Sunday, April 9, 2023

Malam Amal Iftar MTI

Sekolah abang-abang anjurkan Malam Amal Iftar di Hotel Grand Barakah hari Sabtu lepas. Kami decide untuk split kepada dua. Ummi bawa abang bertiga (top 3) ke program iftar, manakala abi bawa bottom 3 berbuka puasa di Gombak.

Walaupun namanya Malam Amal Iftar, tapi program bermula seawal pukul 3 petang. Ada sesi tazkirah ringkas, persembahan bacaan hafazan dan juga bacaan hadith oleh pelajar, sesi perkongsian pengalaman perjalanan bersama Al-Quran oleh pengasas MTI.. Untuk anak-anak, ada program berasingan, I Luv Quran di tingkat atas. Since kami berempat, jadi ummi enroll Faqeeh dan Fathan saja untuk program ILQ. Meanwhile, abang Faheem teman ummi di dewan. 


Dua syafaat di bulan Ramadan adalah Al-Quran dan bersedekah.


10 daripada 13 orang anak Dr. merupakan hafiz/hafizah. Subhanallahi masyaAllah.. Alhamdulillah.. 

Abang long peneman ummi dalam dewan while adik² join ILQ. Abang kata, ustazah maklumkan boleh pakai baju apa-apa saja. Mulanya abang nak pakai round neck collar shirt je. Tapi ummi suruh abang pakai kurta or shirt, untuk lebih proper. Since dia takde shirt, told him to check on abi's shirt.. Muat aihhh... Sungguh dah besar anak sulung ummi ni. huhu.. Baju abi pun dia muat elok. Gambar yang soecky tu, di selfie sendiri. Then jadi obses dengan gambar sendiri ye. Dok kata smart². Iye, memang anak ummi segak aih.. Kawan² dia lalu semua dia tunjukkan gambar tu, dengan ayat, smart kan.. 😅😅😅 Look at him, boleh jadi bodyguard ummi dah.



Abang & his friends

Kemuncak program sebenarnya adalah perasmian pembangunan Al-Itqaan Centre of Excellence.  Perancangan pihak MTI untuk menyediakan ruang, fasiliti dan infrastruktur yang lebih baik di samping boleh adakan lebih banyak program/kelas untuk pelbagai lapisan masyarakat.





Elok selesai upacara perasmian, sampailah waktu berbuka puasa.. Foods.. MasyaAllah,banyak betul pilihan makanan/lauk. Tapi ummi tak ambil semua la.. Ala kadar je lah ye, sebab ummi ada misi. hahahaha.. 

Ada persembahan oleh Jay Jay weh . Tapi ini bukan dalam tentatif program sekolah. Show ni kontrak Jay Jay dengan pihak HGB untuk sebulan puasa ni. Maka kata beliau, show must go on. Cuma bila dia tahu crowd malam tu dari sekolah tahfiz, dia jadi macam alamak, habis lah aku... 🤣🤣😂 Nak bawak lagu apa ni.. haha.. Luckily dia bawak lagu-lagu evergreen dia yang memang ummi suka dengar dari dulu.. Belaian Jiwa Joget Angan Tak Sudah, Rindu Bayangan, Aku Tanpa Cintamu ...... Kenangan mengusik jiwa betoii.. Dan crowd pun, sportinh je join nyanyi sekali.. Nampak sangat crowd ramai old timer..haha.. Jay Jay pun suara maintain je macam zaman muda-mudi dulu...




Program habis pukul 10pm. Dah siap solat terawih, witir sekali. Pukul 10 tu ummi call abi, abi baru sampai rumah tokma usai solat terawih surau. hahahaha.. 10.30 baru nak gerak keluar dari Gombak. Bertabah la kami tunggu di lobi hotel. Aktiviti sementara tunggu abi sampai.... bergambar 😂😂..





1 comment:



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015