Tuesday, July 11, 2023

Pinjam Buku di Pustaka KL @ Keramat

Hari buat MyKad untuk abang long Faheem, kami singgah lepak santai di Pustaka KL @ Keramat. Dahulunya ia adalah Perpustakaan Komuniti Mini UTC di bawah seliaan Perpustakaan Negara Malaysia. Kini, ia diambil alih oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan ditukar nama kepada Pustaka KL. Bahan bacaan pun masih dalam proses penambahbaikan. 


Asalnya sekadar mahu santai² membaca. Memang santai sungguh sampai ada yang baca sambil baring 😅😅 Macam di rumah sendiri ye dibuatnya..









Namun, ada yang dah mengadu lapar, tapi dalam masa yang sama, ada yang tak puas membaca. Nusayba tanya, kita tak boleh bawa balik ke buku ni? Hurmmm . Jomlah kita daftar keahlian, baru boleh pinjam buku dan bawa balik. Ummi tak larat nak isi borang banyak², isi untuk 2 orang sahaja. 1 orang boleh pinjam 3 buah buku.. Maka, jumlah buku yang boleh dipinjam adalah 6 buah buku, dengan tempoh pinjaman selama 2 minggu.



Pakat pilih belaka buku mana nak pinjam. Mek Nusayba pun galak juga, sepertinya dia dah pandai membaca 😅 Takpe, semangat tu yang kita mahukan.

Final list. 
Buku Siri Hadi dan 5 Sekawan terbitan Fargoes tu ummi yang pilih. Sengaja ummi nak suruh abang² baca sebab siri penyiasatan begini memang kegemaran ummi zaman sekolah dulu.. 
Haha.. paksa anak pula ikut kesukaan kita 🤭 Benda baik, takpelah kan..hihi..


Buku pertolongan cemas tu, pilihan Nusayba.. Kena ambil juga 1 daripada 4 yang dia dah peluk nak bawa balik. Nanti merajuk pula mek tu 😂. Nanti kita baca sama² ye.
Buku Robot Sehari-hari dan Angkasa Raya adalah Komik Didik - Siri Eksplorasi Sains. Budak² ni memang suka komik, maka harapannya belajar sains melalui komik lebih mudah untuk mereka faham. Yang terakhir, pilihan Fathan, Komik Siri X Venture. Yang ni pun ada info ensiklopedia dalamnya. 


Gaduh juga memilih buku. Pinjam yang ni dulu lah ye anak². Habis baca nanti kita pulangkan dan pinjam yang lain pula.

Harapannya, minat membaca tu akan terus tersemat dalam diri anak⁶ dan carilah bahan bacaan yang berilmiah dan bermanfaat. 

1 comment:

  1. Best bawak budak² ke library dpt menyemai budaya membaca dr kecil

    ReplyDelete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015