Friday, January 20, 2023

Books I've Read in 2022

Dulu memang rajin membaca buku. Entah kenapa hobi yang digemari itu perlahan-perlahan ditinggal sepi. Membeli buku rajin, nak membaca tak jumpa kimia, sibuk dengan pelbagai urusan yang tak ketahuan.. hahaha. Banyak alasan kan.

Tahun 2022, ummi manage to get back the momentum. Tidaklah full swing, tapi nampak lah sedikit usaha kembali membaca 🤭. One of the reason, sebab terjebak dengan buku Teme Abdullah & Hilal Asyraf, dan berlumba baca pula dengan anak-anak. Tapi anak-anak lebih advance. Kesemua buku siri karya Hilal Asyraf yang ummi beli dah habis dibaca. Siri ye, maknanya 1 siri ada 3~5 buah buku. Dan mereka dah pun ulang baca siri-siri tersebut untuk kali kedua dan ketiga. Haihhh.. Jauh ummi ditinggalkan. 

Takpelah. Ummi ikut pace ummi sahaja. Kalau ummi terlalu tekun membaca seperti kalian, berlapar sajalah kalian nanti 🤣🤣🤣

So, these are the books that I've read in year 2022:

  • Empayar - Hikayat Putera Tanpa Nama (Teme Abdullah)
  • Empayar 2 - Hikayat Mukjizat Daripada Iblis (Teme Abdullah)
  • Empayar 3 - Hikayat Saka Keturunan di Raja (Teme Abdullah)
  • Kapal Terakhir di Dunia - Episod 1 (Teme Abdullah)
  • Kapal Terakhir di Dunia - Episod 2 (Teme Abdullah)
  • Kapal Terakhir di Dunia - Episod 3 (Teme Abdullah)
  • Nirnama (Hilal Asyraf)
  • Seseorang Untuk Aku (Rehan Makhtar)
  • Selamat Tinggal Purnama - Strain I (Teme Abdullah)
  • Selamat Tinggal Purnama - Strain II (Teme Abdullah)
10 books. Quite an achievement kan. HiHi. Puji diri 🤭😅. Yang membuatkan boleh baca banyak tu, mainly sebab buku-buku yang bersiri. Tak best kalau pembacaan tergantung kan. Mesti nak tahu ending. Maka akan gigihkan diri untuk teruskan membaca. Syabas ummi 😁😆




Memori saat tercetusnya kembali momentum membaca di bulan Februari 2022. Ummi outstation seorang diri ke Johor Bahru masa ni untuk 2 hari. Memikirkan banyak masa bersendirian, menunggu dan menaiki pesawat, serta mengisi kekosongam dan kesunyian di malam hari sendirian di bilik hotel, maka ummi bawalah 'peneman'. Empayar 1. Bawa seketul buku ni je, sebab fikir mungkin ummi perlu cari mood dulu untuk dapatkan reading pace. Sekali, habis terus di malam pertama tu ye. Terus kebosanan esoknya masa tunggu dan naik pesawat pulang ke ibukota. 



Novel Seseorang Untuk Aku karya RM tu, kisahnya kan masa keluar filem Air Force di pawagam, novel ni pun tak semena-mena jadi viral dan trending di media sosial. Asbab tiba-tiba novel ni melonjak balik sedangkan ia dah lama diterbitkan, puan novelis on-air di stesen radio popular. hihi.. Bertambah famous kawan kita yang dah memang sedia famous. Dikisahkan dalam novel ni, watak utamanya si Qadr tu merupakan pilot pesawat pejuang Sukhoi. Hence macam kena dengan vibes masa tu yang tengah panas dengan cerita Air Force. Ummi pun gigih ok queue di Shopee nak beli novel ni yang dicetak semula atas permintaan ramai. Cubaan ketiga rasanya baru berjaya beli. Gigih join the hype berebut di Shopee. Worth reading setelah sekian lama ummi tak baca novel cinta melayu. Bengkak sembab mata baca novel ni uih.. Murah betul airmata 😥.





Selamat Tinggal Purnama ni pula sebagai bacaan penutup tahun 2022. Sesuailah dengan tajuknya, Selamat Tinggal, maka ummi ucapkan Selamat Tinggal 2022.



Ada beberapa buah buku lagi menanti untuk dibaca. Especially karya Hilal Asyraf dan Rehan Makhtar. Oh my.. addicted dah dengan these 3 writers. Karya TA, ummi ternanti-nanti sambungan siri Empayar. Karya HA pula, dalam stok ada Siri Trilogi Takdir,  Siri Saga Hero dan sedang menanti pra-tempah Nirnama: Hikayat Tanah Semenanjung. Whereas for RM, ummi nak pinjam buku-buku koleksi ucu, buat lepas rindu pada RM yang takde dah depan mata setiap hari. Masa dok menghadap seharian hari bekerja, bergosip dan mengisi perut bersama, tak pula nak baca ye.. Tapi jadi pembeli tegar bagi pihak ucu 🤭. Dah jauh di mata, baru kerinduan.. 
Doakan target ummi untuk istiqamah membaca berjaya ya. Dan nak kumpul semangat baca genre ilmiah & motivasi juga, insyaAllah. Buku dah ada, tapi belum berusik lagi. Adoi laa.. 


No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015