Saturday, January 21, 2023

Self-care

Semenjak menjadi emak ni, biasalah, banyak perkara yang perlu dikorbankan. Masa tidur, rehat, dan juga perasaan. hihi..

Tambah bila anak berderet, umur rapat-rapat, demand anak-anak sangat tinggi. Bila dihitung kira, sejak mengandung anak sulung, sampai anak yang bongsu sekarang ni umur 3 tahun, almost 12 tahun dah tak dapat tidur yang cukup. 🀣🀣 (berkira ye pasal tidur..haha.. tentulah, kecukupan tidur memberi impak pada emosi tau..)

Masa mengandung, tidur tak lena sebab asyik sakit-sakit badan, sakit pinggang, cramp kaki tengah malam. Dan selalu terjaga malam berulang ke tandas..

Bila dah melahirkan, berjaga malam melayan rengekan anak nak susu, tukar lampin etc. Belum lagi anak mengigau malam dan menangis tak ketahuan sebab dan punca πŸ˜…πŸ˜… 

Bayangkanlah proses tu berulang untuk anak kedua-ketiga-keempat dan seterusnya. Pengsann!!


Ditambah lagi dengan anak-anak jenis yang semua benda pun nak ummi. Nak ummi mandikan, nak ummi buat susu, nak ummi sikat rambut, nak ummi basuh berak/kencing, nak tidur sebelah ummi, nak duduk makan dekat ummi, nak ummi teman makan.. Semualah ummi. Kalau seorang saja yang begitu, ok lah lagi. Bayangkan kalau 3-4 orang dengan kerenah dan kehendak yang sama, dalam masa yang serentak. Seorang nak susu, seorang nak mandi, seorang nak makan.. Kalau ummi ada jurus jelmaan, boleh nak entertain semua serentak kan.. hahahahahaha..

Begitulah pengorbanan ibu 🀭🀭 Bertabahlah ummi sementara anak-anak nak membesar. Dah besar nanti rindu pula hiruk pikuk anak-anak berebutkan ummi. 

Tapi, tetap jugalah kena jaga kesihatan diri sendiri kan.. Orang lain dalam rumah sakit, ummi tolong jaga, kisahkan. Bila ummi sakit, tetap juga ummi kena kisahkan mereka πŸ˜†πŸ₯΄ seperti sebab-sebab di atas, kan semuanya nak ummi je. Maka, ummi lah orang yang perlu terpaling sihat mental & fizikal untuk kemaslahatan seisi rumah 🀭🀭

Semoga Allah beri ummi kesihatan yang baik dan berpanjangan, kekuatan, ketabahan dan kesabaran yang tinggi. Paling penting, semoga Allah terus titipkan rasa keikhlasan & ketulusan dalam hati ummi dalam melaksanakan tanggungjawab & memikul amanah yang Allah kirimkan ini. 



Love,

Ummi yang sabarnya senipis kulit bawang, bebelnya sepanjang novel 600m/s 🀣🀣🀣 dan selalu tersasar jauh dari target menjadi ummi mithali πŸ˜’πŸ˜”

Ampunkan ummi ye anak-anak 😭

1 comment:

  1. Gitulah kita mak-mak ni kan...
    Selalu dahulukan keluarga hehe

    ReplyDelete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015