Saturday, August 6, 2022

Sarapan Pagi di Warung Pak Daud

Sambungan dari menginap di homestay Villa D'Kebun, pagi sebelum check out tu, kami mencari sarapan di kawasan berdekatan. Ummi guna kuasa Google, jumpa Warung Pak Daud. Tengok review ramai bagi 5 bintang. Maka, jom kita cuba..


First impression masa sampai tu, memang ramai orang. Kedai dia macam kawasan laman rumah. Rumah pula jenis rumah kampung melaka lama tu, cantikk.. Berkenan betul tengok rumahnya..

Menu kat situ pun pelbagai. Ada roti canai, satay, mee kari, mee rebus, soto, nasi kerabu, nasi dagang, nasi lemak dengan pelbagai jenis lauk, lontong... eh macam-macam lah ada.

Abi order roti canai for him dan anak-anak kecil berempat. Ummi order lontong. Abang Fh dan Fq nak nasi lemak. Rambang mata pula ummi tengok pelbagai jenis lauk dan sambal nasi lemak tu. Maka, ummi tumpang order dalam orde anak sekali.. Haha..Dalam pinggan Fq, ummi tumpang rendang kerang. Dalam pinggan Fh pula, ummi tumpang sambal sotong. Kihkih.. Lupa daratan ummi ni..




Rendang kerang dan sambal sotong boleh tahan juga sedapnya. Tapi lontong tu pada ummi agak cair dan ada yang kurang sedikit. Tapi tetap ummi makan sampai habis. Cuma cakap dekat abi, terkenang-kenang pula Lontong Klang di Seksyen 7 Shah Alam. Masa belajar di UiTM dulu, bila mama hantar balik kolej, ada masanya kami singgah makan di Kedai Lontong Klang tu. Allahu, nikmat sungguh rasa. Aishhh, macam kena plan ajak abi sarapan di Shah Alam nanti ni.. Semata-mata kan, adui..Mesti abi takkan approve plan ummi ni. Jauh betul nak mencari sarapan.






Apapun, bersyukurlah dengan apa jua rezeki yang Allah hidang pada kita. Jangan mengeluh dengan makanan. Kenanglah, saat kita mengeluh dengan makanan yang tak menepati citarasa kita, ada insan yang tak dapat pun merasai nikmat makan.


4 comments:

  1. Adoi, berkenan pulak dgn lontong tu :)

    ReplyDelete
  2. Tengok rumah Pak Daud tu teringat zaman kecik-kecik ada jiran rumah jenis cenggini suka main nyorok-nyorok (sembunyi) bawah rumah. Kalau Mrs.A suka order roti canai kosong selalu, suruh anak order lain nanti boleh rasa sikit heheehe..

    ReplyDelete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015