Friday, April 6, 2018

Fathan - Follow Up Appointment with Dietitian


Last 3 months kan Fathan ada first appointment dengan dietitian disebabkan kekurangan berat. Dietitian advise ummi untuk bagi diet berkalori tinggi untuk Fathan dan anggarkan kenaikan berat sebanyak 200g sebulan. Dietitian beri ummi tempoh 3 bulan dan hopefully dalam masa 3 bulan tersebut berat Fathan naik sekurang-kurangnya 600g. Kalau dapat capai 1kg, lebih baik.

Sepanjang 3 bulan, ummi tidaklah terlalu strict sangat dengan diet Fathan. Ada makanan yang dia suka, Alhamdulillah dia makan banyak. Selera makan pun, Alhamdulillah ok. Tapi within 3 bulan tu juga, ada beberapa kali Fathan demam, termasuklah kena jangkitan Influenza A H1N1 tu. Sedih ummi masa tu sebab memikirkan nak tambah berat Fathan. Risau kalau berat tak naik-naik.
 

Kenaikan berat Fathan selepas 3 bulan adalah 2kg. Alhamdulillah. Dietitian pun puas hati dengan perkembangan Fathan dan tiada temujanji susulan. Dari segi, berat dan BMI, dietitian kata dia dah tak risau, both normal.


Cuma, dari segi ketinggian, Fathan agak rendah dari yang sepatutnya (graf di bawah paras kuning) Dietitian syorkan agar ummi terus bekalkan Fathan dengan sumber makanan yang kaya protein untuk membantu tumbesaran Fathan. Ummi juga perlu monitor kenaikan berat Fathan, make sure naik 250g setiap bulan.


Dietitian kata, recently, kadar kanak-kanak bantut sedikit meningkat. Kalau tak silap, dalam 5 orang kanak-kanak, 1 orang disahkan mengalami kebantutan. Dia sedikit gusar sebab kalau kanak-kanak bantut, ia bukan sekadar bantut dari segi ketinggian, malahan juga bantut dari segi perkembangan organ penting dalaman. 

InsyaAllah. we will try our best. Semoga manja masham ummi yang soleh pintar ni sentiasa diberi kesihatan yang baik & berpanjangan. Allahumma ameen.

Adik pun dah lebih kurang besar awak je Fathan..huhu..



Antara makanan yang boleh membantu meningkatkan ketinggian anak adalah (sumber):
1) Susu segar
2) Buah-buahan dan sayuran
3) Oat
4) Telur
5) Kacang soya
6) Ikan salmon dan tuna - very rich in protein

Kalau tengok, mostly are proteins.
Dietitian kata cuba pelbagai kan. Simple dan mudah disediakan, anak pun suka makan.
Roti sapu peanut butter, roti telur, scramble egg, pasta salmon.

InsyaAllah. Semoga Allah mempermudah urusan kami.


No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015