Saturday, July 15, 2023

Demam Silih Berganti

Hari tu ummi tak sihat.. Disusuli dengan Nusayba.. In the same time, ummi pun masih belum fully sembuh. Batuk dan selsema masih bermaharajalela.. Tak demam tapi badan sangatlah tak fit rasanya, sengal² bisa². 2 weeks, dia on and off. Siang ok sikit, malam dia datang balik.. Pagi dah reda, petang nanti lemah pula. Allahu.. 

Nusayba pula, Ahad lepas dah mula batuk selsema. Malam tu dah mula dedar. Ummi beri makan ubat. Pagi Isnin tu bagi ubat lagi dan bekalkan juga ubat ke rumah pengasuh. Tengahari Isnin, pengasuh call, beritahu Nusayba panas. Biasanya, kalau dia demam tapi tak panas sangat dan masih aktif, pengasuh tak call pun. Dia bagi ubat je. Ni kalah pengasuh dah call, means, tak ok lah tu. Ummi pun half day lah, balik ambil dia. Boleh jual mahal pulak dia tak nak balik 😅😂 Nak duduk rumah pengasuh. haha.. Dia merajuk dengan ummi sebab dukung dia bawa balik rumah. Ummi nak periksa suhu pun dia tak bagi.  Tak lama lepas tu, dia datang sendiri bawa termometer. 

Allahu.. tinggi suhu awak dikk.. Pengasuh baru je bagi ubat sebelum ummi ambil dia. So ajak dia mandi, then jerlum dengan kain basah..



Melepek je dia. Tertidur sekejap, bila dia terjaga, merengek cari ummi.. Lepas tu duk menempek je dekat ummi. Ummi tak boleh gerak, tak boleh bangun..huhu.. Alih je dia, dia nangis cari ummi balik.. Tidur menempel macam ni jela..


Malam tu bawa pergi klinik. Suhu masih 39+. Doktor bagi supp. Dia tahu ye doktor nak masuk ubat, dia mengamuk tak bagi buka seluar. Bergelut jap la dengan dia. Masa nak masuk ubat tu pun, dia keraskan badan, nangis jerit. Alahai dikk.. Sebelum masuk supp boleh hi-5 dengan doktor, lepas kejadian, dia protes. huhu.. Doktor nak pegang dia pun dia tepis. haihh.. Garang sorng ni..

Selasa, ummi cuti jaga dia. She sleeps all day long. Puas kejut, taknak bangun.


Petang tu, dia bangun, terus segar, mulut potpet.. Alhamdulillah dah ok lah tu. 

Hari Khamis, abi pulak demam, batuk selsema sakit kepala. Ummi yang batuk masih tak reda asalnya masih bertahan lagi, lepas siap masak makan malam, selsema makin teruk.. Kepala pun dah start berdenyut balik..  Cepat² ambil ubat.. Bismillahi tawakkaltu alallah..

Pagi jumaat, sedikit reda. Gagahkan diri pergi kerja. Tapi standby la ubat selsema & panadol. Dalam pukul 10, start balik seram sejuk. Selsema dan batuk pun makin teruk balik. Makan ubat selsema pun tak membantu sangat. Alhamdulillah jumaat tu officemates yang dapat APC belanja sarapan pagi. 
Mewah sarapan pagi, syukur alhamdulillah
 Moga makin murah rezeki sahabat² sekalian.



 Meriah sangat menu sarapan, ada sandwich sardin & telur, kuih kaswi pandan, apam, roti jala, pulut durian & nasi lemak.. Ummi dah makan roti & biskut pula kat rumah. So, kira tea break la, ummi makan kuih muih je dulu. Nasi lemak simpan untuk lunch. 

Syukur sangat dah siap ada menu lunch, tengahari tak payah kalut fikir dah nak makan apa. Jimat masa, dan boleh lah ummi beradu sekejap.. Power nap kata orang.. Harapannya reda la sakit² badan dan batuk selsema ni. Tak berapa nak nap juga lah sebab masa tulah tekak nak gatal beria.. Bertabah je lah..

Balik kerja, disambut dengan Fatima dok merengek depan pintu.. "Ummiii... ima tak sihat"  Ummi rasa dahi, panas.. Allahu, kakak pulak demam.. Sabtu tak kemana lah kami.. Menjaga Fatima pula.. Silih berganti masing². Doa² abang⁴ bertahan lah, kuat antibodi. Ummi tak larat aihh..


Bubur ayam untuk budak demam. Mee goreng untuk sang penjaga 😅😅



Moga Allah beri kesembuhan buat semua.. Ammin ya mujiib..

No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015