The first day Fathan met his little brother was on Day 5 of Fathiy's life. 5 hari itulah dia tak jumpa ummi. Ya Allah rindunya pada Fathan tak terkira.
Saat pertama kali dia nampak ummi balik dari hospital, dukung adik, dia menangis kuat dan menunjuk-nunjukkan tangan ke arah katil, beri signal supaya ummi letak baby. Maktok ambil baby dari ummi. Fathan datang duduk atas riba ummi. Allahu. Sebaknya rasa. Lama dia melekap muka, peluk ummi erat-erat. Meluah rindu yang sarat bersarang dalam hati barangkali. Nak luahkan dengan kata-kata, tak pandai bercakap lagi.
Lepas tu dia mula tarik-tarik tudung ummi. Melepas geram pula barangkali. Adik, dia belum hiraukan lagi. Pelik agaknya melihat tubuh kecil nan satu yang entah dari mana datangnya.
Risau juga ummi memikirkan penerimaan Fathan terhadap adik.
But the worries doesn't last long.
Malam tu, seems like Fathan dah boleh terima dan adapt dengan adik. Di tepuk adik perlahan-lahan. Di cium adik kecil nan mungil. Baring sebelah adik..
Belaian pertama seorang abang.
And really, Alhamdulillah dia memang seorang abang yang sangat caring dan loving. Walaupun dia tak pandai nak meluahkan lagi.
Fathan ni belum pandai bercakap meaningful words lagi. Lepas habis pantang, ummi tak hantar ke pengasuh sampai habis cuti bersalin. I wanted to spend more time with him, nak bercakap, berborak dengan dia sebanyak mungkin. Cuba untuk stimulate dia bercakap.
Gigih lah ajar dia panggil ummi abi. At last berbunyi juga ummi - mmmi - mimi tu.
Tapi part panggilan kepada adik, bila ummi kata adik Fathiy, Fathan sebut ayiyi..
And dia lebih banyak sebut ayiyi dari ummi. huhu..
Adik nangis je, dia tepuk ummi.."Hah..ayi..ayiyi...sambal tunjuk kat adik.."
Bangun tidur je cari ayiyi.
Adik nangis masa semua orang tengah makan, dia gelisah nak turun kerusi, nak pujuk adik.
Cubaan bagi nenen pada adik. hahaha.
Memang sayang sangatlah kat adik. Alhamdulillah.
Setakat ni pun, takde nak berebut apa-apa dengan adik.
Kalau dia tengah duduk dalam walker, ummi kata nak letak adik, cepat-cepat dia bangun keluar, bagi adik duduk.
Selalu tolong ummi tekan pam, ambilkan botol untuk pam susu adik. Nampak je botol berisi EBM, gembira dia cakap ayiyi..ayiyi...Adik punya lah tu..Macam tu ugaklah kalau nampak apa-apa barang kepunyaan adik. Bukan main gembira dia berteriak nama adik.
Fathan oh! Fathan.
Ummi doakan kasih sayang awak dengan adik dan abang-abang takkan pernah padam.
Teruskan saling berkasih sayang sampai syurga ye anak-anak.
Moga kalian sentiasa dalam rahmat dan redha Allah.
No comments:
Post a Comment