These two events dah lama dah berlalu. Tapi nak update juga sebagai kenangan, especially untuk tatapan abang long Faheem kelak.
Alam Ria Pasti Kawasan Pandan 2017
It was held on my last day of confinement. hihi. Alam Ria Pasti is actually an annual event bagi Pasti seluruh Malaysia. Tapi di Kawasan Pandan ni, ni baru pertama kali rasanya dibuat di peringkat kawasan.
It was held on my last day of confinement. hihi. Alam Ria Pasti is actually an annual event bagi Pasti seluruh Malaysia. Tapi di Kawasan Pandan ni, ni baru pertama kali rasanya dibuat di peringkat kawasan.
Ada beberapa acara yang dipertandingkan namely Hafazan (L&P), Laungan Azan, Nasyid, Kalam Jama'ie (choral speaking in Arabic), Bercerita, Sajak. Pasti Ubudiah hantar penyertaan untuk acara Hafazan (L) dan Laungan Azan sahaja.
Abang Faheem masuk acara Hafazan.
Checklist surah yang perlu di hafaz.
Surah wajib adalah Al-Fatihah dan Al-Mulk (ayat 1-15). Untuk Al-Mulk, ayat 1-5 akan jadi ayat wajib, manakala ayat 6-15 adalah pilihan, berdasarkan cabutan.
Wakil cilik Pasti Ubudiah. Faheem (Hafazan) dan Iqbal (Laungan Azan). Serius je muka masing-masing. Nervous agaknya.
Menunggu giliran.
Sampai giliran Faheem. Faheem perlu buat 3 cabutan. (1) Pilihan ayat untuk surah Al-Mulk ayat 6-15; (2) Pilihan Surah di Bahagian A; dan (3) Pilihan Surah di Bahagian B.
Faheem melantunkan bacaan hafazan. Surah Al-Mulk, Alhamdulillah passed. Pilihan surah Bahagian B pun passed, tapi lupa dah surah apa dia dapat. Yang pilihan surah Bahagian A, stucked. Sebab dia cabut surah yang memang dia tak hafal lansung, surah Al-Aadiyat. Dalam 7 surah Bahagian A tu, dia hafal 3 or 4 je. Rezeki dia pulak dapat surah yang tak hafal. Masa dengar juri kata...."Sila ulang dan sambung bacaan surah berikut.... Wal 'aadiyaatidhobha...." Ummi terus geleng kepala sebab tau dia tak hafal surah tu.. Dapatlah baca 2-3 ayat pertama, lepas tu dia dah buat muka blur pandang juri, tenung microfone sampai juling biji mata. Hihi..
It's ok abang. Your first attempt membaca depan khalayak ramai. Itupun ummi dah cukup bersyukur sangat, sebab abang sebelum ni agak low self-esteem. Bila abang boleh duduk membaca kat depan tu, despite of your body gesture yang pelbagai sangat tu, itupun dah buat ummi happy dan bangga sangat dah. Tahniah, for your effort and for being brave.
Iqbal on the other hand, menang acara Laungan Azan dan mara ke Alam Ria Pasti peringkat Negeri Selangor. Tahniah! Kecil-kecil cili api. Lunak betul suara Iqbal melaungkan azan. MasyaAllah Tabarakallah.
Lepas event, kita belanja abang long ni makan Kenny Rogers. Yay!
Sukaneka Pasti Kawasan Pandan 2017
Acara sukaneka ni berlansung seminggu lepas ummi habis cuti bersalin.
Seperti tahun-tahun yang lepas, mesti ada tema mengikut warna pasukan. Last year Pasti Ubudiah bertemakan Smurf. Tahun ni, plan asal nak tema Doraemon. Suddenly cikgu kata 'pelajar senior' (merujuk kepada pelajar 6 tahun), request untuk buat tema Catboy - PJ Mask. Ummi terus dapat tangkap siapa 'pelajar senior' yang request tu..Siapa lagi kalau bukan anak sendiri kan. Bersungguh-sungguh dia reject karakter Doraemon tu..haha..
Si tukang request tu lah yang jadi mascot. Patutlah beria nak jugak Catboy.
Untuk merealisasikan impian anak nak jadi mascot, ummi pun turut terjebak bersemangat terlebih.
Mask catboy tempah dari sepupu ku yang ohsem. Mujur lah ada cukup material. Alhamdulillah.
Untuk costume dan ekor pulak, gigih ummi buat sendiri. Bersengkang mata stay up buat benda ni tau. Tidaklah susah mana pun. Pakai cut and patch je. Baju tu kebetulan ada pyjama warna royal blue, tinggal nak buat corak je. Untuk corak, beli kain perca dan kain felt warna ocean blue kat Spotlight. Untuk ekor, ummi selongkar stok kain felt ummi yang dah berhabuk. Dapatlah ekor kontot tu. hehe. Selebihnya, skill menjahit ummi yang kelaut. Jahit jelujur senget benget je. hahaha. Jadilah nak..Asal ada rupa.
Tapi anak bujang yang seorang ni super particular. Corak tak sama, warna tak sama, takde corak mesh, ekor pendek, ekor tak boleh gerak-gerak etc. Apa-apa lah anak. Ini je yang ummi mampu buat.
Catboy in action
Di pagi hari kejadian, abang ngah Faqeeh Tanya, kenapa Faheem je ada topeng? Kenapa dia takde topeng? Dia nak jugak topeng gekko. Aduhaiiii.. Puas lah ummi pujuk. Mujur hati dia mudah dibelai pagi tu.
Gambar-gambar sekitar hari sukaneka.
Alhamdulillah berjaya mempertahankan piala pusingan bagi Juara Perbarisan. Tahniah!
Tahun ni ummi tak dapat nak all out rakam gambar dan video. Sebab ada handbag gebus montel montok yang seorang ni. hihi..
Abang kecik Fathan ni pulak, buat acara sukan sendiri. Berjalan dari hujung sini ke hujung sinun padang. Jenuh ummi mengejar. Kurus lah ummi. Fuhh..
No comments:
Post a Comment