Monday, September 26, 2022

Dapat Hadiah Dari Blogger Wanderlust DJ... 💐🥰

Lepas raya hari tu, ada satu post Wanderlust DJ ni, beliau minta teka berapa kenaikan berat beliau selepas sakan beraya..

Kebetulan, sebelum tu baru je borak-borak dengan colleague ummi, pasal berat naik.. Maka, ummi pun komenlah di post DJ, guna kenaikan berat kawan ummi ni.. 

Tak sangka ummi orang pertama yang komen dan terus dapat teka jawapan yang betul. hihi..


Alhamdulillah early september dapat hadiah yang dijanjikan. Ya Allah, ummi pun dah lupa, dan dah pindah pejabat dah pun. Masa e-mel ke DJ tu, ummi masih di pejabat lama.. Tak sangka DJ masih ingat.. DJ kata, dah janji, mestilah ditunaikan.. Cuma lambat sikit sebab DJ sibuk.. 

Seriously DJ, ummi ok je.. Faham sangat kesibukan DJ on her pHd journey. Tapi memang terharu dan teruja bila dapat text message dari DJ. hihi..

Hari tu ada pasar tani.. Ummi beli dimsum je since tahu dah DJ nak order delivery that day. Dah semua orang buat spekulasi.. hahaha.. Sebab ummi takdela terus terang yang ummi dapat hadiah dari blogger since officemate tak tahu pun ummi ada blog 🤭😅. 

Sekali sampai delivery dari Secret Recipe, siap dengan kek lagi.. Masing-masing dah pakat nak nyanyi lagu birthday sebab ingatkan birthday ummi..huhu..





Thank you DJ. Alhamdulillah kenyang.. Semoga bertambah murah rezeki DJ dan dipermudahkan semua urusan, including your phd journey. Moga GOT dan graduate dengan cemerlang, Allahumma ameen. 



No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015