Tuesday, June 6, 2023

Kisah Tingkap Nako

Tingkap hadapan rumah kami ni masih menggunakan tingkap nako . Ada impian nak tukar tingkap, tapi tunggulah dulu. 

Alkisahnya, tingkap nako kami dah rompong, rongak asbab anak² yang cerdas, riang ria dan sihat walafiat semuanya. Ada yang memanjat, ada yang bergurau main tolak², ada yang buat latihan rembatan bola ala Christiano Ronaldo. Semua sekali adalah kurang lebih 6 ketul yang rompong. Setelah dikumpulkan semua rentetan peristiwa, rasanya dah makan tahun jugalah tingkap tu tak sempurna kejadiannya. Pernah ummi suarakan pada abi beberapa kali, tapi entah kenapa dipandang sepi 😅😂. Tenang sokmo.

Jenuh juga ummi menyusun semula kaca tingkap, dan fikirkan cara yang sesuai untuk tutup bahagian yang rompong supaya tak jelas kelihatan di pandangan mata orang yang lalu lalang di hadapan rumah. Bukan apa, risaukan isu keselamatan. Dan risau juga kalau ruang rompong tersebut jadi laluan haiwan menyelinap masuk. Tambahan bila tiba musim panas atau hujan yang ekstreme. Ummi dok terbayang haiwan yang melingkar tu. huhu.. Nauzubillahi minzalik. Tidak pun, mungkin saja tikus atau musang yang selalu kelihatan di kawasan rumah ni. Mula la rasa meremang, geli geleman memikirkan semuanya.. 

Jadi, ummi susun semula kaca, jadikan yang rompong di bahagian bawah sekali. Kemudian, ummi tutup dengan lebihan papan laminated flooring masa kami extend dapur dahulu. 2 keping LF untuk tutup 3 panel tingkap yang rompong.. 😅😅 Dah rupa rumah setinggan rumah awak ni ummi oii.. Ada 3 lagi lubang.. ummi alihkan lubang² ni ke bahagian panel yang tepi sekali, dan di bahagian atas sekali.. Lepas tu ummi ikatkan bendera secara menegak disitu dari bahagian luar. Maka tertutuplah lubang rompong dari pandangan mata orang. Tapi pandangan mata ummi ni, sakit betul melihatnya .. yihhh..

Hujung minggu baru ni, tak semena, abi tanya nak beli kaca tingkap tak? Ummi macam tak percaya.. Sebab takde pula ummi ungkitkan pasal kaca tingkap yang pecah dalam masa terdekat..Pelik lagi ajaib.. Macam mustahil je rasanya.. Tapi ummi jawab lah juga.. Ikutkan hati nak tukar bingkai tingkap baru terus. Buat sliding window atau jenis berdaun.. Tapi, mestilah tak buat masa ni kan. Maka, belilah kaca tingkap sahaja. 

Ummi kekaguman dan terus pasang kaca tingkap baru sejurus abi pulang dari kedai. Petang tu, nak balik Gombak, abi pesan pada Faheem, ambil kaca tingkap dalam kereta myvi, masukkan dalam kereta BRV. Ummi kaget. Kaca tingkap apa pula ni? Rupanya.... Ma minta abi belikan kaca tingkap untuk tingkap di dapur rumah Ma... Hurmmmmmmm.. Patutlahhh abi seolah 'out of nowhere' tiba² je usulkan nak beli kaca tingkap tanpa ummi cakap apa². Abiiii oh! abi. Kalau Ma tak suruh tu, agaknya berapa tahun lagi lah tingkap tu rompong 🤣🤣🤣 atau mungkin sehingga semua kaca dan berguguran ke bumi 🤭🤣🥹 Mungkin lepas ni, apa² ummi kena cakap pada Ma, untuk Ma sampaikan pada abi, baru cepat gerak kot.. hahahahahahahaha.

 

4 comments:

  1. Akk pun risau bab haiwan² tu kalau ada tingkap lompong :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye kak. Kat rumah ni memang ada musang yang suka main dekat atas siling. seram pulak membayangkan die menyelinap masuk dekat tingkap tu.. huuu..

      Delete
  2. Macam ada sixth sense dah tu hehhee takpe harap Abi baca blog Umi lah ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi.. baru nak kagum ada sixth sense.. hahahahaha.. kdg² dia baca 🤭 Tapi memang dah cakap pun depan dia.. Saja nak tinggalkan kenangan dalam blog 😅😂

      Delete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015