5/6/17 Aku dah mula bercuti, 2 minggu awal dari due date. Last minute jugak aku buat keputusan nak ambil cuti awal. Hari Khamis ke Jumaat minggu sebelumnya. Ada few reason kenapa aku nak cuti awal. Firstly, aku tak larat nak menapak dari LRT ke office. Dah mengah sangat rasa. Then, aku fikir baik aku handover kerja siap-siap sebelum aku tiba-tiba je bersalin. Sebelum aku dihujani dengan kerja-kerja yang aku baru nak catch up juga. Lastly, nak ambil peluang menikmati bulan Ramadhan. Bila cuti, dapatlah merehatkan diri dan minda sikit, and dapatlah aku masak untuk iftar walaupun ala kadar je. Walaupun dah start cuti, anak-anak tetap pergi sekolah duduk transit sampai petang dan Fathan still hantar ke rumah mak.
8/6/17- Dalam pukul 4.30 ptg tu, aku rasa contraction yang agak kerap. Tapi tak berapa kuat. Walaupun dah anak keempat, aku confuse juga. Sebab masa Faheem, very mild contraction but regular at 5 mins interval, serious tak rasa sakit lansung, tapi pergi hosp je dah buka 4cm. Fathan pulak, terus skala contraction yang intense, sakit gila, dan bila serah diri dah 6cm dilate. So, aku monitor contraction. 5mins interval. But since tak berapa kuat, sempatlah kami iftar dulu, then zawji pergi terawih kat surau. Lepas tu baru gerak pergi hospital. Itupun sempat lagi singgah kedai, minum teh ais segelas, hahaha.. Bila check dekat PAC, contraction is there, tapi OS still close. Masa seluk tu, tengok gaya HO dan MO yang dok cakap jauh ke dalam, aku dapat agak yang kali ni sama kes macam Faqeeh dulu. It's a false alarm dan aku balik, menunggu turun tanda macam biasa. Dan berpuasa seperti biasa juga. Alhamdulillah both me and baby ok walaupun berpuasa dari awal Ramadhan.
Bila aku cakap sama macam kes Faqeeh, maksudnya baby in posterior condition. Though doctor tak cakap masa tu, tapi aku dapat agak that it's posterior. Sebab doktor berhempas pulas menyeluk nak cari pintu yang jauh ke dalam. Masa Faqeeh dulu macam tulah. Susah sangat nak check bukaan. Sebab nak kena seluk jauh ke dalam. Dapat doc/nurse tangan comel molek, oklah tak terasa sangat. Dapat yang tangan besar jari pendek, die nak seluk ke dalam tu, senak omak.
Posterior presentation tu macam gambar kat bawah ni yang belah kanan. Kalau korang tengok servix (yang warna pink tu) antara anterior dengan posterior tu, nampak tak yang posterior tu memang jauh ke dalam. Sebab tu lah jenuh nak check bukaan. Dan posterior ni, postition baby seiring dengan ibu. Maksudnya baby menghadap ke hadapan, sama macam ibu. Kalau anterior, baby tu menghadap ibu. Yang ni kalau tengok fetal movement, kalau posterior nampaklah segala bucu siku, tangan, kaki. Kalau anterior, akan rasa bahagian belakang dia. Sebab tu aku boleh rasa bonjol-bonjol tajam bile baby bergerak. Nak dapatkan heartbeat baby pun kena mencari betul-betul.
Bila tau posterior, aku kena banyak bergerak untuk tolong baby engage. Aku perasan kalau aku baring, aku tak rasa apa sangat, tapi bila berjalan, turun naik tangga, solat, baru terasa menekan ke bawah. So aku banyakkan move around, solat sunat dan qadha solat selagi mampu, turun naik tangga, duduk atas bouncing ball, buat some exercise macam squatting, lunges etc.
Contraction kali ni macam chipsmore. Sekejap ada, sekejap takde. Selalunya masa baring dia macam hilang. Bila bangun, baru rasa. Maybe sebab posterior tu. Dari sehari ke sehari aku tunggu. Puas aku menyibukkan diri kemas sana sini. Mama pun beberapa kali call tanya takde tanda lagi ke. Dah masuk 39 weeks, baby masih bergembira bergolek-golek dengan riang ria dalam perut ummi. Abang-abang dulu, paling lewat pun genap 39 weeks dah keluar. Baby kali ni seronok duduk dekat dalam, dan nak bagi peluang kat ummi menikmati Ramadhan.
