Judul: Gelombang Baru 4 - Menjejak Awan
Penulis : Hilal Asyraf (HA)
Terbitan: Hilal Asyraf Resources
Jujurnya, ummi mula terjebak dengan karya HA setelah membaca Siri Trilogi Gelombang Baru, back in 2021.
Ummi beli naskah Trilogi Gelombang Baru ni setelah baca sinopsis yang berkisar tentang pasukan bola tampar sebuah sekolah agama, MATRI. Ummi merasakan genre cerita begini sesuai untuk bacaan Faheem dan Faqeeh. Ini adalah percubaan pertama ummi menjebak anak² teruna untuk membaca novel/buku cerita selain komik. Dan buku ini turut diselitkan dengan beberapa ilustrasi yang boleh menarik minat anak lelaki. Sebelum bagi anak-anak baca, ummi cuba baca dulu. Nak dijadikan cerita, ummi tersuka lah pula sebab jalan cerita dan olahan bahasa yang menarik, dan paling penting, ada penerapan islamik. Dan lagi satu, since ia berkisar tentang sukan, ia seolah membawa ummi mengimbau kembali zaman sekolah dulu, yang mana ummi aktif dalam sukan bola jaring. Macam ada kimia gitu..Bila habis marathon baca TGB, ummi siap tinggalkan cicipan di FB Tuan HA, mohon sambungan kepada TGB. Rasa tak puas habis setakat di situ. Haha.. Over kan ummi..
Setelah 2 tahun, akhirnya Tuan HA terbitkan kesinambungan kepada TGB.. Gelombang Baru 4 - Menjejak Awan.. Kisah Avant Garde, pasukan bola tampar MATRI yang akhirnya menjuarai MSSNP dan berjaya melangkah ke peringkat MSSM. Banyak onak ranjau dan rintangan yang terpaksa ditempuh. Malahan di bab-bab awal saja dah buat ummi menangis ye.. Adoii.. Jalan cerita, plot twist sangat tak mengecewakan. Banyak pengajaran yang boleh diambil dari kisah ini terutamanya tentang elemen dakwah. Dan banyak juga petikan ayat yang menarik dan menjentik hati.
Di bawah ni, beberapa petikan yang ummi highlight dalam buku ni...
(1)
Ujian adalah ujian. Kita perlu melaluinya. Kalau kita lari, ujian hanya akan mengejar kita. Jika kita berhadapan dengannya kita memberikan diri kita sendiri akan kemungkinan bagi mengatasinya.
(2)
Senjata tidak ditempa dengan air sejuk. Ia ditempa dengan suhu yang tinggi dan panas. Sehingga mampu melembutkan besi. Lalui saat sukar ini, rendahkan diri. Belajar kembali.
(3)
Kita tidak tahu berkenaan hati manusia. Allah yang memegang hati manusia dan membolak-balikkannya. Tugas sebagai orang Islam yang telah dididik dengan didikan Islam, sebagai orang yang faham akan dakwah, adalah menyampaikan. Melalui bicara kita, melalui akhlak dan perjuangan kita.
(4)
"Dan ingatlah ketika Tuhan kamu berfirman, sekiranya kamu bersyukur, akan aku tambah." (Surah Ibrahim, ayat 7)
(5)
Tawazun - mizan (timbangan)
Tawazun - Keseimbangan. Seimbang dunia dan akhirat.
(6)
Sentiasa cuba pilih jalan yang terbaik dalam menyampaikan kebenaran. 1) Tunjuk akhlak yang baik. 2) utamakan ajakan, tak perlu memaksa.
...
Surah An-Nahl, ayat 125: Serulah ke jalan Tuhanmu dengan kebijaksanaan, dan pengajaran² yang baik. Dan berdebatlah dengan mereka menggunakan jalan yang terbaik.
(7)
Semua orang ada potensi kepada kebaikan dan keburukan. Terpulang kepada suasana nak membentuk dan terpulang kepada tuan badan untuk memilih.
...
Dan diilhamkan kepada manusia itu kejahatannya dan ketaqwaannya - Surah Asy-Syams.
Hilal Asyraf punya novel/ buku masih belum tergerak hati nak baca.maybe faktor umur. budak2 ni ade yg merengek2 mtk belikan. kami tgh pikir bila nk pegi bwk depa pilih sdri
ReplyDeleteCuba try baca 1.. insyaAllah terpikat 😅😅
DeleteBelum cuba baca TGB, tapi yakin mesti best dan bagus. Berhibur sambil dapat ilmu.
ReplyDeleteAkak tengah abiskan buku ke-5 siri Hikayat Satria Sejati 😀
Buku HSSS tu, main dgn emosi juga kan kak.. babak aksi macam boleh bayangkan setiap gerak langkah tu, part sedih pun boleh tahan juga.. saya marathon hbis kan 5 buku tu dlm 2-3 minggu 😅😅😅
Deletekak ana ni ummi ada 4 buku belum mula baca lagi selepas beli PBKL yang lalu, adoi entah bila nak mula tak tahu laa :)
ReplyDeletesy letak target baca at least 10 buku setahun. tu yg gigih kejar target tu 😅😅
Delete