Since anak #3 dulu dah mula pantang sendiri-sendiri, jadi kali ni pun aku decide untuk pantang sendiri jugak. Lebih mudah untuk aku dan tidak menyusahkan banyak pihak juga. Pengalaman dari pantang anak ke-3 dulu, mana yang terkurang, tersilap, aku cuba buat dan betulkan, though masih tak sempurna lah kan. Mana yang termampu buat dan larat je.
Kalau dulu ambil pakej penjagaan pantang seminggu, kali ni aku extend lagi seminggu. My main concern, nak treat badan dan segala urat yang dah kembang tu. Usia bukan makin muda kan. Makin bertambah umur ni, badan makin deterioriate. Tu kena overhaul balik tu, buang segala angin yang bertapa dalam badan. Kalau ikut hati, nak ambil sebulan terus. hahaha... Pengsan mak nak membayar service.. huhu..
Aku bahagikan cerita pantang ni kepada beberapa skop lah ye.
Pertama - Penjagaan, perawatan pantang.
Seperti abang-abang yang sebelum ni, baby kali ni kena stay seminggu juga kat wad. Seminggu duduk hospital memang tak berapa nak pantang sangatlah. Cuma kali ni, aku bawak sekali warm pack untuk tuam perut, dan Minyak Herbanika NR untuk sapu kat perut, ari-ari, kaki, semualah. In the same time, aku consume Majun Saudah Al-Manna, homemade and handmade by my friend, kak bidan Liana. Majun ni banyak bantu aku untuk buang angin dan lawas juga. Pantang tanpa stress sebab tiada masalah sembelit. Dulu aku pernah bertapa sejam lebih dalam toilet nak membuang, sampai menangis-nangis lah jugak sebab asyik luka je..huhu.. Bila mudah lawas, akak sangat lega.
Then, since bersalin 9 hari sebelum raya, then warded 5 hari, discharged few days sebelum raya, so makcik urut kata, raya kedua dia datang. Jadinya raya kedua baru mula pakej perawatan pantang. Yang ni aku cerita detail nanti. 2-3 hari sebelum tu, aku just tuam perut, sapu minyak, pakai bengkung sendiri. Kadang-kadang Faheem tolong tarikkan tali bengkung. Then the two weeks package, aku memang menikmati betul-betul urut, tungku, sauna semua tu. Lega sangat rasa badan. Angin berlumba-lumba keluar. Haha. Lepas complete 2 minggu, aku sambung buat sendiri tungku, bengkung until urut penutup 3 hari terakhir.
Kedua - Bab makan pulak. Seminggu baby warded, aku makan je lauk yang hospital provide. Alhamdulillah lauk hospital pun dah sedikit pantang-friendly. Adalah satu dua lauk yang aku tak sentuh. The rest, selamat masuk perut. Jadi tiada isu sangat kat situ. Lepas discharged, sebelum makcik urut datang, aku masak sendiri. Yang mudah, campak-campak je pun. Sup, singgang, grill.
Bila dah start pakej, mewahnye lah makan. Makcik ni masak tak macam typical lauk pantang. Berselera aku makan. Memang takde istilah diet lah ye. Lagipun memang lapar je semedang, menyusu si baby kan. Lepas 2 minggu tu, ditakdirkan zawji kena outstation seminggu ke Myanmar. So aku dan anak-anak balik Ampang. Kat Ampang, adik lah jadi chef masakkan untuk kaklang cun dia ni. hahahah. Siaplah dia google resepi lauk pantang. Thank you dikkk. Jasamu dikenang. Masakan adik pun ohsem! Memang taknak bagi kaklang kurus ke ape ni?? (Adik ni masak memang superb sebab dia ambil course hotel & catering.) Once zawji balik, aku sambung masak sendiri. Bahan-bahan mentah, bahan masak semua zawji yang beli. Pernah jugak sekali order dekat Barang Dapur Basah. Senang jugak, dia dah siap siang cuci semua. Ada jugak aku beli lauk pantang frozen. Tapi sebab rasa dia tak seberapa dan tak berbaloi dengan harga, takyah cerita panjang lah. Nak recommend pun tak berani. hihi.
