Friday, August 5, 2022

Homestay Villa D'Kebun, Masjid Tanah, Melaka

Kami ke Masjid Tanah, Melaka, menghadiri majlis tahlil, doa selamat dan aqiqah di rumah makcik abi, Cik Lah pada 16 Julai lalu.

Masa abi kata nak pergi tu, tak decide lagi nak bermalam atau balik hari je. Tapi ummi fikir, packing je lah baju siap-siap. Kalau tak bermalam situ pun, mungkin akan balik Gombak terus. 

Kami sampai Masjid Tanah pukul 1 lebih. Dah habis pun majlis bacaan tahlil semua tu.. Join jamuan makan je lah 😅 Sedap-sedap lauknya, masyaAllah alhamdulillah..


Baby aqiqah... Zayn nama diberi. Ya Allah, sedapnya bau baby.. geram betul ummi.. Ns pun geram tengok baby.. Tapi dia cakap dah, dia lah baby ummi abi.. Takde baby lain dah ye.. hihi.. 
Allahumma faqiihu fiddin waalimhu ta'wil.. Moga baby Zayn menjadi anak yang soleh lagi musleh.


Masa ni lah akhirnya kami decide untuk bermalam di Melaka. Abi minta ummi cari homestay yang berdekatan, yang ala-ala kampung sikit. 

Maka, inilah homestay yang ummi jumpa.

Villa D'Kebun (with free fruits)


 Adhoc booking, alhamdulillah ada kosong.  Dan tak jauh pun dari rumah Cik Lah, less than 30 minutes. 

Villa D'Kebun ni dilengkapi landskap pokok-pokok buah, hence the name. Kalau musim semua pokok berbuah, untung lah siapa yang stay disitu. Masa kami datang, owner maklumkan baru je lepas musim. Walaupun takde sangat buah saat kami check in, tapi adalah pokok jambu air yang tengah syok merimbun, pokok kelapa, tebu dan petai. Buah kelapa pun ada yang dah molek untuk dipetik minum. Parang dan mesin tebu tersedia kalau berhajat nak minun air kelapa mahupun air tebu.

Kami ambil triple room.. Mama & Ayah nama biliknya.. Yang ni bilik paling besar. Ada 1 katil queen & 1 katil single. Nak additional toto, owner ada sediakan juga. Alhamdulillah bilik selesa untuk kami 8 beranak. Kami minta toto dan bantal extra for the kids. Ada 4 lagi single room (equipped with 1 queen bed). Hari kami masuk ni, bilik lain takde penghuni. Family kami sahaja. Umpama dunia ana yang empunya gituh.. Seronok anak-anak explore. Basikal turut disediakan. Syurga anak-anak..


Ada ruangan open dining, equipped with TV. Belakang tu ada sink, dapur masak, mesin basih dan peti ais. Peralatan memasak pun lengkap tersedia, termasuklah minyak masak garam gula etc.. Tapi kami tak masaklah kan. Beli siap je sudah. Mujur jugalah tiada orang lain yang menginap disitu, maka kami boleh duduk santai di open area tanpa segan silu. hihi..


Sebaik check-in, khidmat diri masing-masing dan solat. Anak-anak ambil kesempatan masa yang ada, sempatlah main basikal disekeliling kebun yang comel. Petang tu kami keluar. Abi kata nak ke pantai. Moh la ke Tanjung Bidara. Tak buat apa pun di sini. Jalan jejak pasir, anak-anak cecah air pantai sikit. Gitu je lah. Dah lewat petang dah pun masa ni.

Apalah kerja ummi selfie seorang diri begini kan. hahahaha..

The landscape. Comel je. Simple tapi menarik. Mostly owner buat sendiri. Even katil dan meja semua pun, owner bertukang sendiri. Gigih kan.

The kids enjoying their childhood moment. Mainlah puas-puas ye. 





Usai berjalan di pesisiran pantai, kami pusing-pusing cari kedai untuk makan malam pula..Kami tapau je makanan untuk makan malam. 




Menu makan malam kami adalah char kuetiau, kuetiau kerang dan nasi goreng ayam. Meriah betul char kuetiau dengan udang besar-besar dan telur mata. Lupa pula nama kedainya. 




Makan malam dengan deru angin malam, sambil tonton cerita Matinya Seorang Patriot. Cerita lama uii..Lepas makan, anak-anak sambung main basikal dan berkejaran di laman kebun. Memang menikmati betul mereka. Alhamdulillah.


Masing-masing tidur lena malam tu. 
Pagi esoknya, abang kecil seorang ni, dengan berlenggeng nya dan belum mandi, terus tuju basikal. Aduhaiii.. Bahagia sungguh kamu ya..


Abi pula sempat petik petai. Tapi, siapalah yang makan petai dalam keluarga kecil kami ni.. huhu.. 

Morning view di Villa D'Kebun.
Mendamaikan betul. 



Owner pun sangatlah baik dan peramah. Sempatlah berkongsi cerita macam mana boleh terfikir nak buka homestay ni. Beliau juga cerita pernah berkhidmat di Balai Bomba Pandan Indah sekejap sekitar tahun 2010. Dekat sangat dah dengan rumah kami tu. hihi.

Sangat recommended la kalau siapa yang suka suasana kampung, tenang & nyaman. Lagi syok kalau stay masa musim buah. Bayar untuk duduk homestay dapat pakej makan buah secara percuma. Lagi-lagi kalau musim durian. 
Berbaloi-baloi.

Lastly..
Wefie ummi bersama anak-anak syurga kesayangan yang soleh solehah lagi bijaksana.






5 comments:

  1. Pekan Masjid Tanah dekat dengan kampung Mrs. A. Baharu tahu tentang homestay VillaDKebun ni. Thank you share ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang baru buka je ni Mrs. A. Boleh la try masa.musim buah

      Delete
  2. welcome to my hometown, masjid tanah =)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..good vibes..moga bertemu lagi ..villa D'Kebun menggamit kenangan

    ReplyDelete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015