Sunday, December 25, 2022

Pengalaman Pertama Anak-anak Menonton Perlawanan Bola Sepak di Stadium

Anak-anak (especially abang F bertiga) dah lama berhajat nak tonton perlawanan bola sepak di stadium. Ada satu ketika abi nak bawa mereka ke stadium bola sepak (abi and the 3 boys only), malangnya tak dibenarkan masuk sebab Covid baru reda masa tu, dan kanak-kanak masih dilarang memasuki stadium. Masing-masing yang begitu bersemangat dan teruja pada awalnya, balik dengan muka yang hampa dan kecewa.

Nak dijadikan cerita, 2 hari sebelum perlawanan persahabatan Tier 1, Malaysia menentang Cambodia di Stadium Nasional Bukit Jalil baru-baru ni, seorang sahabat ummi mesej, offering free tickets for the match. Ummi ingat dia berseloroh je. Rupanya betul-betul. Dengar dapat tiket percuma, melompat keriangan lah anak-anak. 

9 Disember 2022 - Jumaat. Match day. Lunch tengahari tu ummi jumpa kawan ummi, nak collect tiket. Of course, we had lunch together, dan sempat singgah Mr. DIY sekejap, beli baju hujan. Sebab tengah musim hujan kan, jadi kami borong lah siap-siap baju hujan..hihi .


Anak dara berdua masih belum recover chicken pox sepenuhnya. Maka, tumpang lama sikit la kat rumah maktok. Ampun maktok 🙏🙏🙏

The boys (and ummi too), first experience watching live football match in the stadium. hihihi.. Crowd tak ramai sangat, dalam 8k++. Tapi, chanting ultras yang sentiasa penuh semangat dan bergemuruh, lantas terlupa tujuan asal, nak tengok bola ke tengok ultras 🤭😂😂😂

Alhamdulillah skuad Harimau Malaya bimbingan coach KPG berjaya tewaskan Cambodia dengan jaringan 4-0. Syabas HM!!








Sekarang sedang berlansung pula Piala AFF Mitsubishi Electric 2022. Malaysia telah pun menumpaskan Myanmar (1-0) dalam pertembungan pertama di Myanmar tempoh hari. 24 Disember, pertarungan antara Malaysia menentang Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil. Home game!! Memandangkan hari cuti, ummi pun usulkan pada abi, jom tengok bila kat stadium.. Abi tanya, ada tiket free ke?? choii, geng ultras pun beli tiket sendiri 🤭.. Maka, last minute jugalah ummi register & beli tiket online. Gigih ok. hahaha..

Plan ummi, mungkin nak tinggal anak dara berdua. Then, Fathan dan Fathiy kata taknak ikut. Nak ke rumah maktok je.. Hurmm.. oklah kalau bawa abang besar berdua je. Tapi, atas faktor teknikal, abi kata bawa jelah semua. Part ni, ummi kena prepare mental lebih sikit, nak usung sekali 2 mek kecik tu . Tapi deme berdua pun memang dah berzikir-zikir nak ikut sebab hari tu dah kenal tinggal. Maka, tawakal jelah bawa batalion askar.. Sudahlah parking jauh, berjalan jauh dari parkir ke stadium mengendong Nusayba..hahaha.. mohon mencair dan berkuranglah lelemak ummi 😅😅😝..











Demi lencana di dada!!




Salam 5-0.
Siuuuuu..
Alhamdulillah, we really enjoy the game.. Semua kata best, sebab of course firstly Malaysia wins big.. And the vibes dikelilingi sorakan almost 30k fans and supporters, goosebumps uihh..
Masing-masing tergamam tengok ramainya umat manusia..  Dan tentu juga, chants padu dari ultras sangat dinanti-nantikan..

Rasa berbaloi sangat usung 6 ketul askar dengan score yang banyak. hihi..


Semasa jaringan ketiga Malaysia.


Masa satu stadium laung Demiiii Malaysia tu... meremang wehh..






Bukey skodar nok ko suasano jaa, atau nok wak ghaso-ghaso. 🤭😅

Kami hadir Demi Malaysia. Kalau match hari cuti, insyaAllah boleh join lagi.. haha. 


2 comments:

  1. Terbaiklah Ummi 👍
    Akk ni takat berangan je la nak gi stadium, sudahnya depan TV je haha...

    ReplyDelete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015