Owh.. bab makan ni, since pantang masa orang tengah seronok raya kan, telan air liur jelah tengok orang post lauk pauk raya open house segala tu. Kuih raya pun, jeling-jeling je lah. Takpelah, raya tahun depan je lah. huhu. Kalau Allah masih pinjamkan nyawa.
Ketiga - Bab penjagaan anak-anak yang lain, yang ni skop penting bagi yang anak dah berderet macam akak ni. Dah la masa tengah pantang tu ada kes cikgu anak dua yang meninggal tu kan. Ada yang kaitkan dengan keletihan etc, wallahualam. Risaulah jugak. Tapi part ni memang mencabar. Lagi-lagi anak semua hero yang sihat walafiat, aktif dan pintar. Masa raya tu, Faheem dan Faqeeh cuti seminggu. Zawji pulak dapat cuti sempena isteri bersalin dan dia sambung terus sampai cuti raya, jadi 2 minggu jugaklah cuti. Kiranya masa cuti sekolah tu, zawji adalah untuk tengok anak-anak. Memang zawji lah yang banyak urus 3 hero tu, dari bangun pagi, mandi, makan, tidur semua. Bila masing-masing macam dah tepu sangat duduk terperap dalam rumah, abinye bawak lah pergi mandi kolam, pergi main basikal kat taman, pergi beraya. Taklah jemu sangat budak-budak merap kat rumah. In the same time, ummi dan baby boleh rest dekat rumah dengan tenang. Alhamdulillah. Bila sekolah dah bukak, Faheem Faqeeh pergi sekolah macam biasa sampai petang. Fathan pun hantar jugak ke pengasuh. Zawji pun dah start kerja, so tinggal aku dengan baby je lah. Lepas siap treatment, makan semua, baby pun tidur nyenyak, aku pun tidur lah sama.
Keempat - Bab kerja rumah. Alhamdulillah, mostly zawji yang buat. Basuh baju, jemur baju sampai ke lipat baju, basuh pinggan mangkuk, kemas rumah. Sesekali, aku tolong jugak lipat baju. The rest memang zawji buat. Lantai pun tiap malam dia mop. Aku dah selamat tidur, terjaga malam-malam tengok zawji tengah mengemop. huhu. Terharu akak. Aku memang jaga diri dengan baby je lah. Faheem dan Faqeeh pun dah boleh membantu serba sedikit, bergantung pada mood masing-masing. Faheem contohnya, bila mood dia baik, Alhamdulillah dia tolong ikatkan bengkung ummi, pakaikan stokin, tolong ambilkan barang, sapu/mop lantai, tolong pakaikan adik Fathan baju/diapers, mandikan adik. Dia pun dah boleh buat air sendiri. Alhamdulillah. Kalau time mood tak baik tu, takyah cerita lah kan. hahahah.
Aku rasa pantang kali ni lebih terjaga sikit, kurang stress, badan rasa lebih segar. Alhamdulillah.
Thanks a million to zawji yang banyak mudahkan urusan aku. Thanks to anak-anak jugak yang ada pasang surutnya, both families yang selalu concern. Allahu Allah, terima kasih Allah kerana pinjamkan aku keluarga ini. Syukur atas nikmat Allah, Alhamdulillah. #DonePantang. hihi..
Kalau ada rezeki anak lagi lepas ni, insyaAllah pantang sendiri lagi. huhu...InsyaAllah by that time, abang-abang dah boleh bantu dalam banyak perkara, mudah-mudahan. By saying that, maksudnya mungkin tidak dalam masa terdekat lah kan. hahahah. Wallahualam. Semuanya rencana Allah. Ku terima apa adanya. Moga terus diberi kekuatan dan kesihatan yang berpanjangan, tak lupa kesabaran yang berlipat ganda nak memimpin tangan anak-anak teruna sihat aktif lagi soleh dan pintar. Mudah-mudahan dapat berjalan bersama beriringan menuju syurgaNya. Allahumma ameen.
No comments:
Post a Comment