Alhamdulillah..Berakhir dah episod berpantang 44 hari pada hari Khamis yang lalu..Diakhiri dengan bawa Fathan melawat hospital untuk buat blood test. Kenapa? Nantilah aku cerita..Separuh hari jugak di hospital. Huhu..
44 hari...Rasa macam lama sangat tak tengok dunia luar selain daripada hospital dan klinik. Weekend tu ajak zawji keluar nak beli barang dapur sikit. Fathan tumpang rumah maktok dulu. Nak bawak awak tak boleh, udara tak berapa segar, luka sunat awak pun belum kering sepenuhnya.
Dapat keluar beli barang dapur pun dah rasa happy. Lagi bertambah seronok bila dapat isi perut dengan benda ni..
Tiba-tiba rasa teringin. Lamb ribs at Me'nate Steak Hub. New branch dekat area Taman Nirwana ke Kampung Pandan..Baru je bukak 2-3 hari..Alhamdulillah kenyang teramat. Sebab bukan lamb ribs tu je aku telan. Ribs tu aku punya. Zawji order lamb syabu. Untuk anak-anak, pasta aglio olio. Campur all those three masuk dalam perut, super kenyang. Marinate lamb ribs tu, terasa-rasa di tekak, terbau-bau di tangan. Kehkeh..
Sebenarnya dah cakap kat zawji hari khamis tu lagi yang aku nak makan dekat Me'nate..Masa weekend tu, bila zawji tanya nak makan dekat mana, aku cakap kedai lain. Walaupun dalam hati cakap Me'nate. Tiba-tiba zawji bawak gi Me'nate. Haha...Ingat dah lupe request sang isteri ni. Orang perempuan memang suka cakap benda lain tapi mengharapkan benda lain. Kihkihkih..Kalau tak dapat apa yang diharapkan, padan muka..hihi..
Abang-abang pulak, masa tengah makan, masing-masing dah bising nak balik rumah maktok. Rindu baby katanya. Allahu..
No comments:
Post a Comment