Wednesday, November 27, 2024

Demam, Sukan Sekolah & Burger..

Hujung minggu baru ni, ummi tak berapa sihat..  Jumaat malam, tiba² tak sedap badan, dan batuk bertalu². Tak lena tidur 2-3 malam since then, sebab batuk. Bila batuk, berlari ke toilet. huhu.. 

Hari sabtu anakanda Fathan dan Fathiy ada kejohanan sukan sekolah. Ummi terpaksa minta maaf dekat the boys, ummi tak dapat join support tepi padang. Memang tak larat sangat masa tu. Demam, batuk, selsema, muntah, sakit kepala, sengal badan.. Ummi kirim doa je lah.. Abi bawa abang ngah & adik² support Fathan, Fathiy. While ummi, berselubung dekat rumah, alone. 


Hari ahad, alhamdulillah demam dah kebah. Tapi batuk masih bersisa. Tak kerap sangat batuk, tapi bila batuk rasa bergegar otak, sakit sampai ke belakang badan 🥲🥲.. Petangnya abi ajak keluar.. Nak jengah restoran yang baru buka yang dah dok lalu lalang dekat FB 😅😅 Umminya tak tau dekat mana kedai tu. Ingatkan dekat2 je, rupanya kat Bangi 🤣. 

Teruja jugalah sebab kitanya kecanduan M**di yang dah lama diboikot.. Sampai², panjangnye queue dekat kiosk. Meja pun penuh. Kedai baru buka kan, hype dia lain macam. Tambahan pulak, mesti dah ramai yang rindu M**di, hoping for something as good as M**di..

Ordered spicy chicken deluxe (ini memang menu ruji ummi kalau makan M**di dulu.. huhu), double cheese burger dan juga spicy fried chicken. Bagi ummi, taste-wise ok lah. Not so bad.. Double cheese burger, rasa dah almost there.. Cuma patty agak kering, tak juicy. Nak kunyah perlu effort lebih sikit 😅. Spicy chicken deluxe dan spicy fried chicken, tepung salut tu agak keras. Keras yang bukan crispy or crunchy. Dan ayam pun agak kering. Tapi oklah, still do-able.   Untuk replace M**di tu, banyak boleh improvise lagi. Nak terus compare dengan M**di yang puluhan tahun, memang tak adil lah kan. Tapi, insyaAllah, kalau owner betul² komited nak tawan hati peminat² M**di, boleh improve lagi dan buat R&D. Yang penting, anak² suka dan nak repeat lagi..

Cuma.... yang sedihnya, ummi kan tak berapa sihat masa tu.. Jadi mood bergambar tu takde. huhu.. Satu je gambar ummi ambil. Bolehlah jadi bukti hadir dan support lokal kan. hahaha .



No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015