Tuesday, May 15, 2018

Once in Every 5 Years


This is my 3rd time voting.
Masih mengundi di mukim dan lokaliti yang sama seperti 2 PRU yang lalu.
Mujur lah rumah mak dan rumah sendiri dekat je kan.


Keluar mengundi bertiga. Elladin's daughter.
Nak arrange timing keluar mengundi pun kalut. hahaha. Sebab askar ramai menanti kat rumah.
Nak biar kangah tolak mama, dia tu makyong. Takkan nak tolak wheelchair.
Nak suruh adik, dia first time voter. Kang kalut cuak tak tahu arah. hahaha.
So, aku decide biar aku bawak mama dulu. Selesai mama, hantar mama balik. Then baru lah kami bertiga pergi mengundi. Alhamdulillah saluran mama tak payah queue lansung. 

The three of us pun taklah tunggu lama sangat pun. Lebih kurang setengah jam je. Alhamdulillah.



Alhamdulillah, masih istiqamah.
Though orang kata takde pilihan, terpaksa etc...I have mine.

Like every previous GEs, (bukan setakat those yang aku dah layak mengundi..even years before), aku adalah orang setia disisi ayah menanti keputusan penuh. Zaman dulu, ayah bentang surat khabar duduk depan TV, dia akan catat setiap keputusan yang keluar, aku tolong bacakan keputusan yang terpapar kat tv. Sebelum keluar keputuan penuh, dia sibuk mengira bilangan kerusi dimenangi setiap parti. Gigih betul.

Semangat dia tak pernah luntur. 😅

Tahniah & takziah atas keputusan PRU14.
Semoga yang menang menunaikan tanggungjawab dengan amanah dan berintegriti.
Yang kalah, masa untuk muhasabah diri.
Yang masih belum mencapai kemenangan, berusaha dengan lebih gigih lagi. InsyaAllah, istiqamah hingga kemenangan.




No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015