Tuesday, October 20, 2015

Fathan : Day 42 : Saya Dah Khatan


Bismillaahirrahmaanirrahiim...
Assalamu'alaikum warahmatullah..

Alhamdulillah..Fathan dah selamat khatan hari ni. 

Niatnya nak khatan hari ke-7 lagi..Tapi hari ni, day 42, baru lah terlaksana. Hari ke-7 tu, baru sehari discharge. Memang tak sempat lah sebab aku dah start berurut, zawji pagi tu jadi runner nak lapor kelahiran dekat KKIA, then nak pergi buat sijil kelahiran..Petang lepas aku selesai berurut, zawji cukur botak rambut Fathan pulak. So memang tak sempat lah. Tambahan pulak, nak kena buat appointment dulu. Hihi..

Kenapa nak khatan awal? Abang-abang tak khatan lagi.. Huhu..

Sesungguhnya Nabi SAW telah mengkhatankan Hasan dan Husin pada hari ketujuh kelahiran mereka berdua.” (Riwayat Imam al-Baihaqi dan al-Hakim)

Makanya, kalau ikut sunnah, khatan bayi seawal umur 7 hari..Lagipun khatan masa kecil lagi mudah nak jaga..Mak pun cakap macam tu sebab ada sorang budak yang dia jaga berkhatan masa bayi...

Masa Faheem dulu, memang ada terfikir nak khatan awal. Lama sangat fikir nak buat decision, tak jadi. Masa Faqeeh pulak, zawji nak khatan kan awal. Tapi being a mom yang suka fikir macam-macam dan terlalu jauh ke depan, aku pulak refuse. Sebab Faheem dan Faqeeh jarak setahun je. Dekat sangat. Kalau Faqeeh sunat dulu  aku kesian kat Faheem nanti dia sunat takde geng. Boleh tak fikir macam tu? Huhuhu...So then we decided, kalau anak ketiga lelaki jugak, nak khatan awal. Sebab jarak pun dah agak jauh. 

Bergelak ketawa di pagi hari sebelum dikhatankan..

Berkhatan di mana? How much does it costs?

We thought, doktor kat klinik yang biasa buat program khatan masa cuti sekolah boleh buat khatan untuk baby. Rupanya tak. Tanya few clinics, untuk baby girl je ada. Tanya punya tanya, we got 2 places..Hospital Al-Islam Kg. Baru dan satu klinik dekat belakang Hospital Tawakkal. Tak ingat apa nama klinik tu..That clinic buat surgery for child.

Kos berkhatan di Hospital Al-Islam -- RM 350. (Hari Selasa petang sahaja)
Kos berkhatan di klinik belakang Tawakkal -- RM 450. (Hari Selasa dan Sabtu)

Phewwww...Berkali ganda harganya dari khatan untuk kanak-kanak lelaki. Nanges.

So, we opt for Hospital Al-Islam..

Jika nak khatan masa bayi, disyorkan sehingga bayi berusia 3 bulan. Lebih 3 bulan, disyorkan tunggu umur 5 tahun ke atas. Sebab atas 3 bulan, bayi dah mula aktif
 Masa nak khatan tu, ibu sahaja boleh naik ke ruang prosedur di tingkat satu. Then nurse akan explain tentang prosedur Khatan. After that, sign borang consent. Tapi masa prosedur, nurse akan ambil baby bawa ke bilik prosedur, bekalkan bersama sekeping diaper. Ummi tunggu dengan penuh debaran..huhu..Ummi yang nervous..Sekejap je. Dalam 10 minutes je rasanya. Then dari kejauhan aku dah dengar tangisan Fathan. Sebak pulak rasa..huhu..Nak calm him down, cuba nak susukan dia, dia refuse..Allah.. 


Ada ring tali diikat kat situ. Nurse kata dalam 7 hari dia kering, ring tu akan tanggal sendiri
. Boleh mandikan baby macam biasa. Just make sure kat situ kering. Kalau ada bleeding yang banyak atau nanah, terus refer hospital. 

Ummi nak tukar diaper pun takut-takut..Takut ummi buat Fathan sakit..Seriau ummi..huhu

Be strong ye dear Fathan...



1 comment:

  1. Congrats Fathan!!! Senang sebenarnye bersunat kecik2 ni. Saqlain dulu bersunat kat tawakal, dah naik eh cost kat Tawakal. Nasib ily pergi hospital Al-Islam. Tawakal not recommended, doc nye buat keje Kasar. Kitaorg mmg dah band bersunat kat Tawakal.

    ReplyDelete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015