Tuesday, August 5, 2025

Flow Smoke & Brew, Kg. Chubadak

Ahad malam, menghantar barang abang ngah yang tertinggal. Barang penting pula yang dia tinggal tu. Dah seminggu balik asrama, hari Sabtu baru dapat call & pesan minta hantarkan barang. Kami pula, malam baru sempat nak hantar sebab siangnya abi sibuk dengan kerja. 

Di sekolah/asrama abang² besar ni, penggunaan public phone ada jadual untuk menengah atas dan menengah bawah dan hanya boleh digunakan hari Jumaat petang hingga Ahad. Sedihkan 🥹 (but i'm embracing it).. Jadi, 3 hari tu memang selalunya ummi ternanti² deringan telefon, dan hp memang akan selalu ada dalam radius yang boleh didengari 😅😅. Walaupun kadang² penantian sia². Tapi typical mak² beginilah. Sia² tu bukan sebab apa, kadang² anak² ada aktiviti dan tak sempat nak call. Ataupun kadang barisan terlalu panjang, atau terlupa bawa kad matrik mahupun duit syiling. Sabar jelah kita. Kalau ummi tak perasan, then nampak ada missed call, ummi yang rasa bersalah sangat, terfikir² kot depa marah sebab dah beratur panjang nak call, alih² ummi tak angkat... Suka overthink & exaggerate kan. Tapi apapun ummi tak lupa kirim doa buat anak² semoga sihat sejahtera, sentiasa dalam naungan perlindungan rahmat dan kasih sayang Allah. Itu yang dah seminggu baru dia bagitahu tertinggal kad matrik dan buku teks. huhu..

Lepas hantar barang abang ngah (sekadar drop barang yang dah letak dalam beg/plastik berikat kemas atau seal, lengkap dengan nama dan kelas di pondok jaga, without meeting them. Nanti warden bertugas akan panggil/agihkan. Memang S.O.P nya begitu 🥹), misi mengisi perut yang lapar. Fatima kata nak makan spaghetti. Abi kata, macam ada satu kedai dekat area sini, kedai kawan Ust. H. Tapi tak ingat nama kedai. Yang ingat ada smoke² apa tah. Ummi pun google la kedai western near me.. 

Keluar la Flow Smoke & Brew ni.




Kitanya tak pandai sangat order makanan western gini. Setakat spaghetti, macaroni boleh la 🤭🤭 Daging² ni tak pandai. 

Belek² menu, sudahnya order smoked beef brisket, nasi goreng kambing, dan spaghetti carbonara. 

Ya Allah sedap weh. Daging lembut. Kunyah effortless 😅. 

Nasi goreng kambing pun sedap. Secukup rasa semuanya. Pedas ² sikit sebab cili api bersepah, but i loike.. 

Mek ni ha nak western sangat. Carbonara je lah pun dia order tiap kali pun. 




Geram tengok lamb fusion platter. Ada rezeki boleh repeat datang sini, nak try LFP tu pulak. Overal, sedap sangat..Tak mengecewakan. 


No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015