JKR anjur sambutan Hari Profesion Teknikal Negara.. Siri hari ni ada 2 speaker yang ummi really look into.. Seorang mantan big bos ummi when i joined his consultancy firm back in 2008, dan seorang lagi mantan pensyarah ummi yang tersohor circa 2002-2007..
Ummi sempat berkhidmat selama lebih kurang 8 bulan di Dr. Nik Associates sebelum dipinang masuk ke agensi kerajaan. 8 bulan yang walaupun sekejap, tapi banyak ilmu yang ummi dapat, dan team department pun sangat membantu perjalanan awal karier seorang ummi dalam profession teknikal yang sangat mencabar ni.
Our legendary Prof. Suhaimi.. Pernah ummi coretkan sedikit kenangan zaman di UiTM dulu, dan terselit nama Prof ni. hihi.. Looking at him today, macam tak dimamah usia eh beliau.. Still looking the same macam 15-20 years back. Prof Suhaimi is a tough guy.. Masuk kuliah dia, sokmo kecut perut. Ni tengok poster dia pun rama-rama dah bertebangan dalam perut. hahaha.. Terfikir jugak nak pergi turun ke dewan & greet him, and introduce myself as his former student kelas research methodology yang kena halau keluar auditorium gara-gara nota bergerak nak pi buka puasa mana..hahaha.. Agak-agak dia kenal lagi tak? 🤭🤭 Tapi tak dan la.. Ni pun mujur ada live, sambil-sambil buat kerja, sambil dengar talk/forum. Dengar talk beliau pun dah terbayang suasana dalam kuliah di dewan auditorium. Cara percakapan pun masih sama.
Being in this field, nak cerita yang zaman study pun dah rasa susah. Apa tidaknya, setiap kali final exam, mama memang akan call setiap hari. Sebelum dan selepas exam. Untuk most paper engineering, tiap kali mama call tu, memang anak dia ni akan jawab dengan linangan airmata. Susah la mama, rasa macam takleh jawab 😭😢.. Begitulah dari Diploma membawa ke Master.. Masuk alam pekerjaan, hurmmm... campak pi lah mana pun, design office ke, project management ke, site office ke...Mana yang tak pening dan susah, meh habaq mai.. Every project is unique. Mesti ada masalah dan cabarannya, dan tak semesti akan sama dengan projek lain walau sama skop dan skala nya.
Hari ni terbaca tentang ini.. 👇
Bila baca komen, geram di hati terasa. Nak kesal tutup lama sebab terjejas, kena lalu jauh, is fine. Tapi, dok pertikai kerja orang dan buat komen yang acah tahu acah hebat, palatau tu.. haihhh..
contoh komen seperti di bawah..
Nak banding dengan Jepun, dalam konteks yang berbeza pula tu. Selain berbeza situasi insiden, berbeza juga faktor cuaca, iklim, geografi dan geology. Semua tu memberi impak. Sungguhlah, zaman sekarang ni nak menulis komen tu memang senang, tak payah fikir banyak. Maka ummi pun tak tertahan geram untuk membalas komen.. Aduh ummi pun.. Tiba-tiba ada yang whatsapp ummi screenshot komen ummi sendiri.. kahkah.. Orang jarang-jarang komen di media sosial kan, sekali komen ada je yang alert 🤭
Netizen weh... Geotechnical engineering ni, one of killer subject kat uni tau dak. Tak ramai student yang suka subjek soil mechanics, geology dan geoteknik ni. One of the reason, behaviour tanah ni sesuatu yang 'misteri' dan banyak faktor yang mempengaruhi. Orang kata, engineer yang suka main dengan tanah ni, gila. Terlalu banyak uncertainties. Lecturer geotek ummi dulu pula, garang gila eh.. Another legendary lecturer. Soalan exam dia memang level practicing engineer (sebab beliau memang dari background industri), menggigil masuk kelas.. Nak jawab exam pun demam-demam aih..
Untuk treat failure macam ni, banyak data nak kena collect. SI data, water level, sampling untuk lab testing. Semua tu nak dapatkan properties tanah untuk buat analysis. Dari back analysis of existing slope failure, ke stability analysis of treated slope.. Construction stages, groundwater level effect semua kena ambil kira. 70m height of slope tu massive tau. Selection of treatment kena buat properly. Nak cakap banyak, ummi pun dah lama tak main dengan tanah. Adalah sikit, small scale je..
Buat longkang je pun dah tak lena tidur, dok muncul dalam mimpi..huhu.. Apatah lagi kalau design slope setinggi tu. Dulu, masa design jambatan di awal-awal perkhidmatan dalam agensi, dah merasa stressnya otak dan terkebil-kebil mata tak boleh tidur malam sebab otak ni dok berfikir what if this, what if that, what if macam-macamlah.. Tak tenang hidup wehh..
Bila orang kata asyik mengulau je, memang marahlah kita ni. 😏
Sekadar curhat seorang jurutera cabuk.
No comments:
Post a Comment