Thursday, October 15, 2015

Confinement : Berpantang Sendiri


Bismillaahirrahmaanirrahiim..
Assalaamu'alaikum warahmatullah..

Anak pertama dan kedua, berpantang dijaga oleh Mama dan Ma. Tiba-tiba anak ketiga, berpantang sendiri pula. Walaupun keluarga masing-masing boleh dikatakan dekat (Pandan Indah - Ampang - Gombak bukanlah jauh mana pun kan..hihi), tapi aku ambil keputusan berpantang sendiri atas faktor-faktor berikut:-

(1) 
Faheem dah bersekolah. Dari segi logistik, zawji nak ulang alik hantar Faheem ke sekolah dan ambil di rumah pengasuh, seems inconvenient. Takkan nak ponteng sekolah lama-lama pulak kan.

(2)
Ampang : Wedding bangcik. Mama mesti akan sibuk dengan persiapan untuk wedding. Nak keluar membeli barang, nak kemas rumah, rombongan ke majlis akad nikah dan sanding belah perempuan di Chemor lagi etc etc. Lepas bangcik kahwin pulak, dia akan duduk rumah Mama until he find a house to rent. So, agak terbatas lah sikit ruang.

(3) 
Gombak : Ma kurang sihat. Hero-hero aku pula terlebih aktif. Kesian kat Ma nak menjaga cucu-cucu aktif nanti. Dan previous confinement juga, pagi-pagi Ma dah siapkan air mandian dan sarapan untuk aku. Tak tegar rasanya nak biar Ma buat semua tu dalam keadaan diri yang tak berapa nak sihat.

Bila ambil kira faktor-faktor diatas, aku decide untuk berpantang sendiri di rumah sendiri..huhu...Sebab tu gigih mencari confinement lady walaupun ada yang kata agak pricey. Kalau dibandingkan dengan servis mengurut sahaja, memang nampak pricey. Tapi bila combine pakej penjagaan bayi dan masak lauk berpantang, pada aku, worth the price.

Minggu-minggu terakhir kehamilan, aku dah prepare serba sedikit barang untuk berpantang nanti. Pakaian harian aku termasuk bengkung dan minyak-minyak semua aku simpan dalam satu storage box. Barangan baby pun dalam satu storage box.Then pinjam tilam single dari Mama, letak di ruang tamu since our humble home tak ada bilik di tingkat bawah. Those boxes pulak letak di hujung tilam supaya mudah untuk dicapai. Kalau ada barangan yang tak cukup di bawah, minta tolong zawji ambilkan kat atas since aku tak boleh nak turun naik tangga.

My humble confinement corner

Close up of my stuff and baby's stuff that are in reachable distance

Seminggu pertama selepas bersalin, macam tak berpantang pun aku ni sebab berkampung di hospital. Mana ada nak berbengkung ke apa. Dengan aircond lagi, asyik turun naik katil yang agak tinggi untuk menyusu anak yang letak dalam cot bawah lampu photo..Makanan hospital pulak, memang takde istilah pantang lah. Buah tembikai, sayur kangkung, mee sup...Huhuhu je aku tengok makanan yang terhidang. Tapi aku tengok je lah. Tak berani nak makan. Tunggulah zawji bawa bekal dari Mama.. Kadang tu aku makan nasi dengan sayur je bila dia serve sayur sawi..

Once discharged, the next day baru start berurut, tungku etc. Seminggu. Seminggu tu Alhamdulillah makan semua terjaga. Pagi aku dah siap minum pagi yang ringan-ringan untuk alas perut. Zawji siap hantar anak-anak pergi sekolah dan rumah mak. Makcik urut sampai dalam pukul 8pagi, terus rebus air herba mandian, then tengok bahan-bahan untuk dimasak, tanak nasi. Bahan kita yang provide sendiri. Kalau ada bahan yang tak cukup, either makcik tu pesan suruh beli, or dia belikan terus the next day. Lepas tu urut. By the time habis urut, air mandian herba dah siap. While aku mandi, makcik masak lauk that can cater till dinner. Siap mandi, bertangas. Then bertungku dan ikat bengkung. After that, dia mandikan baby, urut sikit dan siapkan baby. Dah selesai semua tu, siap lah. Aku tinggal nak makan and jaga baby je sampai zawji balik kerja, ambil anak-anak.

Antara lauk-lauk semasa berpantang. Some of it je lah ;)

Siap mandi dan bedung. Kemas je makcik ni bedung baby. Tapi berjaya juga si kecil ni keluarkan tangan. Huhu..

