Thursday, January 19, 2023

19 Januari 2023: Ulangtahun ke-14

Anniversary gapo dio bule januari nih?? Buke mu nikoh marin dulu bule mac ko? 🤭🤭

Hihi.. Sungguhlah bukan ulangtahun perkahwinan. Tapi ulangtahun perkhidmatan. Alhamdulillah, hari ini genap 14 tahun 'saya yang menurut perintah' yang kemudiannya bertukar kepada 'saya yang menjalankan amanah'. Rasa macam baru masuk kerja, rupanya dah 14 tahun. Boleh dah countdown #roadtopencen 🤣🤣🤣

Dalam 14 tahun, dah bertukar 6 cawangan. Everytime pun kena ulang balik belajar dari awal, bertatih-tatih sebab job scope berbeza-beza. Sekarang ni pun tengah mood bertatih lagi lah ni di cawangan yang ke-6. Kemain nak bertatih ye, semua benda nak cepat, masuk walker la terus bagi laju meluncur nak capai KPI macam-macam 🤭. 

Tepek sikitlah kenangan di awal perkhidmatan yang kena lalui Kursus Pengenalan dan Kursus Induksi beberapa minggu tu.. hihi. 

Kursus Pengenalan Pengurusan & Professional di Country Height Kajang Bil.8.

Batch kami ni intake yang terpaling ramai. Kursus Pengenalan je dah berapa sesi. Masa sesi yang ummi pergi ni dah sesi ke-8, peserta 88 orang. Lepas pada tu ada beberapa sesi lagi. Banyangkan kalau setiap sesi pun bilangan peserta lebih kurang sama, congaklah agak-agak berapa jumlah intake batch ummi ni. Kalau tak silap ummi almost 700 juga untuk multi-discipline. 

My chalet mates & roomate sepanjang 2 minggu kursus, kalau tak silap la . Lupa dah. huhu.. 

Jadi rupa apa dah kami masa ni. Adoi laaa.. Gelak seorang diri tengok balik gambar-gambar lama ni.


Ummi sedang cuba meneka siapa gerangan yang beri nota rahsia untuk acara 'Monitorku Sayang'. Dan tekaan ummi salah.. haha.. Siapa entah tukang ketik gambar, dan entah pakai kamera ke ape pun tak tau la kelabu asap rupanya. 😅😅😅

Kursus Induksi di Akademi Pembangunan Belia Malaysia, Batu Gajah, Perak

Again, sebab batch yang ramai, kursus induksi pun terpaksa pecah beberapa sesi. Asalnya ummi dapat panggilan untuk kursus induksi di Melaka. Malangnya seminggu sebelum kursus ummi miscarriage dan kena buat D&C. Maka ummi terpaksalah mohon tunda ke sesi-sesi berikutnya. By the time ummi dapat surat panggilan semula untuk kursus induksi, ummi dah pregnant again 5 ke 6 bulan dah 😅😅.

Geng induksi, dalam ni ada yang sekarang jadi my immediate bos and also my pier.. Rezeki masing-masing kan. Bila batch besar macam ni, kena terima hakikat one day your batch-mate will become your boss. Ummi ok je as long masing-masing tau job scope masing-masing dan still kena ada respect to your boss walaupun kami sama intake. 

P/s: My current immediate superior is my roomate masa induksi. Kesian beliau sering terganggu tidurnya masa induksi dulu gara-gara roommate dia yang pregnant ni asyik batuk non stop & dok berulang pergi toilet sokmo. Maafkan saya untuk ke sekian kali ye puan bos. hihihi..


