Hari tu dah selesai first action, iaitu settlekan car loan dan ASB loan.
Ada 2 loan lagi berbaki.
Education loan (baca PTPTN) dan housing loan.
Housing loan ni aku tak kira as debt yang membebankan. Sebab yang ni adalah investment. Dan mana lah den mampu nak buat loan settlement bayar cash sedebuk gitu nak settlekan housing loan. Gilo.
So housing loan kita waive dulu dari senarai bebanan hutang.
Education loan ni...
Aku amik PTPTN masa diploma dulu dan first semester degree, sebelum dapat tajaan JPA. Lepas tu dah dapat JPA, tak reti-reti nak pulangkan balik loan PTPTN untuk first semester degree tu. Lupa daratan rasa kaya-raya sangat dah masa tu. Bahagia kononnya.
Pfffttt..
Bahagia apanya kalau sekadar pinjaman dan kena bayar balik. Adehlah...
Bila dah habis belajar, dah start kerja, dah kena bayar balik PTPTN tu, barulah nak menyesal, kenapalah joli sakan dengan duit tu dulu...Gggrrrr..
Bila dah ada income sendiri, aku pun bayarlah sikit-sikit duit PTPTN ikut mood aku. Ada bulan bayar lebih, ada bulan bayar sikit, ada bulan tak bayar lansung. Dok bayar-bayar tapi rasa macam tak bergerak pun baki. Geram gak aku...
Pastu culas dan malas nak bayar. Dengan harapan PTPTN dimansuhkan..erkkkk...
Tapi after some time, haruslah jumlah baki makin naik kan.
Bila dah buat ujrah, lega sikit dan aku start buat potongan gaji. On top of that, aku buat jugak bayaran balik sendiri kalau ada lebihan duit supaya loan cepat settle.
These few days, aku dok kira-kira balik.
Tengok savings, tengok baki pinjaman, congak-congak duit gaji, tolak itu ini semua.
Start awal tahun hari tu, selain daripada potongan gaji bulanan, aku allocate jugak siap-siap some amount untuk bayaran balik pinjaman since dah ada lebihan duit hasil dari full settlement kereta dan termination ASB loan.
Aku cakap dekat my zawj, once my saving reach some amount, aku nak stop dulu saving. Aku concentrate settlekan PTPTN je dulu. Perhaps dalam 5-7 bulan boleh settle. Lepas tu baru aku continue saving.
My zawj cadangkan aku withdraw je duit saving sikit dan settlekan terus PTPTN. Then menyimpan lah balik secara berganda. Yakni, allocation tiap bulan untuk PTPTN sebelum ni dah boleh salurkan ke saving pulak.
Hahah..betul jugak. Sama je konsepnya..Cuma rasa sedih sekejap tengok nilai saving menyusut. Kahkahkah..Macam juta-juta je duit kau kan..
Ermm..sebab tak berjuta la concern nya lebih. Kalau ada main juta-juta je dalam akaun, setakat nak settle kan PTPTN tu, takde hal. Macam celah gigi je. Bahahaha.
So, aku ikutlah cadangan bernas my zawj. Baik settlekan hutang dulu kan daripada dok beria menabung, hutang tak langsai-langsai lagi. Dah langsai hutang, boleh bernafas lega dah..
Alhamdulillah, semalam dah berjaya mengosongkan akaun PTPTN ku. Both diploma dan degree.
Encik tabung jangan sedih...Next month insyaAllah saya start saving berganda. Doakan saya berjaya mengawal nafsu membeli-belah dan menyimpan dengan istiqamah. Ameen..
Dengan ini, saya mengisytiharkan, Debts-Free Resolution saya berjaya (dengan pengecualian housing loan)..hihi..Maksudnya azam aku tercapai lah...Until I commit with other debts afterwards..hohoho..For the time being, syukur Alhamdulillah..
Bahagianya dia hutang dah nak habiss. Haha. *Dengki*
ReplyDeleteUntungnyaaa...saya pun tengah berusaha ni..berharap dpt settlekan semua loan sebelum nafas terhenti huk huk...
ReplyDelete