Thursday, July 20, 2023

Bersiaran dari Hospital

Ummi bersiaran dr Hospital Pantai Ampang, gara-gara anakanda Fatima demam semenjak Jumaat petang tak kebah.. Selasa petang bawa ke klinik, doktor suruh refer ke hospital terus. 
Maka, here we are.. Checked in since 18 July 2023, 12 midnight.



Diagnosed Influenza A + bacterial infection. Since bacaan C-Reactive Protein (CRP) sangat tinggi, indicating bacterial infection, doktor suruh warded la untuk monitor for minimun 72 hrs.. hurmm.


Had my dinner at 2 am 🥴. 


My way of killing time sementara jaga anak demam.


View Menara MPAJ 😅




Had my coffee break masa abi datang melawat.. Ada 2 kiosk machine di bawah. CoffeeBot & Starbucks. Kita try lah CB ni. Harga lebih marhaen. hihi. Tastewise pun ok since kita decide how much sugar, milk, coffee shots kita nak. Mine is Hot Latte, RM 6.80. 


Dah boleh senyum. Alhamdulillah.


Steady dan santai. Nurse datang cek suhu pun, macam tu je lah dia tak bergerak. huhu..


Meriah tau menu HPA ni. Yang ni Nasi Dulang namanya. Nasi berwarna hijau, ada rendang ayam, pecal, tauhu goreng dengan sambal, keropok belinjo, ikan dori goreng. Then yang mangkuk asing tu, ayam masak lemak. Anak makan sikit je. Macam ni gaya, seminggu warded, gemuk lah umminye 😅😂


Neb pun dah boleh tenang². Awal² masuk tu merengek saja.. Tak berhenti berzikir sakit tangan, merujuk tangan yang berbalut.. Masa neb pun sedih², asyik tanya lama lagi ke.. Hari ni nurse datang nak pasang neb, dia dah terus bangun hulur kepala.. Good job kakak.

Walaupun hari ni demam dah mulai kebah, tapi kena stay lagi sebab doktor nak monitor bacterial infection tu in 72 hrs after 1st antibiotic given. Sabtu lah baru nak ambil darah semula. 

Lama lagi kita dok sini ni Fatima oii.. Novel Takdir 1 dah selesai khatam dah ni. Kena suruh abi bawak Takdir 2 dan Takdir 3 lah nampaknya. Boleh selesai Trilogi Takdir ni sepanjang pertapaan di sini. hahah..

Target ummi, to read at least 10 books a year dah tercapai dah ni.. Alhamdulillah
 

1 comment:

  1. Syafakillah sayang 🤲
    Nampak sedap nasi dulang tu Ily...

    ReplyDelete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015