16/6/17 - 39 weeks 5 days. 12 tghr aku dah mula rasa contraction yang agak intense, start timing, range 5-7 minutes apart sampai waktu zohor. Zawji kata lepas solat jumaat dia balik. So aku solat zohor dulu siap-siap, lepas tu aku sempat sidai baju dulu, kemas umah sket2.
Eventually tak rase sgt contraction afterwards. Mungkin sebab aku menyibukkan diri, so tak terasa sangat. Tapi proceed juga ke PAC Hosp Ampang dalam pukul 4 petang. Macam biasa pasang ctg dulu monitor contraction and heart beat baby. Aku intai-intai jugak result ctg, contraction is there.
HO buat VE, dia kata tak jumpa. Macam jauh sangat katanya. Dia minta nurse confirmkan. Nurse cakap posterior, jauh ke dalam, zero OS. Just as I thought. Tapi bila dengar dia cakap OS close tu, aku frust lah jugak. Tak larat menunggu dah. huhu. Tapi dengar HO bincang dengan nurse. "Tapi quite tinggi ni, 170. Tanya MO dulu to confirm lah." So MO datang and VE lagi sekali. Seluk punya seluk, she said, "Dah bukak besar dah ni. 4cm. You tak masuk jari ke dalam, that's why you tak jumpa. It's 4cm dilate, posterior, position -1, membrane intact, servix soft. Prepare line, proceed to LR." Then dia sambung, "Baseline heartbeat a bit tachy, 170. With this kind of reading, you should have known. Monitor baby's heart rate if progress slow or no progress." Baru aku faham yang HO1 cakap agak tinggi tu rupanya heartbeat baby, tachycardia. HO1 kata selalunya baby tachy kalau mak demam, high bp, ada penyakit jantung. Wallahua'lam.
5.00 pm - Kat LR dah. Zawji balik rumah dulu ambil anak-anak dari sekolah dan rumah mak, hantar ke Ampang. HO2 seluk to confirm bukaan. HO2 nilah yang bertangan besar dan sedikit kasar. Menahan senak je aku, sebab nak seluk jauh ke dalam tu kan. Fuhhhh... Kalau anterior position kan dia seluk sikit je dah jumpa. Ni nun kat belakang, dengan tangan besar tu, hmmmmpphhh...Lepas tu nak pecahkan membrane ketuban. HO2 cari tak dpt. Lame pulak dia cari tak jumpa. Panggil Staff nurse (SN1), pun tak jumpa. They keep on asking ade turun air tak? Naah.. takde. SN1 seluk lagi, dia cakap, seluk-seluk terus rasa kepala baby dah. Macam takde membrane. Pastu dia tanya lagi, betul ke takde pecah ketuban? Then they call another doc, a gynae. Gynae tu seluk sekejap je, he said adelah, the membrane is there and still intact. So die pecahkan ketuban terus. then dia godak-godak perut nak bagi keluar air ketuban & bagi baby turun since its posterior.
Tak lama lepas tu ada seorang doktor masuk. An oncall doctor, he said. Dia check perut. Dia tanya previous babies paling berat berapa kilo? 2.89kg. Dia kata this one is slightly bigger, but not too big. Around 2.9-3kg plus. Then dia explain that they'll give me pitocin untuk kuatkan contraction since baby posterior. Exactly macam Faqeeh dulu. Tak lama lepas tu zawji datang, lepas selamat hantar anak-anak kat Ampang.
Pukul 7 mcm tu, SN1 pasang pitocin. She offered pethidine but i said no, previously pun aku cuba bertahan without painkiller. Towards the end tu baru aku sedut entonox. Masa Faqeeh la. Masa Faheem aku tak pandai utilise entonox tu. Sekali dua sedut aku rasa it was useless, tak membantu, terus aku campak. Walhalnya aku yang tak pandai sedut.. huhu...Masa fathan pulak, lansung takde talian hayat. Mana sempat nak inject ke sedut apa-apa dengan kelam kabut masa tu... Huhu...
