Pengumuman Raya
Since kisah tiba² raya tahun lepas, tahun ni semua terpaling ternanti² kan pengumuman tarikh raya. Selama ni pun memang ia sentiasa dinantikan.. Tapi, itulah... dek kerana semua kalut raya terkejut tahun lepas, tahun ni semua dok berteka-teki bila raya.. Jumaat ke Sabtu..hahaha..
Siap ada yang bising2 komen suruh announce tarikh raya awal, supaya tak terkejut dan senang nak rancang cuti/perjalanan.. Aiseh...Penentuan 1 Syawal tu bukan simply main forecast gitu je.. Boleh la forecast, sebab tu ada kalendar.. Tapi, penentuan sebenar kena dibuat berdasarkan ilmu falak, tengok anak bulan. Kalau anak bulan kelihatan, maka keesokan hari adalah bulan baru. Kalau anak bulan menyorok, maka genapkan lah bulan qamariah menjadi 30 hari.
Bila ada kawan² yang tanya rasa² raya bila, ummi pun takde nak agak², rasa².. Ummi tak mahir ilmu falak, sazzy falak pun kenal tak kenal je... hahahaha..Tunggu je lah anak bulan tu. Tugas ahli falak yang lebih arif. Tanggungjawab tu jatuh atas bahu mereka, fardu kifayah.. Maka, kita nantikan je hasil cerapan mereka.
Bila announce hari raya puasa jatuh pada Sabtu, 22 April 2023, syukur alhamdulillah.. Another day of Ramadan that should be filled with so many beneficial deeds.
Kisah Tragis Menjelang Raya 1
Tahun ni, ummi tak order kuih raya..Melainkan kuih tart kegemaran anak² ynag memang saban tahun akan order dari mklong. Kalau ummi tka order pun, maktok memang akan order banyak untuk cucu². hihi . So, ingat nak buatlah kuih raya 2-3 jenis. Ummi dah start cuti hari Khamis. Pagi Khamis, lepas sahur, terus ready barang² nk buat cookies. Dah siap 2 jenis dough, simpan dalam peti, baru kisahkan benda lain.. Rebus daging dan paru untuk masak rendang, kemas² rumah sikit (yang banyak sebenarnya nak kena kemas..huhu), cara ke anak² semua.. Petang baru nak start bakar cookies.
Biskut chocolate chips, ummi ikut resepi Che Nom. Dalam resepi, bakar 160⁰ selama 15-20 minit.. Oven ummi ni kena kurangkan sikit suhu.. So ummi buatlah 120⁰, masa pun ummi set 12 minit je dulu.. Baru few minutes bakar, dah start bau hangit. Ummi buka sikit pintu oven, dah berasap. Terus turn off. Berasap banyak wehh.. Cookies pun dah rentung.. Tak sampai 10 mins pun lagi 😭😭😭😭.. Oven ni overheated kot. Dah kali ke-3 jadi macam ni. Sedih la.. Frust betul.. Ada 2 adunan doh ni.. Macam manaaaaa???
Menyusun doh
Rentetan itu, pukul 2.30pagi ++ baru ummi siap membakar 2 jenis cookies. Setelah tolak masa untuk berbuka dan solat terawih.
Chocolate sablé cookies..
Kisah Tragis 2
Siap bakar cookies tadi tu pukul 2.30pagi kan.. Fikir² takut tak sempat masak sahur nanti, ummi masak la siap² sambal sardin dan nasi. Plan bangun pukul 4.30 nanti baru goreng telur mata untuk Fathan.. Guess whattttt??? Ummi sedar pukul 5.54 pagiiiii.. Nak gerak semua² memang tak sempat dah. Gerak abi pun tak bangun. Terpaksa jadi selfish, laju² turun pergi dapur minum air masak 2 cawan. Lalu azan subuh berkumandang. Allahu..
Bila bagitahu mama yang ummi tak bangu. sahur, mama kata mama dah call ummi pagi tu. Elok je ummi jawab call... hahahahahahaha.. Ummi check incoming call tkde pun. Rupanya mama voice call whatsapp.. Memang adalah berjawab.. Entah kenapa ummi tak sedar lansung. Mungkin jawab call pun dalam separa sedar. hahahah.. Maaflah wahai seisi rumah ku.. Worry not, lauk untuk berbuka malam ni dah siap.. 🤣🤣🤣🤣
Maktok siap screenshot ye bukti maktok call ummi.. Maktok kata, mama call awak yang first sekali tau..sebelum kakngah 😅😂🤭
Sudah jatuh ditimpa tanggalah jadinya ye Ily...
ReplyDeleteAnak² puasa tak?
begitulah kak. One after another 😅😅 alhamdulillah semua bertahan puasa kak. walaupun dah bgtau, its ok to break fast kalau betul² x larat..
ReplyDeleteAduh! tragis sungguh ni nak minta oven baru yang lebih besar tu. Kan...kekadang kita kena pentingkan diri sendiri jugak hehehee...
ReplyDelete