Tuesday, December 27, 2022

Derma Darah dan Pemeriksaan Gigi Percuma

Sempena HPTN baru-baru ni, selain daripada booth teknikal, ada juga program derma darah dan pemeriksaan gigi percuma. Maka ummi ambil kesempatan lah untuk menderma dan periksa gigi.



Kali pertama ummi darah pada bulan 8/2022, di hari terakhir ummi di pejabat lama.. Jadi, semangat lah nak menderma lagi since dah ada 'pasport' ni.. hihi..


Tapi risau juga kot tak lepas sebab Hb. Sebelum-sebelum ni sokmo sangkut Hb. Yang kali pertama berjaya tu, memang terkejut la tengok Hb 13. Biasa dok main tang 10-11 je. Kali ni, Hb ngam-ngam border.. 12.5. Masih layak untuk menderma. Alhamdulillah..


Kali kedua menderma darah. Sekadar usaha kecil, semoga bermanfaat kepada mereka yang memerlukan. InsyaAllah, ummi akan cuba istiqamah menderma jika tiada halangan/kekangan/mudarat. Doakan ye.


Lepas derma darah, daftar untuk periksa gigi pula. Terasa dah lama tak periksa gigi. Kali terakhir rasanya masa mengandung Fathan atau Fathiy. Disusuli dengan scaling gigi selepas bersalin. Dah agak lama juga lah tu. Yang bongsu pun dah nak menginjak usia 3 tahun..hahaha.. Nurse bagi option untuk masuk ke booth pemeriksaan 1 atau klinik gigi bergerak (van). Haruslah ummi pilih van. Takde pulak snap gambar dalam van tu kan 😅. Alhamdulillah result gigi ok je. All sound, takde gigi berlubang buat masa ni. Syukur ya Allah. Cuma sedikit stain dan kerak gigi (asbab gigi berlapis berterabur alignment 🤭😅).. Dentist advise untuk buat pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya 1 kali setahun. Dimaklumkan juga, klinik gigi di bawah KKM di kawasan KL, dah terima walk in patient, di sebelah pagi sahaja. Kalau Selangor tak sure lah, rasa macam masih perlu buat janji temu terlebih dahulu..


Sekadar memanfaatkan rezeki dan peluang yang ada Nak pergi sendiri, mesti selalu beralasan. Dah dok bawa anak buat treatment gigi pun, tak teringat nak periksa gigi sendiri..hihi..

No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015