Lepas pasang pitocin tu, the contraction become stronger. Ada masa aku genggam tangan zawji kuat-kuat, sesekali mintak tolong dia urut belakang badan. Kebanyakan masa, bila contraction menyerang, aku tekup tangan kat muka, berzikir, beristighfar apa yang terdaya. Ya Allah, ampunkan segala dosaku Ya Allah... Then ada sorang pakar, chinese lady, die cek perut (read godak2) kepala baby still tak engage. Die suruh prop up. Tinggikan katil, so that aku dlm posisi half sit supaya baby turun. SN1 pulak suruh aku mengiring sebab baby aktif bergerak bila dalam posisi baring, so heart beat macam lari sikit. Tapi so far baby's heart beat ok. Around 130-140. Tak tachy pun. Since dah nak maghrib, dan aku pun masih boleh bertahan. Tengok contraction level pun baru 40-50, zawji pergi buka puasa dan solat maghrib dulu. Selesai solat maghrib die masuk LR balik teman aku.
4 hours lepas check in LR, HO buat VE, still at 4cm after 4 hours.. waaaaa... masa ni dah tukar SN2 and HO3. Lepas VE, doc tekan-tekan perut lagi, baby's head still tak masuk betul. Bila doc semua keluar, i felt a gush out. Kencing banyak gile 😂. Terpaksa la SN2 tukar alas. They increase the pitocin level. SN2 offer pethidine one more time. She said since dah masukkan pitocin yang akan kuatkan contraction, pethidine will help me relax and in the same time tolong cepatkan rahim nipis for ease of labor. So i agreed memandangkan macam tak tertahan rasa sakit tu. Around 9.30 kot nurse datang cucuk pethidine kat bontot. Few minutes after, terus aku rasa lalok melayang-layang, terawang-awamg mcm dkt wonderland. haha...Tapi bila contraction datang rasa je sakit contraction tu, cume i am much calm in between the contraction. Aku cuak jugak nak amik pethidine at first. Previous labors aku tak pernah amik pun, aku risau aku tak boleh nak rase/agak bile nak teran. Rupanya kalau pethidine still boleh rasa sakit tu. Cuma kau boleh tidur in between contraction sebab kepala kau terawang-awang je rase. Nurse yang cucuk pethidine tu cakap, mak jangan risau, jangan fikir banyak, focus for delivery je. Mase VE pukul 9 yang takde progress tu, doc cakap to review back in 4 hours. Means dlm pukul 1 pg camtu. Then SN2 explain kt aku, if pukul 1 tu nanti tak progress jugak, biasanya doc takkan tunggu lagi lame, means they'll proceed with czer. Aku doa je banyak-banyak minta pertolongan dan keajaiban Allah. lepas tu SN2 pasang tiub nak kosongkan pundi kencing. Still banyak lagi air kencing though dah keluar selambak lepas doc godak-godak perut tadi. Lepas pundi kencing clear, SN2 VE lg skali, ade progress sikit, 4-5cm. Masa ni about 9.40pm. Effect pethidine tu memang buat aku lalok betul. Bila takde contraction, memang aku tidur. Bila contraction datang, aku sedar dan rase sakit tu. Bila abes contraction, mamai balik.. Contraction makin berganda-ganda kuat. Nurse kata effect pitocin + pethidine, memang sakit die kuat sikit. Sambil tu die godak-godak gak perut nak kejut baby sebab baby pun lalok same, effect pethidine tu. Pastu die suruh aku mengiring. Masa aku tengah mengiring tu, rase contraction yang super kuat, mmg tak mampu nak tahan dah. Cakap kat zawji memang tak tahan sangat dah, rasa nak berak sangat dah. SN2 kate jangan teran dulu, pusing badan. Agaknya dia tengok baru pukul 10 lebih, baru je lagi, takkan dah efface. Aku tengah sakit to the max tak boleh nak pusing. Mintak tolong zawji kalihkan kaki. Then SN2 suruh kangkang. Bukak je kaki, SN2 kata dah nampak dah kepala baby. SN2 ni cool gile, die sorang je handle, die suh aku push, tarik kaki ke perut and push out. Sangat calm je die. 2-3 kali push, long push, die kata sikit lagi nak lepas dahi, telinga... tarik nafas panjang and push, kepala baby dah lepas. Masa ni aku boleh rasa yang orang dok cakap ring of fire tu.. huhu.. Dah rasa lega dah, sekali die suruh push lagi one round, nak lepaskan bahu pulak. Phewwwww. And there it goes, at 10.40 pm, selamatlah lahir hero ke-4 kami. Alhamdulillah...Dia cakap, cepat betul progress. Tadi baru 4-5cm, tiba-tiba dah fully dilate. And kali ni takde episiotomy, tapi jahit gak sket. 1st degree tear. Sikit je jahit, luar. Tapi perit sikit lah bile jahit kulit tu.