Kumpulan kecil ummi masa induksi. Kumpulan Pari. Since masa induksi ni ummi batuk teruk dan berlarutan.. In fact dah start batuk sebelum mula kursus lagi, tapi tak boleh nak tunda dah sebab ummi dah postpone sebelum ni sebab miscarriage tu. Maka harung jugalah dan abi belikan siap-siap sedozen air mineral botol besar tu untuk stok ummi selama 2 minggu. Tapi batuk tetap tak kurang. Memang kerja ummi dok teguk air tiap kali datang gatal tekak tu, dan pastilah lepas tu akan asyik berulang alik ke tandas. Batuk kuat masa pregnant, tiap kali batuk memang tangan dok menahan perut. Sakit, senak, cramp perut.. huhu.. One day, memang rasa tak tahan sangat, ummi pun inform dekat fasi. Fasi kata malam nanti dia bawa pergi klinik/hospital. Since malam tu ada program Public Speaking, dan turn ummi patutnya lambat lagi. Sebab nak ke klinik tu, fasi maklumkan kena awalkan turn PS ummi, lepas tu terus ke klinik. Sebelum nak naik stage, lagi teruk batuk weii.. Sebab dia mix dengan nervous nak PS lagi.. Adoi.. Mujur masa atas pentas elok pulak tak rasa gatal tekak. Syukur alhamdulillah..

Dah selesai PS, ummi terus keluar dewan, fasi bawak ke hospital. Tak ingat lah hospital apa paling dekat di Batu Gajah tu. Jumpa doktor, doktor pun tak boleh nak bagi ubat batuk le apa sebab pregnant. Doktor pesan suruh banyakkan minum air je lah dan kurangkan makanan pedas dan berminyak. Huhuhu.. On the way balik dari hospital, ummi tengok handphone, berderet sms masuk. Whatsapp tak wujud lagi masa tu kan. Phone pun, ummi pakai handphone sony ericson kot masa tu. Taip sms tak payah tengok keypad, kita dah hafal dah susunan huruf, berapa kali nak tekan 🤣🤣🤣.. SMS yang bertubi tu, semua dok tanya macam mana condition ummi, tanya ummi kenapa, ummi ok ke tak, tak kurang yang doakan yang baik-baik. Macam pelik jugalah sebab ummi tka beritahu ramai orang pun ya g ummi nak ke hospital, kecuali roomate & ketua kumpulan. Takut nanti ketua kumpulan dok kalut cari kalau ada aktiviti kumpulan. Rupanya, ketua kumpulan ummi siap buat announcement ye lepas ummi dah keluar dewan tu. Tapi ada salah info sedikit. Dia maklumkan ummi ke hospital sebab batuk teruk dan kemungkinan bleeding, jadi dia mohon semua rakan-rakan doakan untuk ummi dan baby dalam kandungan. MasyaAllah subhanallah.. Terharu jugaklah walau ada silap fakta sedikit. Mungkin kerisauan beliau menyebabkan beliau membuat andaian sampai bleeding tu. hihihi.. Kelakar la. 



Ni entah paparazi mana la yang ambil gambar candid ummi tengah mencari ilham buat assignment. Ada nampak macam rupa orang pregnant tak? hihi.. Dah 5 bulan pregnant masa ni ye.


Kursus Biro Tatanegara

Kami join yang versi ala-ala shortcourse.. Ummi tak ingatlah terms dia apa. Tapi yang ni, instead of pergi kursus BTN yang lama tu, kami pergi 3 hari 2 malam je. Bila tau open yang crash-course BTN ni, pakat apply ramai-ramai geng office yang belum pergi lagi..Dan ummi lupa juga sama ada buat di UPM atau UKM. hahaha.. Dah lama sangat la..Gambar bawah ni bersama rakan sepejabat (Bridge Unit), during my 1st posting.


Last but not least, masa 1st posting rajin terjebak jadi urusetia seminar/conference. Ni salah satu kenangan jadi urusetia dengan officemate merangkap batchmate merangkap jiran partition merangkap geng Happy November till jannah. Sempat kami tahan Mahadzir Lokman untuk sekeping gambar kenangan. 


Kalau agak-agak tak jumpa ummi dalam gambar-gambar di atas, fahamilah bahawa ummi telah melalui fasa pengembangan.. hahahaha.. Bila tah nak dapat kembali berat seperti gambar-gambar di atas..

Sempena ulangtahun perkhidmatan yang ke-14, semoga ummi terus sabar, tabah, gigih menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan dengan penuh dedikasi dan integriti despite of cepat atau lambat naik pangkat.  #BatchSabarMenanti ni, memang kena banyakkan sabar, reda dan berlapang dada. hihi.. Tengoklah mana yang sampai dulu, antara #RoadToPencen atau #NaikPangkat. hahaha.. 



No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015