Tuesday, August 3, 2021

Beef Shakshouka : From My Humble Kitchen

 Terpengaruh lagi dengan hasutan kawan ummi.๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ Mula-mula ummi tergoda tengok dia masak bamboo lamb stew.. Lepas tu dia hasut ummi try benda ni pulak.. Katanya, gerenti sukaaa..

Maka kami ber-dinner makan shakshouka dicicah dengan roti. Punya lama nak sahut cabaran.. Terbukti.. we love it. Terima kasih kerana menghasut ye sahabat.. hihihi..Sungguh, worth trying. Simple dan mudah, tapi sedap.

Anak-anak peminat telur belaka. Letak 6 biji telur pun bergaduh berebut juga la masing-masing ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

Resepi asal boleh refer disini.

Resepi versi ummi..

Bahan-bahan:

  • sedikit olive oil/minyak masak
  • 1 biji bawang besar/holland (dipotong dadu)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 biji cili capsicum (dipotong dadu)
  • 200 g daging cincang
  • 2 sudu besar cili boh
  • 1 biji tomato (dipotong dadu)
  • 1 tin kecil puri tomato
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1 sudu kecil paprika
  • sedikit serbuk lada hitam
  • garam dan gula secukup rasa
  • 6 biji telur
  • daun parsley untuk hiasan

Cara memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam frying pan. Goreng daging cincang bersama serbuk lada hitam sehingga masak.
  2. Masukkan cili boh, tumis seketika.
  3. Masukkan bawang besar/ olive oholland.Heat Masak hingga bawang kelihatan lembut. Masukkan bawang putih cincang.
  4. Masukkan cili capsicum, masak kira-kira 5 minit.
  5. Tuangkan puri tomato dan tomato yang telah dipotong dadu.
  6. Masukkan bahan rempah/herba- jintan putih, paprika, serbuk cili.
  7. Perasakan dengan garam dan gula. Masak hingga mendidih atas api sederhana atau sehingga kuah memekat. 
  8. Bila kuah sedikit memekat, buatkan lubang-lubang pada kuah mengikut bilangan telur.
  9. Pecahkan telur dan tuang pada lubang-lubang yang telah dibuat.
  10. Tutup pan, biar masak dalam 10-15 minit, atau sehingga telur masak.
  11. Hiaskan dengan daun parsley atau ketumbar.

  12. Siap!




Boleh dimakan dengan roti, nasi, pasta.. Malah sedap dimakan begitu saja.
Faqeeh makan sampai licin frying pan. Terus jadi menu favourite anak-anak. Alhamdulillah atas nikmat rasa yang Allah beri.


Next try, ummi nak cuba tabur cheese pula..huhu..

No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015