Lepas dah potong tali pusat, ada seorang nurse masuk. Terkejut nurse tu tengok dah selamat dah bersalin. "Eh, dah siap dah? Senyap-senyap je, tak panggil pun. Baru nak tengok kenapa bilik 8 ni senyap je.." Huhu..
Haaa.. hari bersalin ni, hari paling lama aku berpuasa. Ye, aku bersalin dalam condition aku masih 'berpuasa'. Nurse dah risau dah takut aku takde energy nak push sebab aku puasa. Orang lain dah buka puasa, aku masih 'berpuasa' walaupun kalau ikutkan puasa aku dah tak valid dah kan. Ada yang tanya kenapa tak makan sebelum masuk LR, kenapa hospital tak bagi makan dulu? Ingat tak aku cakap masa kat PAC tu, baseline heartbeat baby tachy? So kena monitor heartbeat dan progress bukaan. There's a possibility for ceaser kalau progress bukaan lambat sangat or heartbeat baby tinggi sangat. Sebab tu tak boleh makan. Kalau makan, dan ditakdirkan aku kena emergency ceaser, aku akan jadi high risk sebab ada kemungkinan aku boleh 'pergi' during operation kalau acid/makanan dari perut masuk ke paru-paru.
Jadinya, total hours aku 'berpuasa' pada hari tersebut adalah 18 jam. Dari sahur jam 5.30pagi, 11.40 malam baru aku dapat menjamah makanan. Itupun seketul roti dan sekotak air milo. Masa dalam LR tu zawji ada tanya, aku tak lapar ke? Alhamdulillah masa tu the anxiety untuk bersalin mengatasi rasa lapar. Seriously aku memang tak rasa lapar lansung. Subhanallah, hebat sungguh kuasa Allah. Bila nurse nak jahit tu kan husband kena keluar, so nurse pesan kat zawji suruh ambil barang-barang dan jangan lupe beli makanan untuk aku. Dia kata kesian isteri awak puasa lama, mesti lapar sangat. huhu..Mujur lepas bersalin tu pun aku masih mamai dan lalok sebab pethidine tu punya effect will lasts for 6 hours. Aku kena cucuk pethidine pukul 9.30, 11.30 dah tolak masuk wad postnatal. Effect dia masih kuat lagi. Aku makan seketul roti bun tu pun just untuk alas perut. Lepas tu aku tidur sepanjang malam. And I believe my baby pun lalok jugak sebab dia pun elok je tidur. Ke aku yang tak sedar lansung dia menangis?? huhu
Sekian lah pengalaman aku bersalin anak ke-4. Officially an ummi of 4 boys. Meriah rumah mak dengan anak-anak lelaki yang super hebat dan awesome serta soleh dan musleh. Mungkinkah ada yang ke-5? hehehe.. Ramai yang kata, yang ke-5 nanti girl kot.. Hahahaha.. Aku gelak je. You'll never know kan. Kalau Allah takdirkan ada rezeki lagi dan anak lelaki lagi, aku terima je. Taknak mengharap dah. Boy or girl, sama je amanah yang Allah beri. Sama je berat yang perlu dipikul, nak membentuk mereka jadi insan yang ada islam, iman dan ihsan. For now, aku nak rehat dulu kot. Cuti bersalin pun dah habis. hahaha. Tengoklah another 3 years kot tiba-tiba teringin pulak lagi nak peluk cium baby.
No comments:
Post a Comment