Ini cerita tahun lepas. Di minggu- minggu akhir tahun 2022, tengah berkira-kira nak ambil cuti atau simpan untuk carry forward ke tahun hadapan, atau masuk dalam GCR.
Akhirnya decide ambil cuti 2 hari. 27 & 28 hb.
27hb tu, bawa mama checkup di Klinik Pakar Oftalmologi, Hospital Ampang..
My darling sweetheart
Selesai check up mama, bawa ayah ke BSN pula. Sebab sebelum-sebelum tu, tak boleh nak withdraw duit ayah. Baik di ATM BSN, di ATM lain apatah lagi. Selesai urusan ayah di BSN dalam tengahari, nak zohor dah masa tu. So, ummi balik rumah, solat dulu. Dan akhirnya, decided nak ke Al-Rajhi Bank di Jalan Ampang untuk renew debit card ummi yang dah expired bulan April 2022 🤭🤭. Lama nau expired, bulan Disember baru nak ganti 😅..
Alhamdulillah urusan penggantian kad sekejap je since tak ramai pun.. Bila dah siap, tengok macam banyak masa je lagi. Maka ummi pun berjalan kaki, menapak ke Avenue K seorang diri.. Masuk H&M, Cotton On, window shopping. Serius, window shopping je. Tak beli apa pun. Part of healing 😁 Adalah dalam setengah jam ber me-time sendirian. Lepas tu jenguk luar macam dah gelap, mungkin nak hujan. Dan tengok jam pun, tak lama lagi orang nak balik kerja dah.. Moh la bawa diri pulang ke sarang sebelum hujan, dan sebelum orang bekerja berebut pulang memenuhi jalan. Kalau masa banyak lagi tu, mau ummi membawa diri cuci mata dalam KLCC. 🤣🤣 Singgah Kinokuniya cari buku pun syok juga.. haha.. Lain kali la, ambil cuti for healing cari buku.. InsyaAllah.
Mmg betul2 well spent ni; ada masa utk mak, utk ayah & diri sendiri:)
ReplyDeletehihi.. asalnya ambil cuti tu mmg sbb nak bawa mak check up mata. kdg2 ambil masa lama kalau kena check dekat terowong dia tu. alhamdulillah habis cepat. dptlah selesaikan masalah kad atm ayah pula. dan urusan sendiri juga. puas hati bila dpt selesai byk perkara dlm 1 hari. syukur.
Delete