Monday, March 26, 2018

Random Dishes From My Humble Kitchen


Last week, my humble kitchen kurang berasap. Berasap juga, cuma banyak off dari on. hihi.
Selain tuntutan kerja yang agak hectic dalam 2 minggu terkebelakang, zawji pun boleh tahan busy juga kebelakangan ni. Tuntutan kerja dan segala macam tuntutan yang lain yang seterusnya menuntut kefahaman, daya tahan dan sabar yang tinggi si isteri. Hahaha..Faham ke tidak ayat aku ni...Tak kisahlah kalau tak faham, cukup aku je faham. huhu..
Di waktu sebegini, aku kena banyak berlapang dada, dan breath slowly. Setidaknya, walau zawji sibuk dengan 'dunia' dia, dia masih tak culas melunaskan kerja-kerja rumah yang menjadi rutin kebiasaan dia. Alhamdulillah.
Cuma aku ni haa, kena tingkatkan lagi jurus kesabaran handle 4 orang hero yang soleh lagi musleh, sihat walafiat serta cerdas dan pintar. Allahu Allah.

Nah. Random cooking from my humble kitchen seminggu yang lalu.
Memasak sambil diiringi alunan melodi jerit tangis Fathiy yang mengekor rapat ummi, hiruk pikuk jeritan dan gelak tawa abang Faheem dan Faqeeh yang bermain, bergaduh bergurau senda dengan bahagia, ditemani pembantu cilik Fathan yang tidak jemu membantu ummi di dapur.
Subhanallah tabarakallah.

Ayam Percik (Resepi Hanghungry Chef)

Cubaan pertama memercik dan merecik. haha.

  

Kung Pao Chicken (Resepi Mat Gebu)


Dada ayam - hiris sederhana besar, cuci dan tos. Gaul rata dengan 1 sudu besar sos tram, 1/2 sudu teh lada sulah 1 1/2 sudu besar tepung jagung. Perap 30 minit.
Cili capsicum traffic light - potong dadu
Cendawan butang - hiris kasar (aku potong 4 je)
cili kering - hiris serong, cuci, keringkan
4 ulas bawang putih - cincang halus
1 genggam kacang gajus - digoreng keemasan, toskan
 sos hoisin
 kicap cair
 kicap pekat
minyak bijan
gula

Tapi aku tiada kicap cair dan sos hoisin, Jadi aku pakai apa yang ada saja.

Goreng ayam yang diperap tadi hingga masak, angkat dan toskan.
Tumis cili kering hingga naik bau. Masukkan bawang putih. Tumis.
Masukkan cendawan dan cili capsicum. Kacau rata.
Masukkan kicap, sos, minyak bijan dan gula.
Masukkan gajus dan ayam yang telah digoreng.
Kacau hingga rata & masak hingga sedikit kering.
Siap.


 Cekodok Pisang Rangup di Luar, lembut di dalam (Resepi Azie Kitchen)

Buat cekodok pisang pun kena tengok resepi. Danggg~
Aku pernah buat ikut suka hati je sebelum ni. Keras. Kah.
Kurang pisang, lebih tepung.
Hai lah emak anak empat. Masak cekodok pisang pun fail. kui kui..


Comel-comel je cekodok pisang ku. hahaha.
Tapi serius rangup diluar.


 Fettucini ala Aglio Olio using Sambal Ketuk Nas Choices

Ala-ala nak masak aglio olio, tapi instead of guna chilli flakes, aku ganti dengan sambal ketuk.

Fettucini (separuh) - direbus 
Crab stick & sosej - dihiris. (Ye. not a healthy food. Sila ganti dengan udang/sotong/salmon)
Bawang holand - potong dadu
Lada capsicum - potong dadu
Carrot - hiris memanjang (potong je lah ikut suka kalian)
Sambal ketuk Nas Choices - 2 sudu besar (ikut tahap kepedasan yang dihajati)
1 Kiub ayam

Tumis bawang Holland sampai naik bau.
Masukkan sambal ketuk & kiub ayam.
Masukkan crab stick, sosej dan carrot.
Masukkan lada capsicum & fettucini yang telah direbus.
Gaul sehingga rata dan sekata.
Ready to serve.






No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015