Everytime balik rumah mak mertua di Gombak, Ummi selalu merasa kagum bila lalu kawasan kejiranan di Taman Perwira ni, walau sekadar tengok dari jauh, dari dalam kereta je.. Backyard mereka yang dijadikan kebun sangat menarik perhatian, sebab comel dan nampak meriah dan subur.
Balik Gombak weekend baru ni, abi ajak pergi Garden 8 pagi Ahad. Biras kata Garden 8 ada buat jualan bulanan setiap pagi Ahad minggu terakhir bulan tersebut. Sunday Market.
Gambar ummi ambil dari Facebook Garden8.malaysia.
Rupa-rupanya, Ahad baru ni ada acara anjuran pihak Majlis Perbandaran Selayang. Program Kebun Komuniti MPS 2023.
Ada jualan sayur-sayur hasil tanaman Garden 8, dan juga pelbagai juadah makanan.
Kami ambil kesempatan untuk menelusuri Garden 8 yang selama ni tengok dari jauh je..
Selain pelbagai tanaman sayuran yang hidup subur, dekorasi juga meriah dan cantik. Banyak deko yang terhasil dari barangan kitar semula. Siap ada rain water harvesting dan penggunaan tenaga solar. Hebat sungguh sifat sepakat dan muafakat kejiranan ni. Kalau intai di Fb Garden8.malaysia, melihat persiapan mereka untuk event, macam kenduri. Siap ada rewang lagi. Memang meriah. Ada juga dikongsikan pemandangan di waktu malam, dihiasi kelipan lampu LED, memang cantik lah.
Pengasas Garden 8 (berbaju coklat), Tuan Haji Isma. Rumah beliau yang hujung sekali. Mang selama ni bila lalu asyik betul tengok 'kehijauan' rumah beliau.
Dimaklumkan kejiranan di sini mostly adalah pesara. Bagus juga ada kegiatan sihat seperti ini untuk mengisi masa lapang kan.
Ummi dengar pengumuman, Garden 8 merupakan juara Kebun Komuniti terbaik bagi tahun 2022. Wahh.. tahniah warga komuniti Garden 8.
Boleh dtg melawat ye? Nak save the date for hjg Feb, Insha Allah
ReplyDeleteAkk pernah baca psl kejiranan ni yg berjaya jadikan back lane diorg cantik ..
boleh rasanya kak. itulah kak, meriah backlane mereka. dari 8 buah rumah sahaja awalnya, sekarang dah berjangkit-jangkit sampai ke hujung. MasyaAllah.. kagum..
DeleteAktiviti menarik jalan-jalan tengok sayur dan pokok bunga sambil bergambar
ReplyDeleteSuka kejiranan yang ada ukhwah macam ni.
instagrammable port ni kak. kehijauan yg meredupkan mata.. hihi.. betul2, kagum tengok ukhwah mereka, siap merewang, sama2 deko backlane mereka.. seronok tengok..
Delete