Tuesday, July 20, 2021

Salam Aidiladha 2021

Selamat Hari Raya Qurban..
Taqabbalallahu minna waminkum..
Semoga semua amalan kita diterim olehNya..

Raya qurban kali ni, tiada typical juadah raya. Neither nasi impit, ketupat, lemang nor rendang.. Not even kuah kacang or kuah lodeh..

Kisahnya, last week have been a hectic, stressfull week for me. Minggu sebelumnya jua. I've been so stressed with all kind of things. Kerja yang semua nak dikejar, semua dok mengejar. Kita ni 'berlari' bagai tak cukup. Entah apa yang terlalu nak dikejar sangat. Sampai tahap, jadi fobia bila dengar notification whatsapp masuk. Tengah malam, awal pagi dok berbunyi. Ummi.pulak sejenis tak reti nak buat-buat tak tahu. Bila dah terbaca mesej instruction malam-malam tu, otak ni mula lah dok berfikir sampai susah nak tidur. Bila baru nak lelap, anak pula bangun cari susu. Restless betul rasa sampai terlupa minggu ni raya, dan tak prepare pun nak masak apa. Belum lagi dengan kerenah anak-abak soleh solehah lagi bijaksana. Huhu..

Nak mengeluh dan membebel banyak pasal kerja dan anak-anak pun, takde faedah juga kan. Semua tu adalah amanah. Ummi anggap jelah apa jua keperitan yang ummi rasa tu, ibarat sebuah pengorbanan jua. Bukan untuk meraih penghargaan siapa-siapa, sekadar nak melunaskan tuntutan/amanah kerja, kerana Allah. Sekadar ummi mampu. Moga Allah beri kekuatan, ketabahan dan kesabaran buat ummi, lorongkan jalan yang benar dan mudahkan urusan ummi. Itu je lah doa dan harapan ummi. 

Kena minta maaf sokmo dekat anak-anak ni sebab sokmo jadi 'punching bag' ummi saat ummi tersepit antara fungsi sebagai ibu atau sebagai penjawat awam. Maafkan ummi kesayangan ummi sekalian. Dalam banyak-banyak pengorbanan, ummi takut kalau terkorbankan perasaan, hati kecil dan jiwa raga keluarga dan anak-anak, yang pastinya sukar untuk dirawat nanti. Moga Allah izinkan ummi jadi ibu yang baik buat anak-anak soleh solehah semua. Allahumma ameen.

Panjang cerita tentang pengorbanan πŸ˜…. Ikut tema khutbah raya pagi ni. hihi..

Ini sahaja juadah pagi raya kami tahun ini. Macaroni goreng, burnt cheeseckae dan air sirap bandung soda laici. Pagi raya baru dapat idea nak masak apa πŸ˜…πŸ˜‚ Bolehlah kan. Asalkan boleh dinikmati, mengisi perut dan nikmat rasa. 





Dah kenyang makan, kita tengok pelaksanaan ibadah qurban secara virtual 😊😊
Musim covid ni, semua versi virtual je lah ya. 
Rindu pula suasana kami buat qurban sendiri-sendiri sebelum ni. 


Lepas zuhur, ada sesi video conference dengan team Gombak, Rawang dan Shah Alam, disertakan dengan laungan takbir dan bacaan doa selamat. 

Semoga cepat wabak Covid19 ini dinyahkan dari bumi. Rindu nak berkumpul ramai-ramai dengan sanak saudara πŸ₯ΊπŸ˜₯

2 comments:

  1. Salam Aidil Adha
    sedapnya burnt cheesecake tuu...terliur

    ReplyDelete
  2. Eid Mubarak Ily & keluarga.
    Akk pun dah boring rasanya raya di perantauan ni :(

    ReplyDelete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015