-Day 11-
Again, gantung kuali lagiii.. Adoiii.. Sebenarnya ada plan nak masak. Tapi nak keluar shopping. Cumanya, lepas zohor baru keluar, memang tak sempat lah nak balik masak kekdahnya.. Maka, berbuka di luar saja..
-Day 12-
Back into my kitchen. Hari ni masak chicken cashew nut dan kangkung tumis ikan masin. Kita angkut foods pergi rumh maktok..
At maktok's, ucu masak suhun goreng. Abi add on mertabak, donut dan tepung bungkus.
-Day 13-
Simple je hari ni. Iftar dengan bihun goreng tomyam, sirap bandung soda, buah jambu batu..
-Day 14-
Cubaan membuat teriyaki beef, sebab terbayang yakiniku beef sushi king. Sambal sardin, lauk sahur ya g dipanaskan. Dan Add on pencuci mulut, puding karamel dan samosa.
-Day 15-
Creamy tom yum pasta, ala Khairul Aming & teh tarik BiBix. Add on popia goreng sira dan roti john.
-Day 16-
Takde mood masak hari ni. Tapi ummi masak lah juga sambal berlada kacang botol + ikan bilis dan panaskan gulai tempoyak ikan patin yang ummi beli dari kawan ummi dan frozenkan dalam deep.freezer sebelum puasa hari tu. Panaskan juga nasi goreng lebihan pagi tadi dan juga rendang ayam yang ummi beli masa pergi site visit di Maran, sehari sebelum puasa. Rendang ni pun ummi frozen kan hari tu.. hihi . Selebihnya, abi beli pelbagai jenis kuih muih - donut, tepung bungkus, onde². Fathiy dan Fatima bawa balik laksa dari Pasti.. Abi beli juga lauk ayam percik dan sambal paru.
-Day 17-
Hari yang tragis 😅🤣
Hari ni ada program kacau bubur lambu di Pasti. Selesai masak bungkus & agih dalam pukul 4 lebih. Lepas tu ummi tanya lah abi, nak buka puasa apa? Ummi ingat nak buat mee hailam. Tapi kan ada seorang anak dalam rumah ni tak makan mee.. Aihhh.. Then abi kata nak beli Kenny Rogers je. Pukul 5 ummi dah gerak abi, sebab nak hantar bubur kat Ampang & beli makanan untuk berbuka. Pukul 6 lebih baru keluar ye. Abi dengan Faqeeh naik motor hantar bubur ke Ampang, gerak dari Ampang tu, hujan lebat oih. Mereka balik ambil kereta, Fathan dan Nusayba nak ikut juga pula. Abi tanya kat mana ada KRR.. Seingat ummi di Leisure Mall. Abi pun ni pergi lah dengan 3 ketul anak tu. Ummi dah whatsapp pesanan siap² apa yang nak di order. Sekali abi call, KRR Leisure Mall dah tutup ye. Nak gelak ke nangis ni.. Masa tu dah almost pukul 7. Abi tanya nak beli apa untuk buka ni?? Ummi tanyalah apa kedai yang ada dalam tu.. McD, Secret Recipe, Bungkus Kaw Kaw.. I thought pilihan paling cepat adalah BKK.. Then, Abi call balik kata takde foods dah kat BKK. So he opted for McD.. Sebab SR takut lambat sangat.. Sudahnya, dah azan mereka belum balik lagi. Faheem buka makan biskut dulu.. Balik tu, abi kata.. "Jem betul saya tadi. Dahlah jalan jem, nak cari makan pun jem" 🤣🤣🤣 Adoi... kelakar lah.. Gelak je lah ummi pun.. Dah, pukul 6 baru nak keluar rumah, gitulah kekdahnye..
So, our iftar menu, bubur lambuk yang dikacau sendiri oleh abi dan anak² bersama² cikgu Pasti, bubur jagung oleh cikgu dan McD..
Since tak masak untuk iftar, malam tu ummi masak siap-siap lauk untuk sahur. Daging black pepper.
-Day 18-
Hari ni, shopping day lagi. Misi cari baju melayu the boys & abi di KWC. Ummi bising-bising nak gerak awal.. Taknak gerak lepas zohor macam minggu lepas.. Dapatlah gerak awal sikit.. Pukul 11 lebih.. huhu.. Tumpang bottom 3 dekat rumah maktok, kami bawa top 3 je. Keluar pukul 11++, balik rumah balik pukul 5++. Lama betul nak mencari baju boys ni.. Mama mesej tanya nk buka kat Ampang ke? Bila tengok masa macam tak sempat je nak bersilat di dapur..ok ma, buka di Ampang. Sekali kangah & bangcik pun ada. Alhamdulillah, full house. Complete 5 beradik ada. Penuh dan riuh rumah maktok. Kami bawa mertabak & tepung pelita je. Memang tak sempat nak masak-masak. Dan order kek SC juga, sebab it's ucu's born day.. Sanah helwah ucu 💕💐
-Day 19-
Ummi masak ikan bawal sweet sour & sayur bayam. Fathiy dan Fatima bawa balik mee goreng, hasil air tangan cikgu Pasti. Abi beli kuih muih- popia sira & keria.
-Day 20-
Macam terlebih rajin sedikit hari ni. Plan asal nak masak buttemilk prawn je. Tapi, fikir-dikir nanti ada yang makan nasi kosong je. Maka ummi tambah lah ikan siakap masak lemak cili api dan sayur buncis+lobak. Abi tapau polia dan roti john dari bazar.
Pejam celik, 2/3 Ramadan dah berlalu.
Tinggal 10 malam terakhir.
Allahu.. sayu hati ni..
Frust sebab banyak juga tinggal puasa kali ni, of course, tak dapat kejar momentum mengaji juga 😭😭. Tahu² Ramadan dah nak berlalu.
Allahumma innaka affuwun tuhiibul fa'fuanni..
Allahumma bariklana fi Ramadhan, wa ballighna lailatul qadr.
Tudiaaa...satu entry complete..baca kisah cari KRR tu alahai...kesian tapi nak gelak...lepas ni kena keluar awal
ReplyDeleteTop up sana, top up sini jadi meriah juga setiap kali berbuka tu Ily...
ReplyDeleteAkk belum sempat try creamy pasta KA tu.
Kalau nak shopping memang kena keluar pagi kan, barulah kurang sesak jalan dan senang dapat parking.
ReplyDeleteSeronok Ily selalu dapat berbuka dengan adik-beradik.