Bulan Ogos 2014 aku dah buat full settlement pinjaman pendidikan PTPTN.
Agak frust lah jugak sebab terawal sikit dari pembentangan bajet.
Bila PM announce bajet 2015, ada rebate 20% untuk siapa yang langsaikan hutang PTPTN selepas pada tarikh bajet dibentangkan.
Takpelah, takde rezeki di situ..
(Tapi bila kira, banyak jugak 20% tu...separuh gaji bulanan jugaklah T___T )
Sebelum ni aku ada buat potongan gaji bulanan. Aku ada 2 akaun pinjaman. Untuk diploma dan ijazah. Untuk diploma full loan. Untuk ijazah pulak cuma untuk semester pertama sebab lepas tu dapat scholarship. Potongan gaji bulanan adalah untuk akaun ijazah. So, bila dah bayar lump sum both account, nak kena buat pembatalan potongan gaji bulanan pulak lah.
Bulan Ogos masa aku settlekan pinjaman tu, aku terus isi sekali borang pembatalan potongan gaji dan borang pembayaran balik lebihan bayaran. Terus submit kat kaunter PTPTN kat UTC Pudu Sentral.
Pegawai kaunter maklumkan, nanti PTPTN akan hantar surat pemberitahuan pembatalan potongan gaji kepada aku dan juga majikan. Aku request surat aku hantar terus ke rumah instead of hantar ke pejabat.
Awal bulan 9, aku terima surat pelepesan pembiayaan pendidikan ptptn. Aku expect pejabat majikan akan dapat surat yang sama. Rupanya dierang tak dapat..Bulan September & Oktober masih ada potongan gaji. Takpe lagi, sebab katanya proses ambil masa 3 bulan.
Aku try call hotline ptptn nak tanya pasal potongan gaji tu dan refund.
Bagitau kat pegawai tu aku ada dapat surat pelepasan pembiayaan pendidikan. Pegawai tu kata bukan surat tu. Yang tu just surat inform kita dah habis bayar. Akan ada lagi satu surat pasal pembatalan potongan gaji bulanan untuk pembayaran balik pinjaman. Dia suruh aku isi balik borang pembatalan dan borang refund sekali. Dia kata lagi, surat tu patutnya boleh dapat terus kat kaunter. Pulak dah..
Rajin lah aku menapak semula ke UTC tu, nak submit balik borang. Datang kali kedua tu, ramai pulak orang. Dalam hati, takpelah..Tunggu jelah..Malas nak tangguh-tangguh. Bila minta nombor giliran kat guard tu, banyak pulak soalan. Pastu terus dia suruh pergi kat satu kaunter ni..Aku pun explain lah kes aku kat pegawai kaunter tu. Dia kata ok, dia uruskan. Bila mintak surat pembatalan potongan tu on the spot, dia kata tak boleh pulak since aku potong queue..Erkkk...Bukan aku sesaja mintak potong queue. Dah tu malas lah aku nak tunggu sampai ke sudah, suruh jugak lah dia pos je surat tu. Dengan harapan, dah kali kedua ni, harap-harap takde masalah lah..
Sampai ke sudah aku tak nampak bayang surat tu. Bulan November pun masih potong gaji. Tiba-tiba bulan Disember tak potong dah..Huhh..Legaaa..
Tapi ada benda tak settle lagi kan..Refund..Aku dok tunggu je lah bila depa ni nak refund. Tapi dalam hati dok pegang kata depa 3 bulan untuk proses. Kemain bila bab nak pulang duit lambat sokmo..haha..So, wait and see jelah..
Hari ni cek akaun, ada masuk duit refund PTPTN. Tapi, sebulan je instead of 3 bulan punya potongan gaji..Hmmmm...musykil muslimah jap mokcik..
Laju jek tangan ni dail hotline ptptn.
Mula-mula pegawai tu kata, dalam rekod dia, bayaran masuk sampai September 2014 je.
Walhal gaji aku dipotong sampai November. Dia suruh aku tanya admin pejabat.
Pastu tiba-tiba dia kata ada kemungkinan lain pulak.
Cek balik, dia kata masuk akaun lagi satu (referring to diploma & degree account). Aku kata aku buat potongan gaji untuk akaun degree je. Pastu tah macam mana tah dia explain, otak aku dah tak boleh nak proses. Dia kata memang ada bayaran masuk sampai November 2014. Tah akaun mana satu dia maksudkan aku pun dah blur. Angin pun satu hal jugak. Mujur aku masih boleh cakap elok-elok. Haha. Tapi dengan perut berangin, kepala berangin, kalau tak kena gaya, nak ngamuk gak aku.
Pelik betul aku. Tah macam mana tah dia punya sistem ke ape benda tah bole tertinggal-tinggal pulak baki duit nak refund. Bila bab nak pulangkan duit, ada saja problem..
Last-last dia suruh aku isi balik borang refund submit kat kaunter.
Adoilahhh...Berapa kali da nak ulang alik UTC tu pasal benda ni je..
Walaupun baki nak refund tu tidakle beribu riban, tapi ratus-ratus pun besar weh value nye di zaman air teh ais lagi mahal dari minyak ni..hahaha..Kurang-kurang berapa pek diapers anak aku boleh beli kan..hihi.. Dah lah tak dapat rebate kan..Jadi, baki ratus-ratus tu tetap perlu dituntut..huhu..
Ratus-ratus pun duit jugak tu. Saya pun peminjam PTPTN jugak. Bila fikirkan balik kerjaya sekarang dengan course waktu study dulu, rasanya, tak payah sambung study pun takpe sebab banyak knowledge waktu kerja sekarang ni belajar time kerja je. Berapa percent je yang ada ambik dari waktu study dulu. Haha.
ReplyDeleteTapi takpe lah, benda dah lepas. Nak tak nak, kena bayau jugak duit PTPTN tu.
harus tuntut tu.ptptn ni memang macam2.memang xkang bagi anak2 apply ptptn ni nanti.
ReplyDeleteberurusan dengan ptptn memang menyakitkan hati. kite baru je dapat surat pelepasan hutang. refund utk potong gaji nasib baik utk sebulan je. tu pun ntah bile dapatnya. malas nak ingat. refund 20% ni yang ditunggu pasal ribuan hehehe
ReplyDeleteSalam perkenalan dr mommy irra. Semoga dipermudahkan urusan. irrayyan.com
ReplyDeleteMenabunglah dengan Plan Pendidikan PRUBSN. Hubungi/msg/whatsapp saya khairie-0139034100
ReplyDeletejadi macam aku punya kes, aku dah bayar lumpsum ptptn n ade refund sebab diorang terlebih potong 1 bulan. aku dah online utk dapatkan refund tu balik. at last, ni dah masuk bulan ketiga tak dapat2 lagi bayaran refund. apa kemenda laaaaa 1 benda pon ptptn xleh setel ke wei. even 300 je tapi duit jugak weyyy
ReplyDelete