Tajuk: Nirnama - Himpunan Hikayat Tanah Semenanjung
Penulis: Hilal Asyraf
Penerbit: Hilal Asyraf Resources
Naskah Nirnama dahulu, agak lewat juga ummi beli. Tapi setelah 'terpesona' dengan Nirnama, bila diberitakan ada sambungannya, laju ummi sambar peluang pre-order.
Sinopsis
Merupakan prekuel kepada naskah Nirnama. Sebuah naskah kumpulan hikayat yang memberikan fokus pada watak-watak dan peristiwa yang berlaku sebelum bermulanya novel Nirnama.
Walaupun ia adalah prekuel, tapi ia seeloknya dibaca selepas membaca novel Nirnama, otherwise, masa baca Nirnama tu, mungkin takkan dapat rasa impak wow dan debaran apabila munculnya satu² watak tu.
Masa baca Nirnama, jujurnya banyak persoalan yang timbul, tentang kewujudan sesuatu watak tu, siapa dia sebenarnya, kenapa dia sebegitu.. Tapi, bila baca prekuel ni, baru lah titik titik persoalan itu bersambung dan dapat gambaran lebih jelas tentang perjalanan cerita Nirnama ni. Ia suatu adventur yang menarik dan menyeronokkan.
Ummi ambil masa tak sampai 24 jam ye untuk habiskan HHTS yang setebal 620++ m/s ni..wow.. Jujurnya, sebab hari Sabtu, Fatima demam, abi pula nak balik Gombak.. Since Fatima tak sihat, ummi syorkan ummi tinggal dirumah sahaja bersama Fatima, while abi bawa lah 5 orang lagi balik Gombak. Ummi pun tak berapa sihat, batuk dan selsema masih bermaharajalela. Asbab tinggal berdua, ummi pula tak boleh nak lelap mata sebab Fatima sesekali merengek, mengigau, maka, Nirnama HHTS ni jadi peneman ummi lah. Hihi.. Masa nilah nak membaca tanpa 'gangguan'.. haha..
Bab/hikayat yang terkandung dalam Nirnama HHTS. Ia seolah mengimbau masa lalu 😅
Hikayat 5 ni, buat ummi merembes airmata kala pukul 1pg ye. Serius terasa sedih dan hiba tu menusuk di kalbu.. 😭😭
Petikan hadis ni ummi jumpa beberapa kali dalam Nirnama dan juga siri Gelombang Baru. Bila dah jumpa beberapa kali, ia seakan melekat dalam kepala. Moga ia menjadi ilmu yang bermanfaat buat diri ini.
Petikan ni memberi makna tentang ikhlas. Ikhlas tu bukan sekadar disebut dibibir.. Memaknai ikhlas itu ternyata lebih sukar dari menyebutnya. Maka mungkin ikhlas itu dimaknai saat benar² teruji, memujuk diri kekal teguh dan yakin serta terus bersangka baik dengan Allah.
Again, seperti naskah HA yang ummi dah baca sebelum ni, penting sangat ye.. pergantungan hanya kepada Allah, jika beroleh kebaikan, ianya dikembalikan kepada Allah dengan syukur dan taqwa, jika sebaliknya, sabar dan reda. Kerana setiap sesuatu itu, baik atau buruk, semuanya berlaku atas keizinan Allah. Dan sepertima petikan hadis di atas, begitulah ajaibnya urusan orang beriman.
Penanda buku dan kad terima kasih. Banyak lagi sebenarnya 'hadiah' yang datang bersama pek pre-order naskah ni. Yang paling best, naskah Nirnama HHTS versi jawi. Tapi since sebenarnya dah lama beli buku ni, tapi baru berkesempatan nak baca sekarang, (to be exact sebenarnya nak baca versi jawi dahulu.. nak cabar diri baca jawi..haha.. tapi lama pula ia tersadai bersama ucu.. Maka, untuk kekalkan momentum membaca ummi, so i proceed with this one) .. Nak share unboxing pun takdan sebab unboxing was done by ucu dan dia siap tolong balut lagi untuk ummi. Tq ucu 😘😘💕.
Wow…600+ halaman dalam masa kurang 24 jam! Memang asyik sangat membaca ni 👏🏽
ReplyDeleteAkak belum ada dan belum baca Nirnama. Sebab masih banyak buku To Be Read menanti 😅
sama kak. ni tgh misi mengurangkan checklist to be read.. masa beli semangat berkobar, nak cari masa membaca tu haaa..
Deletesalam singgah. haih.. dah beberapa kali dh bulan ni asyik terserempak iklan Hilal ni. hmm.. kena tukar angin ke kami ni? biasa baca buku RAM je
ReplyDeleteselalu org dok racun shopee.. ni racun hilal pulak 🤣🤣
Delete