Thursday, October 29, 2015

Embarking On Breastfeeding Journey Again, Alhamdulillah..


Alhamdulillah..It feels good to be back in this path of journey again. Something that I misses so much.

Throwback previous breastfeeding journey...

Faheem..
Berjaya menyusukan Faheem sehingga 11 bulan sahaja sebab pregnant, susu kering. Cuba jugak untuk bertahan despite of lesser milk produced. End up aku menyusukan Faheem sambil menangis sebab sakit pedih teramat dan Faheem asyik merengek lapar walaupun dah bergilir bf on both sides beberapa kali. Teramat pilu bila akhirnya zawji cuba bagi plain water sebab there is no formula milk in the house at that moment, dan Faheem minum air kosong dengan rakusnya until he fall asleep. Sedih sangat tengok dia masa tu dan lagi sedih memikirkan keegoan diri yang nak puaskan kata hati sampai anak merengek kelaparan. The next day terus pergi beli susu formula.

Faqeeh..
Exclusive breastfeeding until 10 months. Continue breastfeeding him until 1y 2m. Pergi menunaikan umrah, leaving him for 2 weeks. Balik umrah, he refuse direct feeding. Total rejection. Susu pun, all of a sudden terus kering. I manage to pump out 6-7 oz sebelum check out hotel di Makkah. Bila balik Malaysia, dapat 1-2 oz, which later drops to nearly none. Faqeeh continues with EBM and campur formula until 1y 6m. Lepas tu fully formula lah.

Fathan..
First day of life dia dah minum formula. Huhu..Sebab he was in NICU. Lepas tu bila dah masuk wad pediatrik, aku cuba breastfeed dia, though I know susu belum banyak lagi. You can tell sebab tak rasa pun lagi engorge or let down reflex masa breastfeed. But then, kuning makin naik sampai kena intensive phototherapy, dimana ibu tak boleh angkat baby dari bawah lampu photo. Susu akan diberi melalui syringe. So ibu kena pam/perah susu dan beri pada nurse. Masa ni, fungsi pam bagi aku adalah sekadar untuk stimulate pengeluaran susu. Dalam botol cuma ada setitis dua je kolostrum yang pekat tu. Lepas pam, aku buat marmet. First time marmet, dapat 1ml sahaja for almost 1 hour. Macam nak nangis. But that is the best. So, yang secoet tu aku tetap bagi pada nurse untuk dicampur dengan formula. Yup..he was fed with formula dan aku redha je. Dah tau kilang susu belum beroperasi, takkan nak pertahankan jugak. Kesian kat anak tu. Dua hari jugak lah Fathan minum susu formula sampai reading dia turun, treatment dari intensive photo (4 lampu) to single photo je. Dan takdir Allah, hari kelima baru aku rasa bengkak susu dan let down reflex tiap kali breastfeeding session. Hari ketujuh, masa urut, makcik urut kata berketul-ketul dah dan sakit hoii bila diurut tang situ.

Alhamdulillah...ada rezeki buat Fathan. Aku dah start kumpul stok dalam pantang lagi. Buat masa ni, tak boleh rancak sangat buat stok. Kekangan space dalam freezer. Dulu ada tempat menumpang, deep freezer kat Gombak dan freezer kat Ampang. Sekarang takde dah. Freezer sendiri je. Memang tak muat..So kena melabur sikit untuk deep freezer nampaknya.

Semoga Allah permudahkan urusan penyusuan Fathan dan murahkan rezeki Fathan. 
Amin Ya Rabb..

Expressing milk for adik??? Haha

No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015