7hb Januari 2023.
Ulangtahun kelahiran mama yang ke-68.
Sanah helwah Mama.
Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik dan berpanjangan buat mama agar dapat beramal ibadah sebaiknya. Semoga mama sentiasa dalam rahmat dan redha Allah. Love you so much my darling Mama.
Planned a simple celebration. Semua 13 orang cucu maktok ada. Tapi anak tak cukup seorang pula. Along ada kerja. huhu..
Menu potluck.
Kangah bawa roti jala + kuah kari, lempeng + sambal tumis bilis, popia goreng + basah..
Adik masak kari ikan, ayam goreng & nasi.
Ummi bawak lasagna 'rentung' dan superburnt cheesecake. Adoi laaa ummi wehh.. Stress betul dengan ovem ummi tu.. 7 tahun 'bercinta' dengan dia, masih tak boleh nak faham peel dia. Dah kurangkan suhu pun, rentung lagi. Dah la tengah bake cheesecake malam tu, tiba-tiba padam sendiri. Dok ingat rosak pulak la oven ni 😭😭😭 Tak jadi lah plan nak buat lasagna.. Ummi pun sambung bakar cheesecake dalam airfryer. Oven tu dah berasap-asap. So i let the oven opened whole night. Bagi dia cool down
Keesokan pagi try on balik, alhamdulillah menyala. And so i bake my lasagna. Dan kisah malam tadi berulang lagi. Dia terpadam sendiri. huhu. Kipas dia problem agaknya, bila asap banyak, dia padam sendiri.
Kena berjaga-jaga lah kalau nak mem-baking lepas ni. Risau terbakar dapur je. Nauzubillah.
Mujurlah ia cuma rentung di luar sahaja, Dalam ok je. Kalau ada pahit-pahit sikit tu, anggap je ia pahit manis kehidupan yang perlu ditelan demi kelansungan hidup 🤣😅
Happy mum dapat makan lempeng yang diidamkan.
No comments:
Post a Comment