Niat hati nak cuba makan di Woqbeque milik Bro Firdaus Wong. Tapi, takde rezeki, kedai tutup..
Then perasan ada restoran chinese muslim selang 2 kedai dari kedai Bro FW. Signage biasa-biasa je dan kelihatan lusuh. Kedai pun kelihatan biasa sahaja.. Bila dah sampai depan kedai, penuh aihhh.. Alhamdulillah, rezeki sebab ada group of customer dah selesai makan dan nak beransur dah...Dapatlah kami meja..
Tengok menu, blur juga nak order apa.. Banyak menu beef & lamb. Nampak menyelerakan semuanya.. Abi serahkan kuasa meng-order pada ummi. Maka, ummi orderlah seperti kod di bawah..huhu..
Ingatkan portion dia macam standard kedai biasa la.. Ala-ala macam kedai tomyam siam ke kan. Sekali sampai, portion besar tau. Yang ummi pilih small pun, dah kira besar dah bagi kami.. Allahu..
Owner kedai adalah chinese muslim dari China. Dan rasanya dia lah tukang masak nya juga sebab ummi nampak melalui window kitchen tu. Mukanya senyum je tiap kali deliver order.
Selalunya Muslim Chinese food ni portion besarkan Ily... Harga pun berpatutan tu. Lagi best semuanya sedap & mengenyangkan :)
ReplyDeletesungguh. kenyang betul 😅
Deletesalam singgah. lama dah tak pegi kedai makan mcm ni, tpi chinese muslim cook mmg sedap and fresh. daging kambing dia tak hanyir.
ReplyDeletebetul. nikmat betul daging kambingnya.. alhamdulillah.
DeleteMasyaAllah semua nampak menyelerakan.
ReplyDeleteNext time kena check dulu Wokbeque open ke tidak hehheee...
hihi.. itulah . byk kali lalu, tak pernah singgah. time nak singgah, tutup pula. tak berjodoh 😅
Delete