bahu aku. Ustazah tanya kesihatan aku, ustazah tanya samada kandungan yang gugur tu kandungan pertama etc. Nampak concern sangat muka ustazah masa tu. 
Mungkin ustazah dapat kesan riak sebak di muka aku masa aku ajukan soalan. Sebab jujurnya, masa bertanya tu, entah kenapa aku rasa sebak sangat, mata bergenang, panas je aku rasa. Bila ustazah sapa lembut aku macam tu, bergenang balik airmata aku.


No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015