Saturday, December 17, 2022

Ummi Masak Apa Tu??

2 Minggu lepas, Ma datang rumah nak tengok Fatima & Nusayba yang tengah dilanda chickenpox. Kami pun dah sebulan tak balik Gombak sebab demam, PRU, anak chickenpox silih berganti..

Kebetulan ummi ada beli ekor lembu hari tu. Memang niat nak masak sup ekor. Ditambah pula ada sup ekor abi bawa pulang dari majlis graduasi dan kecemerlangan sekolah abang F bertiga. Maka, ummi masak lah sup ekor campur dengan sup kambing. First time buat, jadi setam lah jugak sebab nak hidang kat mak mertua 😅

Ummi ikut resepi Sup Tulang Che Nom.. Guna resepi Che Nom sebab biasanya, resepi yang unni cuba sebelum ni, mostly fail proof.. Jadi, confidence level agak tinggi walau ada seram-seram sikit. hihi .


Masak dalam pressure cooker, alhamdulillah menjadi, lembut elok, rasa pun alhamdulillah tak mengecewkan. Nak puji lebih-lebih macam riak kan.. hahaha.. Tapi ummi puji la resepi Che Nom, setakat yang umni cuba, semuanya kena elok di tekak ummi.. Alhamdulillah.. Untuk tambah kick, ummi makan dengan kicap pedas manis mahsuri.. Jimat tenaga takyah buat sambal kicap.. hihi...


Untuk sarapan pagi Ahad, ummi goreng mee ala mamak. Yang ni tak ikut resepi mana-mana. Ikut suka campak je. Yang konon claim ala mamak tu sebab letak telur 🤭🤭.. Ummi biasa masak pedas, tapi Ma dan Ayoh tak makan pedas. Jadi unmi risau kalau terpedas walaupun dah kurangkan cili boh.. Alhamdulillah ok je, dan tengok Ma makan bertambah, lega hati ummi..
Untuk ummi yang gemar pedas ni, ummi tambahlah sambal nyet Khairul Aming. Fuhh.. berapi .



1 comment:

  1. Pandai Ummi beli jiwa mak ayoh mertua :D
    Teringin pulak nak masak sup ekor 😋

    ReplyDelete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015