First time ummi sampai LTSM Kuala Terengganu. Huhuhu.. Selalunya kalau ke Terengganu, ikut jalan darat. Kali ni, asbab penjimatan masa, minyak dan kos, naik flight adalah paling sesuai. Ummi pun, sebolehnya memang akan pilih untuk balik hari je. Tak serabut kepala nak fikir anak-anak. hihi..
Ummi ke Terengganu hari tu atas urusan kerja. Mesyuarat scheduled jam 9.30 pagi. Maka ummi ambil flight 7.15 pagi ke Kuala Terengganu dan return flight jam 3.30 petang. Elok pula mesyuarat mula on time dan habis dalam jam 10++ pagi. Banyak masa lagi sementara menanti penerbangan pulang. Ada yang suggest singgah ke Mayang Mall dahulu. Baru tahu dah ada Sogo di Terengganu iaitu dalam Mayang Mall.. hihi..Tapi, ummi malas nak window shopping whatsoever. Ummi decide naik Grab ke airport terus (malas nak serabut-serabut urusan claim juga nanti kalau ada persinggahan ke tempat lain).
What did i do to kill time dekat airport??
Jalan-jalan pusing keliling (not really keliling la..haha) lapangan terbang, cari apa yang boleh di-foto-kan..
I like the architecture. Asal cita-cita dulu nak jadi arkitek. Dari sekolah rendah, kita dok melukis pelan rumah idaman. I can still remember, it was mostly odd shape layout. Berkeluk-keluk, curvy, bucu bintang etc. Bila kau jadi engineer, kau berdoa sangat-sangat arkitek kau tak terlalu berimaginasi tinggi seperti di masa kecilmu. Engineer's nightmare ye kalau dapat design yang terlalu fancy.. haha..
Tapi itu cita-cita ke, angan-angan ke tak tahu lah. At the end, I am what I am today. Semuanya takdir dan izin Allah.
Melalut jauh dah. Kembali kepada senibina bangunan LTSM, memang terasa vibe Terengganu tu. Ada tunjuk langit, ukiran kerawang, bumbung atap singgora.. In fact, katanya diambil ilham dari Rumah Bujang tradisional Terengganu.


Lepak makan, pusing-pusing airport, berehat-rehat di surau, buat kerja secara remote in between, baca buku... Eh dah nak boarding balik KL dah. Tak terasa masa berlalu. Sayonara Terengganu. Until next work trip, huhu..










Pernah lalu je depan. Kagum dengan senibina bangunan dia nampak klasik.
ReplyDeleteCantikkan senibina dia.. Kagum tengok
Deleteseronok bila meeting on time mula dan habis cepat..
ReplyDeleteselamat berkenalan
Alhamdulillah. Hati pun kurang berdebar..hihihi.. Selamat berkenalan.. Nanti saya singgah blog & follow, insyaAllah .
DeleteMasa hantar Abg masuk Asasi hari tu , ronda² juga sampai me airport ni.
ReplyDeleteKedai TFC tu dlm ni? Husband Akk dok nak cari kedai ni la, nak tengok jersi katanya.
Ye kak. Kat dalam airport. Tahniah untuk abang. Semoga terus cemerlang dunia akhirat. Allahumma amiin.
DeleteAlhamdulillah, jimat masa naik flight ke LTSM Kuala Terengganu! Senang kerja balik hari, seni bina airport pun memang cantik.
ReplyDeleteSungguh. Alhamdulillah jimat masa dan jimat minyak juga. hihi. Emak² memang sebolehnya nak balik hari sebab hati asyik terkenang anak² 😅😅..
Delete