Friday, August 7, 2026

July Achievements

Lama tak share tentang larian chipsmore, sekejap ada sekejap tak ada. haha . Begitulah pasang surut mood dan kecekalan, seperti ombak membadai pantai. Selalu juga nak marah pada diri sendiri, tapi begitulah.. At the end, berbalik pada diri sendiri juga. 

Disebabkan rasa bersalah pada diri, yang selalu mungkir janji sendiri, dan selalu tewas dengan hasutan malas.. Julai ummi cuba bangkit lawan kemalasan.. Dan main reason nya adalah, semenjak dah tak usung 'peti ais bergerak' kesana kemari, berat mencanak naik. 😭😭😭 Dah kujangka dari mula akan jagi begini, sering ingatkan diri agar ambil langkah berjaga² lebih awal, cuba turunkan berat pada paras selamat supaya bila rebound tidaklah ke tahap yang me-mengahkan.. Almaklum, rutin pembakaran kalori sebanyak 500kcal sehari dah terhenti, nak kena cover balik rate pembakaran kalori tu dengan aktiviti seharian dan tabiat pemakanan yang tak berapa nak seimbang memang sukar lah kan.  Namun ingatan diri hanya sekadar sapaan angin lalu. No action, no talk lah ummi oiii..

Nak menyesal pun tak guna. 

My July commitments. Cuba guna peluang dan ruang sebaik mungkin. Kena push aside bisikan² malas.


Alhamdulillah, setelah sebulan dua berhibernasi. I need to give myself some token of appreciation. Walaupun tak seberapa, but at least i have tired to push myself. 
Alhamdulillah dapatlah 5 kali berlari² anak. Larian seminggu sekali kononnya. 


Dari segi total bilangan step pula, untuk bulan Julai berjaya hit 130,000 steps for the whole month, dengan jarak 97km. Sikit lagi boleh join ultra 🤣🤣🤣. Orang lain Ultra 100km sehari dua je. Awak sebulan pun tak sampai lagi 🙂‍↔️😌. Dah, jangan berangan. Steps tu, kalau pergi site visit, memang boleh dapat banyaklah sebab kena pusing keliling site, ukur jalan lagi, jenguk tangki najis bagai kan. Banyak lah dapat kumpul steps. Selain berjalan to and fro LRT setiap hari, dapatlah average 4000-5000 steps daily. Masih tak capai 10k steps per day.. huhu 

Apapun, tahniah untuk diri sendiri.
Semoga momentum dapat dikekalkan untuk bulan Ogos dan seterusnya.
Dan jangan lupa jaga pemakanan juga ummi ye.. 


4 comments:

  1. Sikit² lama² jadi bukit hehe... Byk juga berjalan tu ily

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah.. Ikut kemampuan diri, kumpul sikit2.. Alhamdulillah, Allah izinkan.

      Delete
  2. Syabas Ummi! Bangkit lawan malas dan buat larian santai konsisten bulanan memang langkah terbaik untuk kesihatan.

    ReplyDelete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015