First time KTM Komuter introduce Ladies Coach kalau tak silap ummi somewhere in 2011. Masa tu office ummi di Mid Valley. Pagi pergi kerja abi hantar sampai office. Petang, ummi balik naik komuter, interchange ke LRT di Stesen Bandar Tasik Selatan, then tukar platform di Chan Sow Lin.
Mula-mula announce ada LC, excited jugaklah. Sebab, komuter ni dahlah gap dia setengah jam, kalau tak delay. Lepas tu pulak, sentiasa penuh dan padat dan mostly yang penuh tu warga asing. Masa tu, ummi pregnant anak sulung. Dengan bau yang pelbagai lagi kan, beberapa kali juga hampir termuntah.. Bila ada LC, rasa lega sebab semua perempuan kan.
Tapiii.. rupanya naik LC di zaman itu lagi dahsyat ye.. Sebab, as i mentioned kan ramai warga asing.. Walaupun semua perempuan, dia punya ganas berebut bertolak² nak masuk koc tu Allahu.. Kesian perut kita tau tersepit, terhimpit.. Trauma nak naik LC.. hahaha..
Hari ni... ummi perasan dekat LRT Bandaraya dah tampal sticker Koc Wanita pada platform.
Then dalam koc pun tampal sticker at every seats. Finally after 13 years being inplemented by KTM, LRT baru nak join.
Ummi harap tak de insiden berebut bertolak² macam komuter dulu. LRT ni somehow, pengguna dia mostly lebih behave dan lebih beretika. Walaupun ada juga few yang takde kesedaran sivik 😅..
No comments:
Post a Comment