Alhamdulillah, sudah 69 tahun Malaysia merdeka, bebas dari belenggu penjajah secara fizikal. Semoga Allah pelihara keamanan, kesejahteraan, perpaduan dan kedaulatan bumi bertuah ini. Semoga Malaysia, tanah tumpah darahku, sentiasa dalam dirahmati dan diberkati Allah.
Kami sambut di rumah saja. Tiada kegigihan seperti 4 tahun yang lepas untuk bersesak dalam ribuan, umat manusia. Tambahan pula, 4 tahun lepas sambutan diadakan di Dataran Merdeka, maka boleh lah kami heret anak 6 orang (pada masa itu) naik LRT. Kami tak menapak jauh pun. Berhenti di Stesen Bandaraya, dan kami berlegar di sekitar situ sahaja. Kalau nak ke Putrajaya, ummi surrender awal². Ummi tak gigih bawa anak 7, walaupun 2 orang dah besar panjang, still ummi boleh bayangkan ummi akan jadi komander, berteriak beri arahan batalion 7 beradik. So, it's a big no-no.
Malam merdeka, tiada rancangan pun nak sambut di mana². Tapi anak-anak lapar pula, Ya Allah.. Tak kenyang-kenyang mereka ni. Abi bawa makan di Kampung Baru. 😅😅 Jauh ye nak supper. Selalu kalau abi tanya ummi nak makan di mana, adakalanya abi akan reply jawapan ummi tu dengan ayat, "Situ susah nak parking.". Tapiiiii.. Decision untuk makan di Kampung Baru, di malam merdeka, masalah parking no more an issue ye. hahaha..Double standard tau abi ni.
Kami sampai Kampung Baru around 11.11mlm. Ramainya umat. Syukur dapat meja yang baru dikosongkan di Restoran Suraya. Tapi nak order agak mencabar. Order tomyam ayam dan daging masak merah -- ayam dan daging habis. Sotong celup tepung habis. Telur bungkus habis. Laksam habis. Pulut mangga habis. Pening mak nak order apa. hahaha.. Lastly, order siakap 3 rasa, telur dadar, sup perut, udang goreng tepung. Oklah. Dah lewat malam dah pun.
Sedang menjamu selera, dengar bunyi letupan bunga api. Eh dah merdeka!! Sempat la jenguk luar kedai, dengan tangan masih bersisa nasi, tengok bunga api. hahahaha..









Selamat Hari Merdeka Ketua Batalion Anak 7 ahak!
ReplyDeleteAkk jgnkan nak keluar kemana-mana, belum 12 mlm pun dah hanyut diulit mimpi hihi... Terjaga 12 mlm tu dengar bunyi mercun, pun mata terpejam semula.
Ahahahaha... Takut Ketua Batalion Anak 7 bagi command, nanti semua skuad/platun/batalion yang lain pun ikut sama..kihkih.. YA Allah, sy dah ngantuk sangat kak malam tu. Tersengguk2 dah dalam kereta.
DeleteSelamat Hari Merdeka ke 69!
ReplyDeleteMerdeka Malaysiaku!!! Untuk ke 69 tahun, dan semoga berdaulat serta dalam perlindungan dan pemeliharaanNya sentiasa.
DeleteMemang betul sangat Ily, bawa anak ramai ni cabaran dia lain macam, surrender awal nak pergi Putrajaya tu langkah paling bijak! Yang penting tetap dapat feel merdeka tengok bunga api makan supper dekat Kg Baru. Selamat Hari Merdeka ke-69 buat semua
ReplyDelete