Bertahun ummi tak dapat menikmati momen iftar dan terawih macam ni asbab anak-anak kecil dan melasak.. Now masih lasak dan ada yang kecil juga lagi, tapi alhamdulillah masing-masing dah boleh behave.
(though i hesitate at first, trying to find my calm point..haha..macam-macam benda mak fikir..sebabnya... 👇👇👇)
Last time iftar di sini, tak ingat tahun bila, mungkin dalam 6-7 tahun yang lalu, hampir-hampir hilang anak ye sebab beliau berlari tak ketahuan hala. Kecut perut kita mencari dia tak jumpa. Tiba-tiba dengar suara beliau menangis kuat sebab tak jumpa ummi setelah sakan berlari sampai hujung alam. Allahu, anak bertuah.
Sekarang pun, masih ada yang berlari berkejaran, tapi masih boleh dikawal, insyaAllah. Dan.... ummi mohon abang besar berdua jadi pengawal adik-adik. Jadi, tidaklah ummi anxious sangat kalau kelibat yang kecil-kecil tak nampak depan mata. Dan ummi mohon juga pada Allah, permudahkan urusan kami, pelihara anak-anak ummi. La haulawala quwwata illa billahil alliyil adzim..
Alhamdulillah ala kulli haal.. Syukran ya Allah atas nikmatMu..
Terima kasih anak-anak, sebab behave dan tidak buat onar masa orang lain sedang solat.
Thank you abi, yang berkali-kali tanya nak pergi ke tak.. hahahah..
Ummi bawa homecooked food juga.. Kuetiau goreng hasil airtangan IF... bukan kuetiau DH ye 😅🤭... #ytjt #kuetiauviral #malekXshark
Ramai juga yang iftar di sini. Kat MN ni, dah ada sediakan tikar untuk iftar. Boleh juga bawak tikar/alas sendiri dari rumah. QadarAllah, masa kemas-kemas nak keluar rumah, ummi tergerak hati nak bawa kain saprah. Sampai ke MN nampak ada hamparan tikar yang panjang tu, nampak dah ramai orang. Mungkin ada spots kosong lagi. Tapi kami sekeluarga kan ramai, agak sukar nak menyelit di celah-celah orang untuk muatkan kami 8 beranak. So, ummi hampar je lah kain saprah yang ummi bawa tu di lantai kosong.. Ada beberapa family sekitar kami tu tiada tikar/alas. Bila petugas masjid lalu, beliau minta mana-mana yang tak ada alas, cari spots kosong di tikar panjang yang dah disediakan. Yang ada alas sendiri, takpe, dibenarkan. Allahu.. Thank you Allah yang mengerakkan hati ini.
Maka.. siapa yang nak iftar di MN, either datang awal untuk dapat spot di tikar yang disediakan, atau boleh juga bawa tikar/alas dari rumah.. In a way, ia memudahkan urusan pembersihan oleh petugas masjid.
Ramai juga 'jemaah' kanak-kanak. Memang meriah dengar jeritan anak-anak bersahutan, bunyi tapak kaki anak-anak berlarian..hihi.. Belum lagi anak kecil yang meluru berlari di celah jemaah sedang solat.. Tiap kali usai selesai beri salam, ummi akan jenguk belakang tengok mek berdua tu. Adakah mereka yamg empunya suara, atau mereka kah yang berlari berkejaran. Alhamdulillah bukan mereka. Fatima sit still di tempat dia. Nusayba je ada berjalan-jalan sedikit, tapi tak jauh pun. Setakat depan pintu. Sesekali kakak bangun, panggil adik suruh duduk. 🥹🥹.. Dah 'besar' kakak Fatima ye.. Walaupun sebelum ni ummi refrain diri sendiri dari bawa anak kecil yang sedang melasak, Ummi ok je dengan anak-anak kecil lain yang 'dalam dunia mereka' tu.
Ummi dulu pernah kena tegur dengan 'acik' surau. Bukan waktu Ramadan/terawih pun. Masa tu anak seorang, kecil lagi. Baru beberapa bulan usia anak. Masih menyusu badan. Kami on the way nak balik rumah. Kebetulan masuk waktu solat Isyak. Abi berhenti la di surau berhampiran kami masa tu. Anak pun baru lepas kenyang menyusu, tertidur lena. Ummi fikir, boleh la ummi solat jemaah sekali. Maka ummi letaklah anak kecil yang sedang lena tidur di hujung saf, dan solat ikut imam. Masa tengah rakaat kedua ke ketiga, tiba-tiba baby menangis. Ingatkan merengek sekejap je, sampai habis solat pun tak berhenti menangis. Allahu. Susah hati juga, tapi dah pertengahan solat, ummi teruskan jelah solat. Lepas solat, cepat-cepat ummi tengok si anak kecil. Rupanya kepala dia terlaih dari bantal. Dia tak selesa agaknya kepala terteleng, lantas menjerit. Huhu..
Masa ummi berkemas, bersiap betulkan tudung lepas solat tu, ada seorang 'acik' ni 'tegur' ummi dengan nada agak keras, "lain kali kalau ada anak kecil jangan solat jemaah. mengganggu jemaah lain..". Terkesima ummi, tak terkata apa masa tu. Panas je rasa tubir mata ummi ni.. Telan air liur. Lepas 'acik' tu berlalu, datang seorang makcik menyapa ummi lembut, "jangan ambil hati ye nak. Acik tu memang macam tu. Semua tak kena. Apa pulak tak boleh solat jemaah kalau ada anak kecil. abaikan je kata-kata acik tu.." Sekali lagi, tubir mata ummi panas, terasa ada bebola air mengalir perlahan.
Terkesan jugaklah ummi, hence buat ummi berat hati juga nak bawa anak-anak kecil dan hyper ke masjid/surau. Selalunya abi lah yang gamble je. Beliau sokmo tenang je. haha.. Ummi je yang banyak fikir.
Seronoknya berbuka ramai² di masjid...
ReplyDeleteNampak seronok berbuka beramai- ramai kat masjid...
ReplyDeleteBila anak² dah besar macam ni br panajng sikit kaki nk terawih di masjid kan? cantik river of life tu malam-malam
ReplyDelete