3rd week and forth. Mencabar lah sikit sebab pakej dah habis. So memang totally berpantang sendiri lah. Siap air mandi sendiri, mandi baby sendiri, bengkung sendiri..Urusan anak-anak yang lain dan urusan rumah masih zawji yang uruskan. Aku tolong kejut dan siapkan beg je lah. Itupun baju anak-anak semua tetap kena minta tolong zawji sebab semua dekat atas. Tentang makan pulak, sehari dua je aku masak sendiri. Masak pun, yang simple dan mudah je. Resepi campak-campak..hahaha..Bila bahan-bahan tak cukup, tak masak lah..Zawji pulak tak sempat nak membeli..Dah tu aku makan apa???? Hihi.. Pagi lepas hantar anak-anak, zawji belikan breakfast takpun, makan roti atau oat. Then tengahari, zawji balik sekejap hantar lunch. Alhamdulillah office zawji dekat je dengan rumah dan zawji tak pergi site jauh-jauh.

Waktu tinggal berdua je dengan Fathan, ok je. Dia tidur, aku tidur sama. Kalau tak join tidur pun, aku basuh baju, blogwalking, update blog (Huhu..sempat lagi kan dalam pantang sibuk blogwalking bagai)..Basuh baju pula, bukan basuh apa pun, masukkan baju dalam mesin dan on mesin je. Then zawji yang jemur baju dan angkat kain di jemuran. Lipat baju, either aku atau zawji.

Pernah tak aku tinggal berempat dengan anak-anak sahaja tanpa zawji? Pernah. Selalunya malam bila zawji ke surau atau ada urusan lain. Part ni memang sedikit sebanyak menguji kesabaran dan ketahanan aku. Huhuhu..Bila timing Fathan beronar sedikit taknak tidur, nak melekat saja, abang-abang pulak dah bersilat berdua...Situasi lain, Fathan menangis nak susu, Faqeeh tolong ummi basuh pinggan main air di sink sampai basah lecak Faheem terjerit-jerit panggil ummi dari dalam toilet suruh tengok dia membuang...Phewww...Rasa macam nak sedut ilmu naruto supaya ummi boleh pecah lapan dalam satu masa. Hahahaha..It wasn't funny. Belum lagi abang-abang yang terlebih sayang dekat adik, asyiklah nak peluk cium adik tak kira masa. Adik baru nak tidur, terkejut kena cium dengan abang-abang. Tambah abang tengah selsema pulak, puaslah halang tak bagi cium adik..Sampai menangis lah abang bila ummi tak bagi kiss adik..Kembang kuncup je hidung ummi ni sambil bertukar jadi hijau. Hahaha..

Since tak boleh panjat tangga, mainan anak-anak yang bersepah tu aku sumbat masuk drawer je..huhu..Mujur yang kecil-kecil. Yang besar jangan bawa turun, sila main dekat atas je..Seram pulak aku nak naik atas dah habis pantang nanti...hahaha

Bila khusyuk tengok tv... If not, buat drama berdua lah..huhu..

Few more days to complete my 44 days of confinement. Tapi dah habis pantang pun bukan boleh melasak sangat kan. Huhu..Tengah berfikir-fikir lagi dah habis pantang ni nak jaga anak-anak sendiri sebelum start kerja or hantar je kat pengasuh macam biasa.. But Faheem knows that i am at home. Pernah je dia suruh cikgu hantar dia balik rumah insteadof hantar ke rumah Mak..huhuhu.. Tapi cikgu hantar je jugak ke rumah Mak..hihi.. Sorrylah sayang. Ummi belum sihat sepenuhnya nak jaga awak sendirian. Takut ummi hilang sabar je. Bagi ummi rest dulu ye..Ummi dah sihat betul nanti, insyaAllah awak boleh balik rumah after school. Itupun sebulan je kot sebelum ummi masuk kerja balik.

Semoga Allah kurniakan kesihatan yang mantap buat kita, sentiasa diberi kekuatan dan ketabahan, sentiasa di dalam rahmah barakah dan redha Allah..InsyaAllah...


3 comments:

  1. Semoga d beri kekuatn ye sis...mmg mncabar betul kn...huhu

    ReplyDelete
  2. adehh.. seram pula nak berpantang sendiri..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah will be fine. Saya rasa, faktor yg penting, support system. Firstly of course pergantungan dengan Allah. Kalau tak ingat Allah, sy rasa, byk benda di luar jangkaan yg sy akan buat. Kena byk istighfar dan berzikir. Secondly, bantuan dari keluarga especially suami. Suami mmg byk main peranan penting. Mudah2an suami memahami & ringan tulang utk permudahkan urusan seharian sepanjang berpantang, insyaAllah.

      Delete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015